Anggota penguatkuasa MPSJ digantung tugas, CUEPACS gesa kerajaan ambil tindakan terhadap warga emas pukul penjawat awam

Susulan viral video anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bergelut dengan lelaki warga emas yang memukulnya, pihak MPSJ telah menggantung tugas pegawai berkenaan.

Anggota penguatkuasa MPSJ digantung tugas, CUEPACS gesa kerajaan ambil tindakan terhadap warga emas pukul penjawat awam
Anggota penguatkuasa MPSJ digantung tugas, CUEPACS gesa kerajaan ambil tindakan terhadap warga emas pukul penjawat awam

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, pegawai itu digantung tugas sementara siasatan dalaman berhubung kejadian itu dilakukan.

  ARTIKEL MENARIK: 4 termasuk bayi 16 bulan maut selepas langgar & dihempap muatan treler



Loading...
loading...
"MPSJ akan menarik anggota tersebut dari melaksanakan tugas penguatkuasaan sementara siasatan dijalankan.

"Siasatan dalaman yang adil dan terperinci akan dibuat serta-merta," katanya. 

Dalam kenyataan ynag dimuat naik di Facebok MPSJ, Noraini berkata, kesalahan trafik yang dilakukan oleh warga emas tersebut dan kesalahan memukul oleh pegawai tersebut adalah jelas. 

Pihaknya memandang serius akan tindakan anggota terbabit. 

Sementara itu, Presiden CEUPACS, Adnan Mat menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap lelaki warga emas itu yang memukul penjawat awam yang sedang menjalankan tugas. 


"Hukuman yang tegas haruslah diambil kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 


loading...
"Insiden seperti itu tidak akan berlaku sekiranya orang awam faham tugas penjawat awam.

"Dalam mempertahankan diri dari serangan tersebut, anggota berkenaan terpaksa melindungi diri daripada risiko kecederaan yang bakal ditanggung sewaktu kejadian," katanya. 


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم