SHAH ALAM – Pempengaruh, Alif Teega dijangka didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini esok. Difahamkan esok merupakan pendakwaan kali kedua yang dibuat terhadap Alif .
Selain Alif, isterinya pempengaruh popular yang dikenali sebagai Aisyah Hijanah, 26, juga dijangka didakwa di mahkamah itu.
ARTIKEL MENARIK:Op Global: 285 barang kes Al-Arqam, gambar Ashaari dirampas di Melaka
Berdasarkan sistem carian mahkamah pertuduhan terhadap pasangan itu akan dibuat hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Anita Harun pada pukul 9 pagi.
Jumaat lalu, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahguna wang berjumlah RM63,605 berhubung tujuan infaq pada April dan Jun lalu.
Alif membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pada Julai lalu, Alif dan Aisyah yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahannya.
Sejurus direman, pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Bagaimanapun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. – KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment