Pemberitahuan untuk rakyat Malaysia. Bayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup dibuat bermula tak lama lagi dan ini maklumat lanjut tentang BSH

Putrajaya, 20 Julai – Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan diberi bermula Jumaat ini ( 24 Julai ).

Pemberitahuan untuk rakyat Malaysia. Bayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup dibuat bermula tak lama lagi dan ini maklumat lanjut tentang BSH

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, peruntukan sebanyak RM3.0 bilion akan diberi kepada hampir 4.28 juta penerima di Malaysia.



ARTIKEL MENARIK:Terkini Perak dan 5 lagi Negeri lain diisytiharkan ini tentang Covid 19. Mengejutkan kes positive Covid 19 naik kembali ke angka 2 digit. Kemungkinan besar PM akan umumkan lockdown.
loading...


Ia akan memberi manfaat kepada lebih 3.75 juta isi rumah dan 0.53 individu bujang berusia 40 hingga 59 tahun serta 3.8 juta anak kepada penerima BSH yang berusia 18 tahun ke bawah.Tempoh rayuan akan dibuka bermula 7 Ogos sehingga 6 September 2020. Rayuan boleh dibuat di portal rasmi BSH. Pemohon juga boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).Maklumat mengenai pembayaran BSH boleh dirujuk dalam jadual di bawahSumber: Bernama TV



Mengejutkan Jika Kes Positive Covid 19 Terus Meningkat Kepada Dua Digit PM Akan Umumkan Ini Untuk Malaysia. Rakyat Tergamam Dengan Apa Yang Akan Diumumkan Nanti Jika Kes Terus Naik Mendadak.

Sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan semula, ianya akan memberi impak yang amat besar kepada ekonomi, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelas beliau, penutupan semula sektor-sektor ekonomi akan menyebabkan negara kerugian RM2 bilion sehari sekaligus menyebabkan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. ”Sekiranya berlaku peningkatah kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.”Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi  jutaan pekerja di Malaysia,” kata beliau di dalam satu sidang media Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut berkata, apa yang dapat disimpulkan dalam intipati ucapan Perdana Menteri itu adalah rakyat tidak mengambil mudah kerana ancamn Covid-19 masih wujud di negara kita. Menurut beliau, langkah-langkah yang lebih ketat akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya jangkitan terus meningkat dan kesan daripadanya akan menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk. Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM/Twitter @Khairykj


loading...


Terkini Perak Dan 5 Lagi Negeri Lain Diisytiharkan Ini Tentang Covid 19. Mengejutkan Kes Positive Covid 19 Naik Kembali Ke Angka 2 Digit. Kemungkinan Besar PM Akan Umumkan Lockdown.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini. Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi maklumat tersebut, Perak mencatatkan pertambahan 2 kes, Selangor 4 kes, W.P Kuala Lumpur sebanyak 1 kes, Johor 1 kes, Sarawak sebanyak 6 kes manakala Sabah pula mencatatkan 1 kes. Kesemua 15 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,779 kes. Pun begitu, daripada 15 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 11 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 5 lagi kes positif adalah merupakan kes import. Sumber: Noor Hisham Abdullah

Bersiap Sedia Dengan PKP 2. Kes Positive Covid 19 Kembali Meningkat Kepada 2 Angka. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Ini Jawapan Mengejut Dari Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini. Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu. Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik. “Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada. Tanggung jawab memvtuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette

Mengejutkan Terkini 4 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sesuatu.Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara.

Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster PUI Shirala, Kluster PUI Pitakwa, Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta), Kluster Jupiter. Kluster PUI shirala adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HSB.Selain itu, 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan isteri kepada Kes No. 8737. 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan anak kepada Kes No. 8737. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Manakala, Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import. 1 kes Kluster Jupiter bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes No. 8723. Kedua-dua kes tidak bergejala positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. 1 kes Kluster Pusat Perubatan Kuching melibatkan warganegara dan adalah kontak rapat kes 8,734. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.SUMBER : Siakap Keli

Artikel berkaitan : Ramai Tak Tahu Rupa Rupanya Boleh Tahu Positif Covid 19 Atau Tidak Melalui Telefon Bimbit. Mengejutkan Tak Sangka Macam Ni Caranya.

WABAK Covid-19 tidak lama lagi boleh dikesan menerusi batuk atau bersin pada telefon pintar. Satu sensor yang disambungkan pada peranti itu berupaya untuk memaklumkan seseorang dijangkiti virus itu dalam tempoh hanya 60 saat.Gajet tersebut pada awalnya dibangunkan untuk memerangi virus Zika yang disebabkan oleh nyamuk, sehingga mencetuskan kecemasan kesihatan global pada 2016 dan ia dikaitkan dengan kecacatan semasa kelahiran.

Ketua projek, Prof Massood Tabib-Azar, yang juga jurutera di Universiti Utah di Amerika Syarikat (AS) berkata: “Idea utama adalah untuk membolehkan orang mempunyai kelengkapan peribadi mereka sendiri untuk mengesan Zika di tempat-tempat yang mereka kunjungi.“Sebaliknya, rancangan tersebut adalah memprogramnya untuk mengesan Covid-19,” katanya. Jika seseorang bernafas, batuk, bersin atau menghembus pada sensor tersebut, ia akan dapat mengetahui samaa ada mereka menghidap Covid-19,” tambahnya.

Diharapkan aplikasi tersebut boleh didapati dalam tempoh kurang tiga bulan. Satu prototaip yang bersaiz kira-kira sekeping duit syiling, akan berkomunikasi dengan telefon pintar melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth.Pengguna yang memasang sensor ke port pengecasan telefon mereka dan perlu melancarkan aplikasinya, sebelum meletakkan sebilangan rembesan air liur ke atasnya. Kemudian, pengguna perlu menunggu ia berubah warna sekiranya seseorang itu mempunyai virus tersebut.Beliau turut berharap keputusan tersebut dapat dihantar kepada agensi kesihatan menerusi satu butang. Aplikasi berkenaan dijangka untuk percubaan pada Julai depan, dan ia boleh didapati untuk pembelian pada Ogos sekiranya semua berjalan lancar.

SUMBER : Mstar via Era Kini
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم