KKM umumkan 4 kluster baharu. Mengejutkan Najib muncul beri pendapat mahu arahan ini disemak serta merta

KUALA LUMPUR – Susulan kewujudan empat kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang mana tiga daripadanya melibatkan indeks orang yang tiba dari luar negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah sendiri disemak serta-merta.

KKM umumkan 4 kluster baharu. Mengejutkan Najib muncul beri pendapat mahu arahan ini disemak serta merta

Tegasnya, individu yang baru pulang dari luar negara perlu dianggap kes dan dikendalikan sedemikian sehingga sampai ke pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.



ARTIKEL MENARIK:Pemberitahuan untuk rakyat Malaysia. Bayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup dibuat bermula tak lama lagi dan ini maklumat lanjut tentang BSH
loading...


“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan. “Suruh mereka bayar sendiri.


“Dan sesiapa yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan pnjara mndatori dan bukan dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.“Hanya lepaskan mereka selepas kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.Kerajaan sebelum ini mewajibkan semua individu yang baru pulang dari luar negara sama ada melalui pintu udara, darat mahu pun laut diasingkan di pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.

Arahan tersebut bagaimanapun disemak semula kerana kos yang tinggi dan kerajaan mengarahkan mereka menjalani kuarantin di rumah bermula 10 Jun lalu.Tambah Najib, rakyat Malaysia dan ekonomi negara sudah tidak mampu untuk menanggung kesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula.“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua Covid akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia “Saya percaya Rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi PKP (selama) enam minggu lagi setelah kita sudah berkorban 2 bulan.“Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Covid-19: Rasa puas hati membuahkan keg4galan

“Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan keg4galan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu.Laporan Kluster Covid-19 yang aktif di Malaysia

Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian.Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati.

“Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada.“Tanggung jawab memutvskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi.Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaksanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula.-malaysia gazeete


loading...


Lepas 4 Kluster Baru Dikesan Baru Baru Ni Terkini Lagi 3 Kluster Baru Covid 19 Pula Dikesan. Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Dari Mana Punca Kluster Kluster Tersebut Dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran Kuala Lumpur dan Kluster Jeti Kuching. Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan, Kluster Rumah Kongsi Sepang memperlihatkan 96 pekerja telah disaring. 2 orang disahkan positif manakala 94 lagi negatif Covid-19.1 kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor.  Kluster Restoran Kuala Lumpur pula menyaksikan 250 individu telah disaring yang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 orang pelanggan. 2 disahkan positif manakala 248 lagi negatif.

1 kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini dikesan di sebuah restoran di Brickfields, WP Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, Kluster Jeti Kuching pula melibatkan 25 orang nelayan telah disaring. 2 disahkan positif manakala 23 lagi negatif. 1 kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini dikesan di Sarawak.  Menurut kenyataan akhbar KKM, ketiga-tiga kluster tersebut masih lagi sedang disiasat. Sumber : KKMPutrajaya

Bersiap Sedia Dengan PKP 2. Kes Positive Covid 19 Kembali Meningkat Kepada 2 Angka. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Ini Jawapan Mengejut Dari Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu. Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada. Tanggung jawab memutuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette

Mengejutkan Terkini 4 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sesuatu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara.

Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster PUI Shirala, Kluster PUI Pitakwa, Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta), Kluster Jupiter. Kluster PUI shirala adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HSB.

Selain itu, 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan isteri kepada Kes No. 8737. 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan anak kepada Kes No. 8737. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Manakala, Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import. 1 kes Kluster Jupiter bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes No. 8723. Kedua-dua kes tidak bergejala positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. 1 kes Kluster Pusat Perubatan Kuching melibatkan warganegara dan adalah kontak rapat kes 8,734. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.- SUMBER : Siakap Keli

Artikel berkaitan : Ramai Tak Tahu Rupa Rupanya Boleh Tahu Positif Covid 19 Atau Tidak Melalui Telefon Bimbit. Mengejutkan Tak Sangka Macam Ni Caranya.

WABAK Covid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar. Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti virus itu dalam tempoh hanya 60 saat. Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk, sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.

“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan Covid-19,” katanya. Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui samaa ada mereka menghidap Covid-19,” tambahnya.

Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang tiga bulan. Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.

Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya. Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.

Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang. Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.- 

SUMBER : Mstar via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم