Foto sekadar hiasan Mangsa Sihir Sejak 2016 Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca yang budiman.
Aku adalah mangsa sihir sejak 2016 dan masih belum sembuh sepenuhnya.
ARTIKEL MENARIK:Ada budak perempuan ajak remaja hil4ng di Gua Musang masuk hutan…Ini sebenarnya yg Ustaz ‘nampak’
Aku harap warga pembaca dapat kongsikan sedikit kata semangat, nasihat atau jika ada pusat rawatan yang boleh kongsikan di ruangan komen.
Ceritanya bermula waktu aku tengah buat postgraduate di salah satu universiti tempatan. Aku ada berkawan dengan seorang lelaki, aku namakan A.
Kami sama sama buat research dan jadi makin rapat dan ada plan untuk kahwin selepas graduate. Kami serasi dan waktu tu aku ingat dia lah jodoh aku.
Tahun kedua, aku jadi kurang sihat dan aku diuji dengan separuh lumpuh, d3pression dan kini makin pulih.
Pada mulanya aku ada mimpi ular dan kawan lelaki juga ada mimpi ular hitam, aku juga selalu jumpa ulat gonggok, lipan, rambut dalam pinggan makan dan akan gatal badan kalau berjumpa A.
Kalau A ada mesej aku, tiba tiba keluar ulat gonggok atas badan aku. Akhirnya, aku terus block A masa tu walaupun dalam hati aku masih sayang dia.
Masa awal kami terkena sihir tu, atas nasihat beberapa kawan, aku dan A berjumpa seorang ustaz di pusat darulsyifa berdekatan dan ustaz beritahu kami terkena sihir pemisah dan perlu buat beberapa kali rawatan.
Pada mulanya A ok tapi lama kelaman hubungan kami makin teruk, A tak nak berubat dan kami putuskan bawa haluan masing masing.
Sepanjang tempoh itu, aku sering kongsikan cerita dan sakit aku alami pada seorang kenalan rapat yang aku namakan Kak Ja. Dia bertudung labuh dan boleh kira dia selalu bagi pendapat islamiah, kategori orang baik kalau tengok.
Tapi rupanya sihir pemisah itu dari Kak Ja sendiri. Patut aku pelik, ada sekali dia beria ajak aku bergambar dan suruh aku berdiri, rupanya dia gunakan gambar penuh aku tu. Kak Ja ni student PhD masa tu, jadi dia kategori senior aku dan A dan aku sering rujuk dia.
Sekarang Kak Ja dan A tu pun dah berkahwin dan ada anak pun. Aku juga kini dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki comel wa muslih.
Beberapa minggu sebelum aku berkahwin, ada A mesej dan beritahu dia tak pernah lupakan aku, dia doakan aku bahagia dan dia yakin suatu hari nanti mungkin kami akan bertemu lagi. Tapi aku tak balas pun. Aku pun tak tahu kalau A masih ingat aku.
Suatu masa dulu, aku pernah ceritakan pada keluarga A, pada circle kawan aku apa Kak Ja buat tapi mereka tak pernah percaya. Mereka cakap takkan Kak Ja yang solat penuh, tudung labuh, mengaji tak tinggal tergamak buat macam tu.
Sepanjang aku berubat, ustaz dan perawat selalu nasihatkan supaya aku tidak menyimpan dendam kalau nak betul sembuh, belajar memaafkan serta melupakan dan itulah masalah yang aku hadapi sejak 2016 hingga kini.
Walaupun mulut aku cakap aku dah maaf, walaupun dah hampir 6 tahun, tapi jauh dari sudut di dalam hati, luka aku masih ada.
Aku tak pernah sangka Kak Ja, yang sangat aku percaya tergamak aniaya aku, kenapa sanggup dia mensyirikkan Allah dan meletakkan aku dalam keadaan paling susah, aku separuh lumpuh dulu kena berulang alik ke hospital.
Aku grad dengan extension sebab diagn0se with d30
pression dan kena jumpa psikatri, aku tak period hampir 2 tahun. Bila jumpa Dr, Dr cakap tak sakit sampaikan Dr suruh jumpa ustaz.
Disebabkan kawan aku adalah kawan A dan kak Ja, jadi kadang kala perkembangan mereka aku tahu secara tak sengaja.
Bila aku tengok dia berjaya dan dah jadi senior lecturer, hati kecilku terdetik rasa benci, marah, dendam. Dia bahagia dengan A selepas apa dia buat pada aku.
Adakah salah aku sebab pernah terlalu cinta pada A dulu sehinggakan aku terlalu luka? Dan adakah salah aku sebab terlalu percaya pada Kak Ja yang aniaya aku.
Aku amalkan solat sunat dan sentiasa berdoa pada Allah agar aku dapat memaafkan dan melupakan. Semoga tiada sekelumit ingatan aku pada A, semoga kasih aku hanya pada suami dan anak.
Mohon para pembaca dapat kongsikan tips dan nasihat supaya aku tiada lagi dendam. Terima kasih. Moga dalam rahmat Allah
Reaksi Warganet
Wan Zaiton –
Bukan nak bagi tips lupakan dendam, tapi saya nak tahu sangat daripada mana dapat tahu kak Ja yang buat?
Adakah dia sendiri yang mengaku?. Syaiitan kerjanya memang nak melaga lagakan orang. Saya pernah kena.
Jangan percaya jika yang cakap kak Ja yang buat tu so called ‘ustaz’ atau perawat sihir apatah lagi yang kononnya berdamping dengan jin Islam.
Dah berapa ramai yang porak peranda persahabatan, jiran, adik beradik sampai terbnuh pun ada akibat tuduhan tuduhan macamni. Semoga sis diberikan kekuatan dan cepat sembuh…
Siti Hajarul Ain –
Saya juga mangsa sihir dari tahun 2014 hingga sekarang. Tahun 2018 lepas dapat anak gangguan makin kerap, benci sungguh dekat suami. Tak boleh pandang muka suami.
Saya dah tahu siapa yang buat. Mula mula memang marah sakit hati benci sesal kecewa dan sebagainya. Tapi sejak setahun dua ni saya makin tenang bila kemarahan semakin reda, hanya berserah pada Allah.
Dia masih lagi sihirkan saya sehingga sekarang. Mungkin saya sudah boleh adapt dengan hidup begini. Tak boleh baca quran. Dengar alunan ayat quran dan ruqyah saya terus lemah pening loya sakit badan dan sendawa setiap masa.
Nak berubat tapi hantaran sihir dia semakin kuat. Jadi saya stop berubat dalam setahun dua ni. Tapi sedih sebab sekarang tak boleh baca quran, cepat marah dan mudah moody.
Chobby Molly –
Saya pernah bertemu dengan sorang mngsa sihir yang dah bertahun tahun. Tak bole berjalan. Bila berjalan kaki dia sakit macam ada paku di tapak kaki.
Puas berubat tapi tak baik baik. Akhir nya sihir terlerai juga. Amalan dia zikir Nafi Isbat..(La ilahalilaallah) setiap hari. Amal kan sebanyak yang bole. Jika bole 1000x. Klau dapat lebih lagi bgus.
Insha Allah.. Terlerai sihir. Cuba la. Mana tau menjadi asbab kesembuhan. Insha Allah
Izzul Aiman –
Saya juga pesakit yang disihir dari tahun 1999 sehingga sekarang masih belum sembuh…
Darul shifa bangi, kelantan, shah alam, darul thibbun nabawi di shah alam, darul salam di gombak dan lain lain pusat rawatan yang saya lalui untuk rawatan ruqyah…
Selepas rawatan, saya akan rasa lebih tenang dan lega. Tapi “penyakit” tu datang kembali jika saya dalam kesedihan, kemarahan, atau dalam keadaan saya uzur.
Untuk pulih dari sihir, kita sendiri yang perlu kuat. Ustaz pernah pesan, jangan mencari cari atau syak siapa yang sihirkan kita, tetapi kita perlu mencari Allah setiap masa, untuk mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.
Sihir yang kita alami adalah dengan izin Allah jua, untuk kita lalui sebagai ujian. Jika kita sabar dan redha, kita akan makin tenang dan sihir itu sendiri akan “tawar dan tidak berkesan” dengan kesabaran yang ada pada hati kita.
Yesmina Bmc –
Move on la dik. Apa pun dia buat ingtlah tak kan berlaku tanpa izin Allah. Bila Allah izinkn itulah takdir dan ujian untuk awak.
Awak pun da ada anak. Da kahwin. Berbahagialah dengan hidup awak.
Kalau awak pun berdendam, sorry you sounded like “dengki” dengan hidup mereka sekarang, maka u are at par dengan dia. Sama je.
Dengki tu la yang dorong dia sihir semua, kalau betulla tu dia yang buat.
Move on pls, tak maaf takpe tapi move on dan percayalah Allah tak tidur pun
Sumber – Nana (Bukan nama sebenar) via IIUMC via
إرسال تعليق