Alami satu sakit sehinggakan dia terpaksa letak jawatan. Amin Hayat yang pernah menjadi pembaca berita TV9 dedahkan sakit dia kisah hidup dia yang bikin ramai orang sebak

Bertugas sebagai pembaca berita TV9 membuatkan nama Amin Hayat bukan satu nama yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan antara pembaca berita terawal muncul dalam Berita TV9 yang bersiaran pada jam 1 tengah hari (Sabtu – Khamis) dan 8 malam (Isnin – Ahad).

Alami satu sakit sehinggakan dia terpaksa letak jawatan. Amin Hayat yang pernah menjadi pembaca berita TV9 dedahkan sakit dia kisah hidup dia yang bikin ramai orang sebak
Sebelum ini, beliau merupakan satu-satunya pembaca berita yang bersiaran dengan imej botak. Bagi yang mengenali Amin, pasti sudah mengetahui beliau merupakan pesak1t Alopesia, sehingga memaksa beliau untuk tampil dengan imej botak.

ARTIKEL MENARIK:Pen4mpilan Engku Emran Tak Terurus Lepas Bercer4i?
loading...


Umum Letak Jawatan

Selepas 14 tahun berkhidmat, Amin atau nama sebenarnya Amin Hayat Abdul Rahim akhirnya mengumumkan perletakan jawatannya di Media Prima Berhad. Pengumuman ini menerima pelbagai respon yang rata-ratanya mempamerkan rasa sedih dari peminat dan rakan sekerja.


Pernah Hampir Dibuat orang

Di laman facebooknya, Amin sempat menceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang menjadi penyampai berita di TV9.“Saya pernah hampir dibuat orang kampung hanya semata-mata mahu menegakkan benang yang basah. Hampir terkena dengan kongsi gelp hanya mahu ketengahkan isu pendatang, dikaacau adik akak2 manis di lorong2 gelap, berdepan pula insan2 yg mengambil kesempatan menag1h simpati sedangkan realitinya berbeza.. macam2 la pengalaman.”- tulisnya di facebook.

Tambahnya lagi, memori pahit dan manis ketika di Berita TV9 akan sentiasa terpahat di hati dan tidak mungkin boleh dilupakan.“Saya merindui zaman ketika itu. Penuh memori indah, suka dan duka ketika buat rep0rting di lapangan. Kerja kami bukan segelintir orang fikir hanya nak nampak elok di TV, pergi jalan2 melancong, gaji berkepuk haha tapi realitinya berbeza, sebenarnya bukan mudah ya.


Sepanjang saya di Berita TV9. Saya cukup berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan terutamanya bos2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya.” kata jejaka yang pernah dipilih Top 10 Most Stylish Men 2010 oleh majalah Glam Lelaki ini.

Dalam posting tersebut, Amin turut memohon maaf kepada semua termasuk di luar sana jika sepanjang dia bersiaran telah melukai hati mana-mana pihak.“Maaf semua termasuk diluar sana sekiranya selama ni abam ada berlaku khilaf kepada semua….”

Penonton pasti akan merindui kewibawaan beliau dalam menyampaikan informasi terkini selepas ini. Selamat maju jaya, Amin Hayat, sampai jumpa.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : murai.my/Berita Harian
loading...


Alopesia mimpi buruk Amin Hayat

Kebotakan biasanya merujuk kepada kehilangan rambut berlebihan dari kepala dan boleh terjadi disebabkan keturunan, kesan ubat-ubatan tertentu atau keadaan kesihatan.Sesiapa sahaja baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak boleh mengalami kehilangan rambut. Sesetengah orang lebih suka membiarkan masalah botak tanpa rawatan dan melindunginya.

Ada yang melindungi masalah dengan gaya rambut, solekan, topi atau selendang, tidak kurang juga memilih ubat-ubatan dan prosedur operasi yang tersedia untuk merawat masalah ini.Pengalaman berdepan alopesia atau kehilangan rambut teruk hingga menyebabkan botak menjadi mimpi buruk buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu.


Dia mengakui perkara itu memberi tekann untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mngganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita. “Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah teruk. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi teruk.

“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.


“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil stero1d untuk dimakan dan dicuck pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.

Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikn steroid, suntikn dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laseer excimer.

Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan terkana dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.

KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA

Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.

Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar kehilangan rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.

“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek. “Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.

“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut hilang, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia hilang 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah kehilangan rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.


Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, kehilangan rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar kehilangan melampaaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang hilamg

JENIS KEHILANGAN RAMBUT

Alopesia androgenetik (kebotakan luar)

Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah hilang. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.

Alopesia cicatricial (parvt)

Kehilangan rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan tinggalkan paruut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.

Alopesia areata

Ia dikelaskan sebagai sakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguaan autoimun yang lain, termasuk sakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik mengalami mengembangkan sakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin hilang dan tumbuh semula beberapa kali.

Telogen effluvium

Jenis kehilangan ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini hilang dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.

Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti pemergian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, operasi atau gangguaan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.

Alopesia traction

Kehilangan rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekann berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum menlukakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.

Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, tinggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan kehilangan rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.

Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut hilang. – Yusliza Yakimir Abd Talib

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم