Bertambah dua kes melibatkan pekerja kedai makan. KKM dedahkan punca mereka dikenalpasti sehinggakan menimbulkan kerisauan di kalangan pelanggan

Dalam kenyataan media dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia hari ini telah mengesahkan terdapat dua (2) kes jangkitan dalam negara yang dikesan di kalangan bukan warganegara di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bertambah dua kes melibatkan pekerja kedai makan. KKM dedahkan punca mereka dikenalpasti sehinggakan menimbulkan kerisauan di kalangan pelanggan
Menurut kenyataan KKM hari ini, kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ianya telah melibatkan pekerja kedai makan.

ARTIKEL MENARIK:Ekoran kes makin naik. Timbalan Menteri Pendidikan dedahkan tempoh sekolah akan ditutup sekiranya kes masih berlarutan
loading...


Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesahan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman.

Sumber: KKM

Makin Bertambah Kluster Hari Demi Hari. KKM Umumkan Kluster Lain Yang Baru Munculkan Diri Dan Harap Semua Ambil Perhatian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikesan di Daerah Yan, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9148) adalah lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif pada 13 Ogos 2020 melalui sistem survelan klinikal Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 14 Ogos 2020 dan kes-kes dikesan positif pada 15 Ogos 2020. Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama (kes ke-9148).

Sehingga 15 Ogos 2020, 80 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah ini: 4 kes dikesan positif COVID-19 manakala 76 individu masih menunggu keputusan. Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.Terkini. 15 Ogos. Sebanyak 26 kes baharu #COVID19 hari ini termasuk 23 kes tempatan.Daripada 23 kes ini, 12 kes dari Kluster Tawar.Satu lagi kluster baharu dikesan juga di Kedah, Kluster Sala di Yan, dengan 4 kes positif.Tiada kematian baharu dilaporkan. #Kedah

— KKMPutrajaya

Sumber: KKM

Tiga Negeri Di Pantai Timur & Sarawak Kekal Status Zon Hijau, Kota Setar Antara Daerah Baru Catat Kes Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan data pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia. Berdasarkan infografik yang dikeluarkan hari ini (15 Ogos 2020), hanya empat negeri sahaja berstatus zon hijau iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Namun hingga setakat ini, tiada lagi negeri yang berstatus zon merah yang mencatat 41 kes aktif dan ke atas. Sehingga hari ini, negeri Kedah menerima paling banyak peningkatan kes dan hanya 4 daerah sahaja di Kedah mengekalkan status zon hijau.Timur Laut Pulau Pinang dan daerah Kota Setar di Kedah antara daerah baru catat kes positif. Kes di Kedah mula meningkat apabila tercetusnya Kluster Sivagangga dan diikuti kluster-kluster baharu yang lain.

Sumber: KKM

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM


loading...


Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Terus Tutup Serta Merta. JAIS Dedahkan Ada Jemaah Covid19 Kluster Sivagangga

Kes Kluster PUI Sivagangga ternyata membawa bahana bukan saja di negeri Kedah, namun kini katanya sudah merebak ke Shah Alam, Selangor pula.Melalui perkongsian Facebook Media Selangor, surat rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dikeluarkan terhadap Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam yang meminta surau tersebut ditutup serta merta berikutan ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID 19. 

Kontak rapat itu katanya mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang sedang merebak pantas di beberapa mukim di Kedah. Turut diarahkan tutup juga adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 3 petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di solat berkenaan.

Dia juga menambah jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS, lapor Astro AWANI.“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi. Aduhai… inilah mimpi buruk yang ditakuti ramai ni! Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini. -lobakmerah

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم