Mengejutkan warganet kongsi keadaan terkini KLIA kosong lepas ramai yang diberhentikan kerja. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini telah memberi kesan terhadap perkembangan ekonomi. Malah ada sektor yang terkesan sehingga gulur tikar kerana tidak mampu menanggung kerugian. 

Mengejutkan warganet kongsi keadaan terkini KLIA kosong lepas ramai yang diberhentikan kerja. Rupa rupanya ini punca buat warganet terkedu.

 


Begitulah juga nasib sektor penerbangan yang ‘diperlihankan’ akibat aktiviti penerbangan domestik dan antarabangsa tidak lagi beroperasi seperti dahulu.

ARTIKEL MENARIK:Setelah sekian lama menyepi kali ni Eira Aziera tampil kembali buat live bongkarkan apa yang jadi kat dia buat ramai yang terkejut. Rupa rupanya ini keadaan terkini beliau.
loading...


Kesan dari itu, satu perkongsian yang memilvkan dari individu di Twitter yang dikenali sebagai Siti Raudzah Ghazali yang berkongsi tentang keadaan di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan lengang.


Dalam posting tersebut, kelihatan tempat parkir kereta, lapangan terbang, kedai serbaneka dan tempat menurunkan penumpang juga tidak sesak seperti selalu. Siti juga meluahkan kesedlhan pada tweet seterusnya dengan mengatakan…

“Mana korang semua dik? Selalunya masa ni, akak ralit perhatikan korang semua sibuk memeriksa kapal terbang.” “Pekerja Petronas Dagangan sibuk mengisi minyak. Pekerja Brahim Catering sibuk memuatnaik hidangan makanan. Pekerja MAB sibuk menghantar beg ke perut kapal terbang.”

Kitak ketinggalan, warganet turut berkongsi pengalaman yang sama tentang keadaan di KLIA malah ada yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh pekerja di sana.



Sama-samalah kita doa agar keadaan kembali seperti sedia kala. Min pun sedih tengok ramai yang dibuang kerja. Dengan keadaan sekarang ni memang susah nak cari kerja baru. Semoga semua bertabah dan jangan pvtus asa! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: teh tarik kaw

Banyak Industri Terkesan Dan Alami Kerugian Akibat COVID19. Air Asia Dedahkan Bakal Buang Ratusan Pekerja Lagi Dan Makluman Akan Diberitahu Dalam Bentuk Ini Dan Bantuan Akan Diberikan

Banyak industri yang terkesan dan mengalami kerugian yang tinggi akibat pandemik Covid-19. Salah satunya, merupakan syarikat besar Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah. Terkini, Air Asia memutuskan sekali lagi untuk mengurangkan bilangan pekerja susulan pandemik ini.

Keputusan yang sukar.“Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini”.Menurut sumber, pekerja yang bakal dibuang akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 24 jam. Namun, kepada individu yang terkesan, pihak syarikat bakal menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020.

Sumber turut menjelaskan bahawa proses pengecilan tenaga kerja AirAsia X juga akan dilakukan melibatkan bahagian operasi, teknikal serta kru. Kaedah yang bakal digunakan adalah “yang terakhir sertai, menjadi yang pertama keluar”. Jumlah pekerja yang bakal terjejas masih menjaadi rahsia, namun dijangka ia melibatkan ratusan tenaga kerja.Pekerja sedia ada juga turut ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih sepeti sedia kala. Sebelum ini, Air Asia telah menghentikan 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasinya.-siakapkeli

Ditutup Selama 14 Hari. Masjid Jerantut Dan Tempat Tempat Yang Terbabit Serta Aktiviti Keramaian Tidak Digalakkan Atas Satu Sebab Ini Dan Harap Semua Maklum Dengan Hal Berikut

JERANTUT, 29 Sept – Masjid Tengku Ahmad Jerantut (MTAJ) di sini diarah tutup selama 14 hari bagi mencegah penularan dan memutuskan rantaian COVID-19.Jawatankuasa Pengurusan Bncana Daerah Jerantut memaklumkan, ia adalah salah satu daripada lapan arahan jawatankuasa tersebut berikutan empat kes positif baharu dikesan dari 25 hingga 27 September kelmarin di daerah itu.

Dalam masa sama, Surau Al-Muflihin di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Peringkat 3 dan 4 juga ditutup selama 14 hari.“Semua aktiviti pekan sehari, pasar malam, penganjuran majlis keramaian, kenduri-kendara dan program berskala besar ditangguhkan selama 14 hari.Tidak kurang juga, semua taska dan tadika di kawasan PAKR Bandar Baru Jerantut dan PAKR 3 dan 4 juga ditutup untuk tempoh yang sama, jelas makluman tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, semua premis makanan bermasak di kedua-dua kawasan PAKR terbabit hanya dibolehkan menjual makanan dan minuman secara berbungkus sahaja (take away).Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kelas-kelas terlibat bagi kes kontak rapat kepada kes positif yang hadir ke sekolah sebelum pengesanan dibuat juga akan ditutup.

“Semua pusat riadah dan rekreasi di lokasi yang tidak menjamin penjarakkan fizikal di kawasan bandar Jerantut tidak dibenarkan beroperasi selama 14 hari termasuklah Padang FA, Bukit Seladang, Bukit Panau, Bukit Merah, Via-Feratta Paya Gunung dan Taman Tasik Teratai.“Dan Taklimat Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada pembanci yang dijadualkan pada 1 hingga 5 Oktober juga turut ditangguhkan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 09-2661641 (10 pagi hingga 5 petang), manakala maklumat khusus berkenaan COVID-19 pula boleh hubungi Bilik Gerakan, Pejabat Kesihatan Daerah di talian 09-2662744 (8 pagi hingga 5 petang).Kedua-dua PKOB dan Bilik Gerakan tersebut dibuka termasuk pada hujung minggu dan cuti pelepasan am.Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut



loading...


Mengejutkan 4 Daerah Di Sabah Diisytiharkan Ini Mulai Harini. Tk Sangka Sampai Macam Tu Sekali Yang Terjadi Di Sabah Bila Kes Positif Covid 19 Naik Mendadak Disana.

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini akan membabitkan seramai 962,661 penduduk.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu. Katanya, daripada jumlah itu, Lahad Datu merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna (255 kes).

“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan. Menurutnya, bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.

Katanya, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Seorang Staff Butik Di Mall Yg Terkenal Di Ibu Kota Positif Covid 19. Puncanya Sangat Mengejutkan. Sampai Macam Tu Sekali Punca Dia Dijangkiti Positif Covid 19.

Menerusi hantaran hari ini dari Facebook Sunway Pyramid, pihak pengurusan memberitahu bahawa seorang staff dari butik sukan telah positif C0vid 19. Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes C0vid 19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.

Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang kontak rapat, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan kuarantin diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.

Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.

Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.

Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di C0vid 19. Dari masa ke masa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin memaklumkan semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.

Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami, terima kasih.

Sumber : FBSunwayPyramid/OM

 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم