[VIDEO] Mara, Yayasan Darul Hanan bantu tiga beradik yatim piatu di Tanah Merah

PETALING JAYA – Kisah tiga beradik yang hidup sebatang kara tanpa kedua ibubapa di Kampung Padang Siam, Tanah Merah telah mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

[VIDEO] Mara, Yayasan Darul Hanan bantu tiga beradik yatim piatu di Tanah Merah



Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Asyraf berkata, beliau telah mengarahkan rakan dalam UMNO dan agensi di bawah Mara untuk turun membantu tiga beradik berkenaan iaitu Hakimi, 18, Hafizul, 16 dan Hidayah, 13 tahun.

ARTIKEL MENARIK:Saya angkat dia dah terkulai – Ibu


“Kelmarin saya minta sahabat saya, Dato’ Wan Rakemi Wan Zahari, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah untuk mewakili saya menziarahi mereka bersama Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Supardi Amaludin dan pegawai Yayasan Darul Hanan untuk membantu keluarga ini.

“Alhamdulillah, dengan bantuan KKTM Pasir Mas, Hakimi ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik.

“Dia seterusnya akan menyambung pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sehingga mendapat sijil professional kategori A4 yang menawarkan gaji yang premium,”tulisnya.

Asyraf Wajdi berkata, Hafizul pula akan ditawarkan untuk ke GiatMara bagi mendalami ilmu TVET yang mampu menjana pekerjaan melalui kemahiran yang dipelajari.

Manakala, adiknya Hidayah ditawarkan oleh pengetua sekolah tempatan untuk ditempatkan di asrama serta kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya pengajian oleh Yayasan Darul Hanan.

Terdahulu katanya, kisah tiga menyayat hati itu telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Pn. Zarina Nawawi.

Ketiga-tiga beradik itu tinggal di sebuah rumah sewa yang dibayai sendiri selepas ibu mereka meninggal dunia akibat penyakit barah pada tahun 2022.




“Ayahnya pula setelah berpisah dengan ibunya jarang balik ke rumah dan menetap di Thailand. Hakimi mendapat keputusan cemerlang 5A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini.

“Hafizul pula terpaksa bekerja sebagai buruh binaan untuk menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk tanggungan sekolah adiknya, Hidayah,”katanya.-KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم