'Menyusahkan aku! Baik kau mati!!' - Viral video isteri pukul suami hidap strok & alzaimer

Viral di media sosial video menunjukkan kekejaman seorang wanita memukul suaminya yang menghidap strok dan alzheimer dengan menggunakan tongkat.

'Menyusahkan aku! Baik kau mati!!' - Viral video isteri pukul suami hidap strok & alzaimer
'Menyusahkan aku! Baik kau mati!!' - Viral video isteri pukul suami hidap strok & alzaimer
Ketua Polis Daerah Penjaringan, Jakarta Utara, Imam Rifai, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

  ARTIKEL MENARIK: Berang diejek 'toot', remaja tembak pembulinya sehingga mati



Loading...
loading...
"Ya, memang kami mendapat laporan dari orang awam dan sudah membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian pada hari itu. Tetapi video itu baru viral sekarang," katanya pada Selasa 17 Disember 2019.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 11 Disember 2019 di rumah mangsa. Beberapa anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari orang awam.

Polis menahan suspek berusia 35 tahun, sementara mangsa, 64, diambil oleh keluarganya.

Polis masih menyiasat kes itu dan setakat ini masih belum mengetahui motif sebenar kejadian.




loading...
Tolong Pak Polisi usut kejadian tak berperikemanusiaan ini terjadi di mana, tangkap pelakunya!@DivHumas_Polri pic.twitter.com/LmfaaLemJd
— Daniel H.T. (@danielht2009) December 16, 2019
Berdasarkan video viral itu, kedengaran suara suspek membebel kerana terpaksa menguruskan suaminya yang mengalami masalah kesihatan itu seorang diri. Malah, dia juga ada menyebut mahukan pampasan 1,000,000 rupiah sekiranya mangsa mahu menceraikan dia. 


Sumber: Detik News via The Reporter
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم