Isteri Izzue Islam menangis tersedu sedan. Izzue Islam bongkarkan punca isterinya menangis dan ternyata perkongsian ini meraih perhatian warganet

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam, Awin Nurin gagal menahan kesedihan apabila kucing kesayangan yang diberi nama Piko sudah hembuskan nafas terakhir pada Sabtu.Tulis Izzue menerusi akaun Instagramnya, Piko menjadi haiwan peliharaan mereka yang sangat pintar dan manja.“Sedih tak tahu nak cakap camne. Piko ni memang manja sangat, tido nak kena tepok, suka tido ngan kitorang, suka tido kat rambut Awin Nurin.

Isteri Izzue Islam menangis tersedu sedan. Izzue Islam bongkarkan punca isterinya menangis dan ternyata perkongsian ini meraih perhatian warganet



“Suka sangat jalan-jalan naik kereta, kalau balik kerja bukak je pintu rumah, muka dia dulu kat depan pintu,” kongsi Izzue.Tambah Izzue, punca pemergian Piko disebabkan jngkitan bakteria dalam drah.“Kali terakhir kitorang jumpa dia semalam (Sabtu) dalam pvkul2.30 petang. “Datang lawat dia kat klinik sebab doktor kata dia dah 50-50. Yang paling kitorang terkejut, doktor kata organ dalaman dia semua cantik.

ARTIKEL MENARIK:Kongsi foto tapi warganet dapat kesan sesuatu yang lain. Ternyata perkongsian Hawa Rizwana raih perhatian warganet gara gara ini
loading...


“Cuma bakteria dalam drah dia memang kuat sampai ubat paling power pon dah tak boleh lwan bakteria tu. Sempat awin pujuk piko supaya kuat, dah sihat nanti boleh balik jumpa Loki, Loli dan lain-lain.“Lebih kurang dalam pvkul4.48 petang semalam kitorang dapat call dari doktor yang Piko dah pergi. “Semoga kita dapat jumpa lagi di sana nanti yer Piko. Tunggu mummy ngan deddy tau,” getusnya.

Perkongsian menyedihkan itu mendapat simpati daripada kenalan selebriti dan warganet yang turut mendoakan kesejahteraan Piko dan pasangan romantis itu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Izzue Islam terima tawaran Tunku Azizah dapatkan rawatan IVF – “Baginda ikut perkembangan dan mahu bantu saya”

Izzue terkejut baginda tawarkan pertolongan untuk dia dan isteri dapatkan zuriat.PELAKON Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat.Menurut pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, dia menerima tawaran itu ketika bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas habis pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu.

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.Izzue dan Awin masih belum dikurniakan anak selepas tujuh tahun berkahwin.“Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu, memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya kepada mStar.Izzue ditemui ketika sesi Meet & Greet duta Aura White Toothpaste X Guardian di Guardian IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang diasaskan baginda menawarkan penajaan pasangan yang terpilih untuk rawatan IVF di salah sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.

Izzue rancang bertemu Tunku Azizah pada awal tahun hadapan.Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Forteen ini memberitahu dia belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tunku Azizah disebabkan jadual kerja yang padat.”Sehingga kini, saya belum lagi bertemu dengan baginda untuk peringkat seterusnya. Sebab tak ada masa yang sesuai memandangkan saya tengah sibuk penggambaran sebuah drama.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin habis saja penggambaran ini dalam sekitar awal tahun hadapan saya akan berjumpa dengan baginda,” ujarnya.Izzue dan isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013 namun sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.-mstar

‘Saya takkan madukan isteri’

KUALA LUMPUR: Tidak pernah terdetik di hati Izzue Islam untuk ‘memadukan’ isteri, Awin Nurin biarpun rumah tangga mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.Beristeri dua, bagi penyanyi, pelakon dan pengacara ini, bukannya penyelesai masalah, sebaliknya ‘raja’ kepada segala kesulitan.

Hakikatnya, tiada zuriat bukan bermakna bahtera rumah tangga Izzue, 29, dan Awin, 37, tidak bahagia.Cinta yang terpahat di hati aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Harapan Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 itu tidak sedikitpun terjejas, biarpun sudah enam tahun menunggu kehadiran si kecil.

Malah, smpah setianya tetap kukuh tersemat kepada Awin, biarpun sering dikritil warganet.Sesetengahnya menduh Izzue mandul dan tidak mampu membahagiakan isterinya, lantas meminta artis terbabit berpisah Awin.Mengulas ‘gngguan’ yang diterima di laman sosial, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan memberitahu:

“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.“Paling terkesan tentunya saya ditudh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.


loading...


“Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” katanya kepada BH Online.Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen, mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.

Izzue mengaku isterinya pernah tertekan ketika isu mengenai zuriat mula-mula diperkatakan warganet.“Pada peringkat awal, Awin tertekan, tetapi tidaklah sampai malu keluar rumah dan berdepan dengan khalayak.“Awin pelik, kenapa warganet suka mengata dan mencari kelemahan dirinya?” katanya.

Ditanya kemungkinan menjalani ujian kesuburan selepas enam tahun berusaha mendapatkan zuriat, Izzue berkata:“Saya dan Awin tidak pernah membuat rawatan itu selama enam tahun berkahwin. Bukan kami tidak mahu, tetapi tuntutan kerja saya terlalu padat.“Selama ini, saya dan Awin hanya memikirkan kerja untuk mencari rezeki. Bagaimanapun, sudah tiba masanya saya melakukannya… Usia saya pun bukan muda lagi.

“Bagaimanapun, sebelum membuat ujian kesuburan, saya dan Awin harus membuat rawatan terlebih dahulu untuk memastikan masalah kami. Insya-Allah, kami serius mahu mendapatkan rawatan dalam usaha memiliki cahaya mata, tahun ini,” katanya.-bh

“Aibkan Suami Macam Tu, Semua Orang Tengok,”- Cnteng Muka, Isteri Izzue Islam Dikritik Macam Tak Respek Suami!

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam ada memuat naik satu rakaman video pendek menerusi akaun Instagram miliknya.Rakaman video tersebut memaparkan aksi dirinya yang bergurau bersama dengan isteri, Awin Nurin.Menghiburkan, apabila kelihatan Awin sedang menconteng wajah Izzue ketika sedang tidur dengan mengunakan pen.

“Kene lagi aku! Takpelah, 1 je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin.“Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau ape2 je lah yg ade pada aku.“Jangan dia conteng hati & perasaan orang yg belum tentu orang tu akan maafkan dia (jgn cnteng arang dimuka bapak sudah! ),” tulisnya

Bagaimanapun, perkongsian pelakon berusia 29 tahun itu turut mendapat reaksi berbeza warganet yang memberikan kritikan terhadap pasangan ini.Ada yang merasakan Awin tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian terhadap penyanyi dan pelakon terbabit kerana dikatakan sangat tidak menghormati Izzue sebagai suami.Untuk rekod, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.Namun, pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki zuriat.Video : Instagram Izzue Islam

Izzue Islam sedia jalani ujian kesuburan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam berhasrat menjalani ujian kesuburan, akhir tahun ini sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, berkata, kekangan masa ekoran jadual kerja yang padat, sebelum ini membantutkan hasratnya dan isteri, Awin Nurin mendapatkan pandangan pakar.

Katanya, usaha itu diambil bagi mengenal pasti masalah dialami selepas enam tahun mereka menanti kehadiran zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga,“Lagipun, umur masing-masing semakin meningkat, jadi kami wajar mengenal pasti masalah sebenar untuk mencari jalan penyelesaian.“Sebenarnya, sejak awal tahun lagi, saya sudah merancang bertemu doktor dan menjalani ujian kesuburan, cuma belum berkesempatan kerana terlalu sibuk.

“Namun, saya dan isteri perlu juga mencari masa kerana tidak mahu menangguhkan lagi perkara ini. Memandangkan Awin bertindak sebagai pengurus, saya akan berbincang dengannya supaya dapat mengosongkan jadual kerja menjelang akhir tahun ini.“Tidak salah kami berikhtiar kerana siapa yang tidak mahu anak? Cuma, rezeki kami untuk menimang cahaya mata masih belum berpihak,” katanya.

Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen, mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.Pelakon drama 30 Pesanan Suara itu itu ditemui pada majlis sidang media Konsert Hora Horey siri animasi kanak-kanak popular, Didi & Friends yang bakal diadakan bermula 15 hingga 18 Ogos depan.

Baru-baru ini, perkongsian Izzue dan Awin yang memuat naik foto bersama seorang bayi di laman sosial mengundang reaksi pelbagai pihak. Selain peminat, teman selebriti turut mendoakan pasangan itu beroleh rezeki memiliki cahaya mata.Selain doa, pasangan itu juga disaran supaya menjalani rawatan alternatif sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.“Alhamdulillah, setakat ini, belum ada pihak yang tidak berpuas hati setiap kali saya dan isteri bermain dengan anak mereka. Namun, bagi mengelak perasaan kurang selesa ibu bapa, saya perlu minta izin sebelum menyentuh bayi mereka,” katanya.-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم