Ramai tak sangka ini keadaan terkini Fedtri Yahya. Warganet doakan kesembuhannya. Mengejutkan sampai macam ni sekali keadaan terkini dia.

Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan operation di wajahnya. Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini.

Ramai tak sangka ini keadaan terkini Fedtri Yahya. Warganet doakan kesembuhannya. Mengejutkan sampai macam ni sekali keadaan terkini dia.



“Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun.. Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah.. Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadiahkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik. Nikmat yang cukup besar. Doakan kesembuhan untuk semua.” 

 






ARTIKEL MENARIK:16 Sep hari jadi Sandra. Ibu terkilan Sandra tak tahu hal sebenar. Semuanya dah terlambat. Mengejutkan Ibu Sandra tiba tiba tampil bongkarkan sesuatu yg membuatkan warganet tergamam.
loading...


Mengimbas kembali, pagi semalam isterinya mendakwa dirinya terlibat dalam satu kejadian yang tak diigini berbasikal. Kelukaan yang dialaminya mengakibatkan beberapa jahitan terpaksa dilakukan di bahagian wajahnya yang terluka. Alhamdulillah, semoga luka beliau semakin sembuh dan kesihatan bertambah baik di pagi Jumaat yang mulia ini.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

Isteri Muatnaik Keadaan Terkini Fedtri Yahya Sekali Mira Filzah Tiba Tiba Masuk Komen. Apa Yang Dia Komen Sangat Mengejutkan Warganet.

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya, 39, LUKA di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini diraw4t di pusat perub4tan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami kelukaan di bibir, kening, dagu dan rahang.

Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami kelukaan serius pada anggota badan lain. “Alhamdulillah, suami selamat menjalani operation semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijah1it kerana tulang rahang pat4h dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.

“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Anati, suaminya jatuh tersemb4m menyebabkan bahagian muka mengalami kelukaan.

“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang bercairan merah. Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat operation untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.

KOMEN MIRA FILZAH :

Allahuakbar. Semoga cpt sembuh. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Harian Metro

Mira Filzah Muatnaik Gambar Pergi Bulan Madu. Tapi Wan Emir Pulak Yang Jadi Buah Mulut Warganet. Rupa Rupanya Ini Yang Warganet Nampak Dalam Gambar Tersebut.

Selamat diijabkabulkan minggu lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang menikmati bulan madu mereka di Langkawi. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih. Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban dan apabila pasangan itu bergambar bersama seperti anak dan bapa.

Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa.  Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.

Kata warganet lagi, jangan menghina seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga Mira Filzah.

Sumber: rotikaya

Rezeki Mira Filzah. Terkejut Baru Seminggu Nikah Mira Filzah Dan Suami Terima Berita Gembira. Warganet Tergamam Dgn Berita Gembira Tersebut.

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita jelita yang pintar atau disebut ‘beauty with brain’. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang-calang.

Pemilik nama penuh  Nur Amirah Filzah  Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.  Jadi tidak hairanlah Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini 

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM. Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik.

“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd. Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.

“Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar. Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya.  Tanpa perlu terlalu beriya iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.

Sekalipun tahun ini, Malaysia diuji dengan pandemik Cov1d 19 hingga sesi persekolahan terbantut beberapa bulan,  perjuangan menempuhi SPM tetap diteruskan. Tinggal sekitar tiga bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelma yang dijadualkan pada 6 Januari 2020. Peperiksaan percubaan SPM pula dijangka berlangsung Oktober depan.

Lalu, PTTI dengan berbesar hati  serta komited mahu membantu sertak membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini. Bimbingan persediaan secara dalam talian ini dibuka berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Mengejutkan Mira Filzah Bongkarkan Sesuatu Tentang Suami Sendiri Lepas Mereka Nikah. Rupanya Tanggapan Mira Meleset. Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Perangai Sebenar Suami Dia.

Pelakon Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada pasangannya Wan Emir Astar. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Menerusi Drama Sangat, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan kongsi detik pertemuan pertama dengan suaminya. Menurutnya pertemuan ini bermula atas gesaan ibu dan ayahnya. Karakter Emir sangat kuat. Karakter, karakter dan karakter. Keseluruhan karakter sangat kuat dan disenangi. Mira sangat selesa dengan dia. Dia sangat soft spoken. Dia tak pernah meninggikan suara. Mira sangat selesa dengan dia. Di hati rasa senang.

Menurut Mira Filzah, dia jatuh cinta dengan Wan Emir kerana karakternya yang sangat kuat. Walaupun pada awalnya dia merasakan Wan Emir seorang yang bosan namun segalanya berubah selepas pertemuan kali pertama. Dia kejar-kejar tapi Mira tak layan sebab malas nak layan. Kalau tengok dia di Instagram, dia suka tulis kapsyen panjang-panjang macam nampak boring. Dia suka ekspresi melalui penulisan.

Mak abah bertanggungjawab dalam pertemuan mereka..

Mak kenal papa dia, Abah pun kenal dia secara indirectly. Mak dengan Abah orang bertanggungjawab yang push Mira. Pergilah jumpa sekejap. Jumpalah sekali pun takpa. Kalau tak suka takpe. Ternyata buat pertama kali dia tidaklah seperti di Instagram.Dia tidaklah boring. Dia seorang kelakar juga. Dia aktif dalam seni, dalam drama dan lakonan. Tapi dia tidak menonjol seperti orang lain.

Tambahnya lagi, ibu dan bapa adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada pertemuan pertama. Dari situ dia beranikan diri untuk berjumpa dan akhirnya membawa kepada beberapa pertemuan sebelum merancang untuk berkahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Drama Sangat via Oh Bulan

Lepas Kecoh Tentang Perkahwinan Mira Filzah Kali Ni Heboh Pulak Tentang Lokasi Bulan Madu Mira Filzah Dan Suami. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Lokasi Pilihan Mira Dan Suami Untuk Berbulan Madu.

Minggu lalu berita hiburan tertumpu kepada perkahwinan Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Malah, satu demi satu didedahkan oleh pasangan itu dari saat perkenalan mereka sehinggalah ke jinjang pelamin.

Meskipun sudah majlis pernikahan dan dua majlis resepsi kedua-dua belah pengantin, namun sehingga kini kisah perkahwinan mereka masih menjadi bualan ramai warganet. Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya. Mira berkata  dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: rotikaya@Teh Tarik Kaw


loading...


Datang Untuk Buat Persembahan Masa Majlis Mira Filzah. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Naiim Daniel Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Yang Jadi Masa Dia Buat Persembahan.

Sama cantik sama padan, itulah yang boleh digambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selepas majlis resepsi berkonsepkan The Midnite Sky pada 4 September, kali ini majlis resepsi kedua diadakan pula di Puchong, Selangor. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi. Jom tengok foto di sekitar majlis resepsi ini.

Menerusi Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.

Terlihat juga naim daniel sebagai artis jemputan untuk majlis mira filzah dan wan emir, beliau membawakan lagu seribu tahun untuk pasangan ini. Menerusi hantaran di instagram naim daniel, beliau nampak sesuatu yang terjadi antara pasangan pengantin ketika salah satu lirik dalam lagu tersebut dinyanyikan beliau.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : OhBulan/IGNaimDaniel

Selamat Bergelar Isteri Orang Malam Tadi. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Mira Filzah Dedahkan Ada Hantaran Istimewa Yang Dia Bagi Dekan Wan Emir. Rupa Rupanya Individu Ini Yang Buat Hantaran Yang Istimewa Tu.

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad. Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Hantaran Istimewa

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya. Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.

Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir.

Ini memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.

“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.

Sumber : TV3

Sumber : TerengganuTv

Sudah Memasuki Fasa Baharu Dalam Hidupnya. Mira Filzah Buat Permohonan Maaf Dengan Sesetengah Pihak Ini Dan Harap Semua Urusan Dipermudahkan

BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya, pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan dirinya. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasr bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu. “Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.

Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.

Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu. Mira mohon maaf kepada yang tidak dapat jemputan majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:mstar

Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

Mira dan Emir selamat bergelar suami isteri pada malam Khamis. PELAKON Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek. Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) gara-gara penularan Covid-19 itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Mira dan Emir mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam. Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Pasangan merpati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3. Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Emir ialah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.-mstar

Mengejutkan Wan Emir Astar tidak putus asa. Rupa rupanya ini caranya mengambil hati Mira Filzah. Pendedahan mengenai cerita itu disini.

Akhirnya terjawab teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Ia susulan pelakon itu mengesahkan mereka diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam semalam. Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu dan sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

” Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan. ” Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. ” Kebetulan emak memang mengenali bapa Emir dulu, jadi mereka saling berkomunikasi. ” Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa.

” Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya. Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang. ” Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan. ” Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan.

” Manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya. Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. ” Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. ” Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Mira berkata, majlis resepsinya itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. Julai lalu, Harian Metro melaporkan Mira sudah bertunang dengan Emir, – LIMAU MANIS

Adik Mira Filzah dah bagi ‘hint’

UCAPAN hari jadi daripada adik pelakon popular, Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah dengan menggunakan gelaran abang ipar kepada lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Wan Emir Astar menarik perhatian peminat. Ia sekali gus mengukuhkan lagi spekulasi yang mengatakan Mira dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ucapan ringkas berbunyi ‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) itu mendapat lebih 160 tanda suka daripada pengikut di Instagram Wan Emir. Dalam masa sama, status dimuat naik Wan Emir beserta gambar wanita yang ditanda (tag) nama Mira Filzah dan ibunya itu dengan cincin di jari manis turut mengundang teka teki.

Pada gambar itu juga, tertera beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘thankful’, ‘grateful’ dan ‘blessed’. Bagaimanapun, status yang ditulis Wan Emir itu lebih kepada ucapan terima kasih kepada keluarga terutama kepada ibu dan Allahyarham bapanya sempena hari jadinya.

“Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya. “Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua,” tulisnya. Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Mira mengakui sedang berkawan dengan lelaki bukan dalam kalangan penggiat industri kepada Harian Metro tahun lalu. Malah, awal tahun ini dan beberapa bulan lalu bertiup kencang Mira dan Wan Emir bakal berkahwin pada Oktober ini.

 via apampink


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم