Enggan berkongsi kasih dan dimadukan, A Aida mendkwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua.Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.
“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.“Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin, dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.
ARTIKEL MENARIK:Abby Abadi dah lama tak bekerja tiba tiba ada seseorang dtg mintak pinjam 50k. Terkejut Abby Abadi bila tahu siapa orang tu.
“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.
Dia mendkwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu.Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.
Rasa tak layak bermadu
Bagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya.“Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang, pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.
“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun. Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya.Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali. Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007, namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12.Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi berpisah talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.
Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’.“Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari. Takkan saya nak bermadu.“Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.
A Aida nak ‘sado’ sampai tua
“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja.
“Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali altif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat.Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.
“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya.Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik.Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.
“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja.“Selain itu saya tidak mahu dijangkiti sakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ubat segala sakit. Jadi, saya tak nak ada drah tinggi, kncing manis dan lain-lain. Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.
Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting.“Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.Sumber: http://trendingsangat.pw/
‘Dia mesej, saya balas’ – A Aida
PENERBIT popular, Datuk A Aida menerima mesej daripada bekas suaminya yang juga pelakon, Ariff Aziz mengucapkan terima kasih atas penjelasan isu kehilangan wang pelaburan RM200,000.Aida, 50, berkata, mesej itu dikirim Ariff menerusi Direct Message (DM) di Instagram baru-baru ini.
“Dia mesej, saya balas. Saya hanya cakap okay dan terima kasih saja. Kita memang bagi tiga nama yang tahu mengenai akaun bitcoin untuk siasatan. Hasil siasatan polis mendapati dia tidak terbabit. Itu yang dia mesej. Jadi, tidak perlu untuk saya berbalah dengannya. “Bagi saya, apa yang pernah berlaku antara kami biarlah berlalu. Ia sudah tinggal sejarah. Masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Menerusi mesej yang dihantar, bekas suaminya juga berharap mereka masih boleh menjadi kawan.“Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Kami berpisah pun cara baik. Cuma, buat masa sekarang biarlah masing-masing fokus dengan kerjaya dan kehidupan sedia ada.“Apatah lagi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Kernda terbitan syarikat saya baru ditayangkan. Jadi, saya mahu fokus betul-betul.“Saya berharap peminat dapat memberi sokongan dan pergi menonton filem tempatan. Saya boleh janjikan, filem ini berbeza dengan karya sedia ada,” katanya.Filem arahan Bade Azmi itu mula ditayangkan di seluruh negara bermula semalam.-mymetro
Lepas buka tudung, A. Aida dig0da tujuh lelaki, ‘boroi pergi jauh-jauh’
KUALA LUMPUR, 20 Feb — Penerbit dan pengarah, Datuk A. Aida mengakui didekati hampir tujuh jejaka selepas tampil dengan imej terbaru tidak bertudung. Aida, atau nama sebenar Zaidah Awang bagaimanapun menolak semua g0daan tersebut kerana mereka tidak mempunyai kriteria seperti yang diidamkan, lapor Media Hiburan.
Penerbit drama itu sebaliknya berkata beliau berminat pada lelaki bertubuh sasa namun masih belum menemui teman pengganti selepas berpisah dengan pelakon Ariff Aziz pada 25 April tahun lalu selepas lebih 10 bulan hidup bersama.
“Jika mahu berdampingan dengan saya, perlu ada ‘six pack’ dan ‘sado’. Kalau boroi pergi jauh-jauh,” katanya dipetik portal itu. Minat A. Aida pada lelaki bertubuh sasa dapat dilihat menerusi kecenderungannya yang kini banyak menghabiskan masa di gimnasium. Tambahan pula, sudah lebih tiga tahun beliau berusaha mengekalkan bentuk badan menerusi latihan fizikal dan penjagaan makanan.
“Seminggu saya berkunjung ke gim tiga kali. Saya mahu tubuh badan yang sihat, ingat senang mahu dapatkan bentuk ‘v-line’ pada bentuk wajah? “Setiap hari saya akan makan 10 biji telur dan bahagikan dari pagi sehingga malam,” katanya sudah tidak menyentuh nasi sejak lapan bulan lalu serta mengamalkan pengambilan kolagen, sarang burung dan plasenta.
Disebabkan itu, menurut A. Aida ramai memuji penampilan terkininya dan menyamakan beliau seperti artis lain. “Ramai yang mengatakan wajah saya seiras Kilafairy dan Tasha Shila, malah ada yang kata seperti J.Lo,” katanya. Kemunculan baru beliau pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) sewaktu mempertaruhkan lagu ciptaannya Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip pada 9 Februari lalu mengejutkan ramai pihak.
Mengakui merasa berdosa tidak menutup aurat, namun penampilan bertudung sebelum ini katanya bukan atas kerelaan hati.“Dahulu saya pakai tudung kerana taat dengan suami. Apabila sudah berpisah, saya membuat keputusan membuka tudung ketika di Maldives akhir tahun lalu,” katanya. Katanya keadaan tambah sukar seminggu sebelum AJL menyebabkan beliau sukar tidur malam memikirkan keputusan untuk tampil tanpa tudung, namun teman rapatnya memberikan nasihat agar menjadi diri sendiri, lapor portal itu lagi. -ctto
via Era Kini
إرسال تعليق