“Hari lahir anak, talak 1 melalui wasap”. Demi janda penggoda, aku ditalakkan. Aku cuba rayu, tp begini reaksi suami

Foto sekadar hiasan From Husband To Stranger Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman. Aku Lara Hannah (nama samaran), berumur 37 tahun dan bekerja sendiri.

“Hari lahir anak, talak 1 melalui wasap”. Demi janda penggoda, aku ditalakkan. Aku cuba rayu, tp begini reaksi suami



Pertama kali menulis di sini, sekadar berkongsi perjalanan hidup yang tidak pernah disangka akan ku hadapi. Namun ku tetap masih mampu tersenyum disebalik ujian ini.

ARTIKEL MENARIK:“Layangan putus versi aku”. Tk sangka kami ditipu hidup2 si kerani buaya. Akhirnya, aku dan N nekad


Graduated with law degree from UIAM berbelas tahun yang lalu. Cukup manis kenangan yang dilalui sepanjang di sana bersama teman teman tersayang. Lebih manis apabila berkenalan dengan seorang coursemate satu batch cukuplah aku kenalkan sebagai Dani (nama samaran).

Selepas beberapa bulan kenal, kami couple. Ya kalau aku sebutkan di sini nama sebenar kami, sudah tentu coursemate kenal sangat sebab kami antara sweet couple di kalangan batch kami, auch hahah.

Dani berpewatakan menarik, soft-spoken dan agak introvert. Tapi dia sejenis yang agak rapuh, bila berdepan masalah dia bukanlah seorang problem solver yang baik dan agak nakal in terms of selalu tuang kelas serta kurang focus dalam sesuatu perkara.

Akulah yang banyak memberinya semangat di kala dirinya down di atas masalah yang dia sendiri create contohnya kena marah dengan lecturer sebab absent. Ya lah, sayang punya pasal kan.

To cut it short, kami berkahwin pada December 2011. From that moment, Dani sah menjadi suamiku dan aku lah insan yang paling bahagia.

Akulah peneman setianya ke hulu ke hilir menaiki kereta Kancilku untuk apply kerja dan interview here and there sehinggalah dia direzekikan lulus ujian dan temuduga untuk menjadi pegawai tentera darat.

Hari yang sama dia lulus, hari itu juga aku dapat tahu yang aku pregnant anak pertama kami. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Fast forward, kami menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia dan harmoni. Sangat jarang bergaduh, semuanya terasa indah belaka.

Dari anak seorang, dah jadi tiga pada Januari 2020. Dari berkereta kancil, kemudian Myvi, kemudian up lagi dengan 4WD. Dani juga telah beberapa kali dinaikkan pangkat.

Aku pula bekerja sendiri, senang nak ikut Dani pindah ke mana mana bila arahan posting keluar.

Seperti suami isteri yang lain, kami sentiasa support each other in terms of kerjaya, urusan rumah, anak anak dan lain lain perkara. Suamiku, sungguh aku sayang padamu.

Sehinggalah pada pertengahan tahun 2021, aku perasan Dani mula berubah. Berbulan bulan dia dingin terhadapku dan lebih banyak bersendirian. Dia seakan menjauhkan diri dari aku.

Bila bersembang tak pandang mata, bila aku datang untuk berborak terus dia buat buat mengantuk, nak pergi kerja pun dah tak salam peluk cium macam selalu. Aku cuba berbaik sangka, namun curiga makin menebal.

Bila ditanya tentang perubahan dia, jawapan cliche yang aku dapat – penat, problem kerja, stress kerja, rasa tak sihat dan lain lain.

Aku pula langsung tak dapat akses handphone dia, security handphone dia ketat. Ada fingerprint, then ada password, and siap whatsapp locked. Aku clueless, tapi instinct menyatakan sesuatu.

Sehinggalah pada suatu malam pada 4 Oktober 2021, aku sudah tak mampu membendung perasaan. Aku menangis semahunya, Dani nampak aku menangis tapi dia langsung tak memujuk.

Lepas reda sedikit perasaan, aku menghampiri Dani dan dengan selembut lembutnya aku bertanya, “Abang, siapa perempuan tu? ” Soalan tembakan rambang tapi mengena, dengan perlahan Dani menjawab “Orang Perak, janda anak 1”.

Dinyatakan padaku bahawa dia tidak bahagia hidup denganku, dia bahagia dengan perempuan itu. Oh suamiku, sampainya hatimu.

Aku mula mencari maklumat tentang perempuan itu melalui klu klu yang dinyatakan suami semasa pengakuannya.

Aku berjaya mengumpul maklumat dan menghubungi perempuan itu yang juga seorang pegawai tentera. Tiada pengakuan dari si penyondol, hanya penafian semata.

Tapi boleh pula dia mengadu pada suamiku yang aku menghubunginya. Apalagi mengamuklah sang hero bila heroinnya diganggu.

Suami benar benar marah padaku, katanya rakan rakan pejabat sudah mengetahui isu dia berscandal. Aku disalahkan sebagai tidak pandai simpan rahsia rumahtangga sehinggakan orang tahu tentang itu.

Katanya disebabkan aku, nama dan reputasinya sebagai pegawai tentera yang berekod bersih telah tercemar. Amboi mudahnya baling batu sembunyi tangan, berak merata tapi orang lain yang terpaksa bersihkan. Aku kecewa, sungguh kecewa. Play viictim kau ya.

From that moment, suami terus mendiamkan diri dan sangat membenci diriku. Aku bersedih namun pada 11 Oktober 2021, aku cuba menjadi ceria kerana tarikh tersebut adalah hari lahir anak pertama kami yang ke sembilan tahun.

Namun segalanya ranap apabila pada tarikh keramat tersebut, aku menerima whatsapp dari suami yang mencerraikan aku dengan talak satu.

Allahuakbar, kenapa harus tarikh tersebut yang dipilih untuk mencerraikan aku? supaya mudah diingati?

Inikah balasan pengorbanan aku bertarung nyawa melahirkan zuriatmu 9 tahun yang lalu. Demi seorang perempuan penggoda yang baru dikenali kau talakkan aku pada hari lahir anak. Kau zalim, Dani.


loading...


Maka dari tarikh tersebut, bertukarlah status Dani dari suamiku bertukar menjadi seorang stranger. Dari seorang insan yang paling aku sayang, bertukar menjadi orang asing yang namanya sudah tidak mendetakkan dengup jantung ini.

Aku cuba memujuk, merayu untuk kami kembali bersama demi anak anak namun hatinya sekeras batu. Beberapa kali rayuanku tidak diendahkan. Ku fikir cukuplah, aku punya maruah. Aku perlu jalan terus ke hadapan.

Maka pada hari ini, di saat coretan ini ditulis, Dani sudah aku buang jauh jauh walaupun sukar dan perit. Aku dan anak anak kini berada jauh dari dia. Biarlah dia dengan bahagianya.

Dani, kau sudah menjadi orang asing dalam hidupku. Aku cukup kuat untuk bangkit mengutip serpihan hati yang telah kau hancurkan.

Selama ini akulah yang banyak mendorong kejayaanmu, semoga selepas ini dirimu tidak jatuh tersungkur di atas penganiayaan ini. Terima kasih untuk segalanya, Dani.

Untuk Dani, segala tuntutan tuntutan selepas percerraian telah aku failkan di mahkamah syariah. See you in court.

Untuk si penyondol, tiada ruang kemaafan dariku untuk setiap titis air mata anak anakku yang gugur disebabkan perbuatanmu. See you at padang mahsyar.

Reaksi Warganet

Matt Chivaree –
I get you sis. Sebetulnya kalau Dani tu nak kawin lagi, Bole je sebab p0ligami memang halal. Tapi kena adil dan jaga perasaan semua pihak. Lagi bagus kalau restu dapat dari wife.

Problem sekarang kes u ni, Dani tu ignore u suddenly, tak jujur dengan your side dan pompuan tu pun play viictim kan? Moga sis kuat harungi hidup mendatang dengan anak anak ye

Cik Adiera –
Orang yang mengkhianati hidupnya takkan tenang. Begitu juga yang merampas. Hidupnya tidak akan bahagia. Tambahan si lelaki tu menyakiti hati isteri, kita pun sedia maklum hukum menyakiti hati isteri.

Biarlah sis, itu pilihan dia. Move on je dengan anak anak. Tak perlu maafkan si perampas dan yang membiarkan dirinya dirampas tu.

Biarkan, satu saat kifarah tu sampai, masatu tak berguna lagi. Sis berhak bahagia dengan anak anak. Allah tu tak pernah tidur, teruskan berdoa. Doa orang teraniaya makbul sis

Sue A. Rahman –
Kadang tak faham apa yang dicari lelaki. Adakah tak ckup nafkah batin sampai nak cari lain? Adakah sudah bosan dengan wanita yang sama bertahun tahun.. Susah sangat ker nak setia?

Mudah sungguh hati berpaling pada yang lain. Dan Wanita wanita janda tak semua la.. Kerana ada anda anda yang bersikap macam nih la janda dipandang serong..

Nak bersuami baru tak salah. Tapi carilah yang duda.. Yang bujang. Jangan dikacau suami suami orang.

Wanita jugak yang menghancurkan wanita..
Tambah pulak lelaki yang tak tahan digoda..

Aini Mohd –
Big hug sis. Semoga dilapangkan fikiran. Direzekikan dengan rezeki kewangan, kebahagian bersama anak anak, kemudahan menjalani kehidupan harian, dikuatkan hati membesar dan mendidik anak anak, ditabahkan hati.

Suatu hari nanti, hari hari yang perit ini akan berlalu. Ia cuma secebis memori.
Semoga anak membesar dengan sihat dan jayanya.

Mereka? Tiap perbuatan dicatit dan akan dipersoalkan.

Cukup lah Allah sebagai penolong.

Sumber – Lara Hannah (Bukan nama sebenar) via IIUMC viaEdisi Media !



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم