Sebuah premis makanan di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten, Melaka diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka selepas didakwa mengenakan caj tambahan 1% kepada pelanggan yang membayar menggunakan kod QR.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata pihaknya melakukan serbuan itu selepas menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa dia dikenakan caj tambahan ketika membuat bayaran di premis menjual sarapan pagi itu.
ARTIKEL MENARIK: “Hina Betul Perangai” – ‘Orang Gila’ Tanam Paku Di Bahu Jalan, Lelaki Sedang ‘Jogging’ Cedera
Mengikut aduan, pengguna itu telah ke premis berkenaan untuk makan dan dicaj sebanyak RM3.70 untuk makanan dan minuman yang dipesan. Namun, dia terpaksa membayar RM3.80 kerana membuat bayaran menggunakan kod QR.
Caj lebih sebab harga diesel naik
Ketika diserbu dan ditanya oleh pihak KPDN Melaka, pemilik kedai itu memberikan alasan tidak munasabah iaitu kenaikan harga diesel membuatkan dia mengenakan caj 1% tersebut.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment