PUTRAJAYA: Beberapa bekas menteri menemui Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini selepas beliau Yang di-Pertuan Agong melantiknya sebagai perdana menteri sementara semalam.
Kenderaan yang membawa Muhyiddin Yassin meninggalkan perkarangan Kompleks Perdana Putra tengah hari tadi, selepas beliau menemui Dr Mahathir Mohamad. |
ARTIKEL MENARIK: Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, wajah sugulnya buat netizen sedih
Loading...
loading...
Wan Azizah memberitahu wartawan yang berkumpul di luar Kompleks Perdana Putra, beliau datang untuk mengemas mejanya.
Hishammuddin meninggalkan Kompleks Perdana Putra pada 11.38 pagi, manakala Muhyiddin dan Azmin masing-masing keluar pada 1.30 tengah hari dan 1.55 tengah hari.
Difahamkan, bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng masih berada di pejabatnya.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula meninggalkan PMO pada 2.17 petang.
Sementara itu, pegawai PMO memaklumkan semua pemimpin parti dan ahli Parlimen yang hadir untuk menemui Mahathir sudah meninggalkan komplek itu.
Katanya, Mahathir masih berada di pejabatnya.
“Mungkin akan ada mesyuarat sebentar lagi,” katanya di luar pintu masuk Kompleks Perdana Putra.
Siri pertemuan ini menyusul selepas Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri semalam dan Agong melantiknya sebagai perdana menteri sementara.
Pelantikan semua 26 menteri Kabinet turut dibatalkan sehingga perdana menteri baru dilantik.
loading...
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menemui semua 222 ahli Parlimen dalam 2 hari ini, sebelum memutuskan calon perdana menteri baru.
Kumpulan pertama 90 ahli Parlimen akan menemui Agong pada 2.30 petang ini dan baki 132 lagi esok.
Katanya, temu bual ringkas kira-kira 2 hingga 3 minit itu bagi setiap ahli Parlimen itu bertujuan mendapatkan maklum balas serta pendapat mereka berhubung situasi politik negara.
Free Malaysia Today » Bahasa
loading...
إرسال تعليق