'6 tahun tak pernah cakap pasal anak, tiba-tiba jumpa perempuan tu terus minta cerai sebab nak anak' - Ending buat netizen sebak

Aku baru bercerai minggu lepas. Aku minta sebab dia dah sukakan perempuan lain yang juga merupakan kawan sekerja dia.

'6 tahun tak pernah cakap pasal anak, tiba-tiba jumpa perempuan tu terus minta cerai sebab nak anak' - Ending buat netizen sebak
'6 tahun tak pernah cakap pasal anak, tiba-tiba jumpa perempuan tu terus minta cerai sebab nak anak' - Ending buat netizen sebak

Aku tak kerja, aku berhenti selepas berkahwin. No, I never regret that. Duit nafkah aku, dulu dia tak pernah miss, aku simpan. Duit guna sikit-sikit bila rasa perlu. Tak mengapalah.

  ARTIKEL MENARIK: Dah kahwin hampir 30 tahun, baru tahu rupanya adik-beradik


Loading...
loading...
Yang aku nak cerita sekarang, kadang-kadang kita tak sedar pun bila-bila hati suami beralih arah. Aku tak pasti bila. Aku rasa rumah tangga kami macam biasa je, ada gurau senda, macam biasa. Tiada pernah bergaduh bermasam muka, tak pernah. Aku rasa macam aku dah jaga penampilan aku bila dia ada di rumah. 

No, aku bukan nak cari kesalahan bekas suami, tidak. Dia juga mungkin tak perasan bila hati dia dah mula sukakan orang lain selain aku.

Selama ini aku tak pernah perasan ada orang ketiga di antara kami. Ignorancenya aku. Aku tak pernah ambil tahu hal sosial dia di tempat kerja. 

Balik rumah, tanya how's your day, he said macam biasa. Dan hubungan kami memang macam biasa. 

One day dia balik, beritahu dia nak minta izin untuk berkahwin seorang lagi. Aku terdiam. Aku masuk bilik, aku berkurung. Tak boleh nak menangis tapi dada rasa sesak, sebak, rasa nak cungkil keluar, letak kat luar. 

Sehari semalam aku berkurung dalam bilik, tak keluar, tak makan. Aku cari apa salah aku. Aku cari juga apa lainnya dia sepanjang hubungan kami selama enam tahun itu dan kami tak dikurniakan anak. 

Kantoi main bini orang, suami cekup kekasih isterinya sorok bawah katil & dibelasah sampai mati
Hari kedua, aku keluar dari bilik, tanya dia sejak bila sukakan perempuan itu. Dia cakap dah hampir setahun. Aku diam. Aku tanya kenapa, dia cakap dia nak anak sendiri. 

Masalahnya sekarang, kami berdua subur, bukan tak pernah usaha, pernah. 

Lepas tu aku dah tak banyak tanya. Aku diam sebab aku tak tahu apa yang aku perlu tanya. Aku nak dia buat pilihan, perempuan itu atau aku. Dia diam, kemudian dia cakap dia dah jumpa keluarga perempuan itu dan dah berjanji nak berkahwin. Aku diam lagi. Apa lagi yang aku nak cakap? 

loading...
Aku minta dia lepaskan aku dengan cara baik. Dia diam. Seminggu aku tak bercakap dengan dia. Hanya buat rutin biasa, sediakan makanan, pakaian dia. Aku masuk bilik berkurung. Tak ada fikir apa-apa pun, aku rasa kosong. 

Masuk minggu kedua, perempuan itu sekali pun tak ada datang jumpa aku. Kemudian sekali lagi dia cuba berbincang untuk berpoligami. Sekali lagi aku cakap tak nak. Itulah pertama kali dia marah aku beriya-iya. Katanya aku keras kepala dan mengungkit segala nafkah yang tak pernah tertangguh dan dalam keadaan marah dia melafazkan cerai. 

Dan hari ini, aku dapat tahu aku sah mengandung 12 minggu. 


Sumber: Twitter via The Reporter
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم