Ekoran kes makin naik. Timbalan Menteri Pendidikan dedahkan tempoh sekolah akan ditutup sekiranya kes masih berlarutan

SUNGAI BESAR: Penutupan sekolah di empat kawasan di Kedah dan dua di Perlis susulan penularan COV1ID-19 perlu dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dibenarkan dibuka semula.

Ekoran kes makin naik. Timbalan Menteri Pendidikan dedahkan tempoh sekolah akan ditutup sekiranya kes masih berlarutan
Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya, berkata Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan jumlah bilangan hari yang sepatutnya pelajar dan murid bercuti.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya terbongkar dia ni rupanya punca dunia daruuurat Covid 19. Akhirnya oraang peertaama yg dijangkiti dah berjaya dijejaki. Rupanya dia berasal dari negara ini.
loading...


“Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat dari Kementerian Kesihatan dan MKN, selagi itu sekolah akan ditutup,” katanya kepada media, hari ini. Terdahulu, Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar melepaskan Konvoi Jelajah Info On Wheels (IOW) Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Selangor di Dataran Tonggak 9, Stadium Sungai Besar, di sini.


Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat kawasan di Kedah iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap berikutan penularan COV1ID-19 yang berpunca daripada Kluster Sivagangga.

Pada 10 Ogos pula, dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul turut dikenakan PKPD Secara Pentadbiran sehingga 31 Ogos. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kes Jalur Gemilang yang dipamer secara terbalik, Muslimin menasihatkan supaya pemasangan bendera itu dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah. – BH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVI1D-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos. “Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos. Berikutan itu, beliau berkata, JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.


loading...


Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata, perkara itu akan dilihat mengikut kes. “Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya. – BERNAMA

Isu pelitup muka Masih Belum Habis. KKM Keluarkan Kenyataan Ekoran Untuk Kaji Cadangan Pelajar Pakai Mask Kain Dan Purdah Serta Pelindung Muka Di Sekolah

Selepas tular beberapa isu mengenai pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan memakai face mask yang sama untuk beberapa hari, KKM kini katanya sedang mengkaji kemungkinan beberapa jenis penutup muka lain yang boleh digunakan pelajar di sekolah.Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara cadangan tersebut termasuk membenarkan pelajar memakai pelitup muka jenis kain, lapor Astro AWANI.

“Kalau 3 ply (lapis) mungkin lebih mahal harganya fasal fabriknya adalah fabrik tertentu yang diluluskan. Kita sekarang ini mencadangkan supaya boleh tak kain biasa digunakan untuk menutup muka.“Kedua, kita mencadangkan supaya face shield (pelindung muka) juga boleh digunakan sebab face shield ini beli sekali tak perlu tukar hari-hari dan ia cuma boleh dicuci sahaja.

“Harga saya difahamkan sekitar RM2 hingga RM4 sahaja untuk satu face shield dan hari-hari boleh cuci dan boleh pakai lagi esok. (Face shield) mungkin boleh dipakai selama dua hingga empat bulan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sumber: Rukita

Selain itu, Ismail Sabri juga memohon agar KKM kaji sebarang jenis kain lain yang boleh digunakan untuk tutup mulut dan hidung termasuklah penggunaan purdah.“Jadi, kita pun minta supaya mereka yang memakai purdah misalnya, adakah perlu atau tak perlu memakai mask, (sebab) dia dah ada penutup iaitu kain purdah, ataupun di sesetengah negeri memakai kain selendang dan sebagainya boleh ditutup muka.“Di sesetengah negeri, penutup kepala (digunakan sebagai) penutup muka… jadi (KKM pertimbangkan) ia boleh atau tidak,” katanya. Tambah Ismail lagi, jikalau ia diluluskan, keputusannya akan diumumkan kelak.Harap-harap adalah alternatif lain untuk bantu pelajar susah yang tak mampu beli face mask tu. -tazkirah

Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA

Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…

KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.

“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.

“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.

Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.

Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.

“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.

Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.-ctto

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم