'Kami ada maklumat lengkap' - JAIS akan panggil Muhammad Sajjad

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk berbincang mengenai kontroversi yang timbul, tidak lama lagi.

'Kami ada maklumat lengkap' - JAIS akan panggil Muhammad Sajjad
'Kami ada maklumat lengkap' - JAIS akan panggil Muhammad Sajjad

Menurut pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk memanggil Sajjad berjumpa dengan pegawainya kerana mereka mempunyai maklumat lengkap yang dapat membantu dalam perbincangan itu kelak.

  ARTIKEL MENARIK: 'Tuduhan tidak berasas' - JPM nafi Guan Eng mempengerusi mesyuarat Tabung Haji


Loading...
loading...
"Kami mengambil maklum kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk JAIS mengambil tndakan bersesuaian mengikut bidang kuasa yang kita ada.

"Ya, kita ada maklumat mengenai Sajjad. Kita boleh panggil dia pada bila-bila masa. Buat masa ini, kita masih belum panggil.


"Syaratnya, perbicangan mestilah berdasarkan kepada hukum syarak dan kita harap ia akan berlangsung dengan baik demi faedah dan kebaikan Islam keseluruhannya," katanya. 


loading...
Muhammad Sajjad sebelum ini bertelekung di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah bersama ibu bapa dan dua anak angkatnya. 

Sajjad juga mendakwa pihak JAKIM sebelum ini tidak benar-benar membantu menyelesaikan masalahnya dan tidak memberi panduan untuk dia melakukan pemeriksaan di hospital. 


Sumber: Harian Metro via The Reporter


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم