Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sekelasnya selepas dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan lady boy dalam kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, daerah Muang di Nonthaburi, dekat Bangkok hari ini.
Berang diejek 'toot', remaja tembak pembulinya sehingga mati |
ARTIKEL MENARIK: Kucing gigit kabel peti sejuk, maut terkena renjatan elektrik
Loading...
loading...
Katanya suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya. Dia bagaimanapun berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.
Suspek memberitahu polis Chonlasit berulang kali menampar dan memanggilnya sebagai toot (pondan) sehingga dia terdorong menembak mangsa.
Suspek turut memberitahu polis dia mencuri pistol bapanya pagi tadi untuk menembak Chonlasit ketika mangsa membuka kasut untuk memasuki bilik darjah.
loading...
Suspek kemudian ditahan, tetapi pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
Sumber: Bernama via The Reporter
loading...
إرسال تعليق