Nikah tanpa cinta. Mengejutkan baru je jadi suami orang tiba tiba Fendy Bakri buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumanhtangganya buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, mengakui dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan isterinya, Ayu Afnizar sebelum mereka berkahwin. Dedah Fendy yang mendirikan rumah tangga 30 Ogos lalu, hubungan mereka bermula sekadar teman biasa sahaja.

Nikah tanpa cinta. Mengejutkan baru je jadi suami orang tiba tiba Fendy Bakri buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumanhtangganya buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

 


“Saya mengenalinya di sebuah festival teater tiga tahun lalu. Selepas itu, kami hanya berkawan seperti biasa. Tak bercinta pun, kami macam kawan biasa sahaja. “Kadang-kadang kami hanya bertegur tiga bulan sekali. Saya terdetik hati untuk mendekati dan melamarnya kerana saya nampak ada satu ciri kebaikan dalam hatinya. Perkara itu tak nampak dekat orang lain.

ARTIKEL MENARIK:Shaheizy Sam dikatakan tumpang kekayaan Syatilla Melvin. AKhirnya Syatilla Melvin tampil bersuara beri respon pada bila ada warganet cakap Sam tumpang kekayaan dia. Sampai macam ni sekali respon dari Syatilla.
loading...


“Persiapan nikah pun hanya ambil masa dua bulan sahaja. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah,” katanya. Fendy ditemui di Karnival Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam, baru-baru ini. Menjalankan bisnes menjual kuetiau goreng dibawah jenama makanan miliknya, Bhenang Kitchen, Fendy menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki.

“Jenama Bhenang bermula dengan penghasilan baju kurta yang saya jual sebelum ini. “Saya memulakan perniagaan Bhenang Kitchen ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa Mac lalu. Alhamdulillah, ia membantu saya menjana pendapatan memandangkan penggambaran dihentikan seketika.

“Saya juga gemar berniaga dan terharu atas sokongan peminat yang membeli sepanjang festival ini diadakan,” kata pelakon drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh ini. Karnival Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas tervk akibat pandemi1k Covi1d-19 menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink

Sumber : GEMPAK

Dalam Diam Dah Sah Bergelar Suami. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Fendy Bakri Muat Naik Foto Pernikahan Yang Serba Sederhana. Rupa Rupanya Ini Punca Dia Rahsiakan Pernikahan.

KUALA LUMPUR: Pelakon Fendy Bakry, 32, membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan nama Ayu, 27, malam tadi. Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, majlis pernikahan berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat.

Pelakon yang meledak menerusi drama Mr Grey itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Sebelum ini, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara ringkas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa pada Mac lalu.

“Jika ikutkan, kami tak bercinta bagai nak rak. Tiada nak berdating atau bergayut telefon selama 24 jam. Kami kenal tiga tahun lalu selepas bertemu di Festival Teater Kebangsaan, Kedah kerana memberi sokongan kepada persatuan teater masing-masing.

“Salah satu perkara tambat hati adalah keperibadiannya. Isteri tak kisah bersusah payah demi saya. Secara kebetulan, saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, jadi dia banyak membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,” katanya kepada BH Online.

Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga. “Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.

“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pemilik perniagaan Bhenang Kitchen itu. Fendy berkata, dia bukannya sengaja tidak mengundang ramai tetamu termasuk media massa, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), selain atas permintaan keluarga isteri.

“Keluarga sepakat mahu meneruskan perkara wajib dahulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati. “Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi, tetapi belum ada tarikh tepat. Mungkin tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih diteruskan hingga hujung tahun ini.

“Lagipun, saya dan isteri akan sibuk dengan komitmen kerja selepas ini. Selain perniagaan, saya akan kembali ke lokasi penggambaran hujung September. “Bagaimanapun, saya tak boleh terima tawaran watak utama yang memerlukan komitmen panjang kerana masalah kesihatan. Setakat watak pembantu, insya-Allah boleh. Saya pun tak nak susahkan produksi,” katanya belum memikirkan soal bulan madu.

Mengimbas detik pertemuan, jejaka kelahiran Perlis itu berkata, semuanya berlaku tanpa diduga. “Saya selamba tanya isteri, nak kahwin dengan saya tak sekitar Mac lalu. Dia cakap jika serius kena jumpa keluarganya. “Majlis tunang diadakan dalam keadaan ringkas kerana kebetulan mak saya berada di Kuala Lumpur. Kemudiannya, kami putuskan untuk bernikah.

“Ikutkan perancangnya, kami bernikah pada Januari tahun depan. Tetapi, lebih baik mempercepatkan perkara baik. Tiada guna nak tangguh lagi kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih


Sumber : BH

 

loading...


Fendy Bakry tak percaya dah jadi suami orang

PELAKON yang dikenali menerusi drama bersiri Mr Grey, Fendy Bakry, 32, yang melangsungkan pernikahan di Shah Alam, kelmarin seperti tidak percaya dia kini sudah bergelar suami orang. Fendy menerusi Instagram meluahkan perasaannya yang dia tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga lebih awal.

Menurut Fendy, pada awalnya dia merancang untuk membina empayar sendiri terlebih dahulu sebelum menamatkan zaman bujang. “Sungguh tak disangka yang saya jadi suami orang. Tak pernah terlintas di fikiran. Dulu, selalu cakap, ‘Ah! Nak bina empayar dululah baru kahwin,’.

“Sebenarnya, dalam kita sudah berumah tangga pun, kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama. Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat,” tulisnya. Dalam hantaran terbarunya itu juga, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitip ucapan dan mendoakannya serta pasangan.

“Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan doa kepada saya dan isteri. Begitu juga kami, insan biasa juga mendoakan kesejahteraan buat anda semua. Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya. Insya-Allah, amin,” tulisnya. Kelmarin, Fendy dan pasangannya yang dikenali sebagai Ayu, 27, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah di Dewan Setia Alam, Shah Alam.

‘Hidup lebih lengkap selepas kahwin’

Kuala Lumpur: Pelakon, Fendy Bakry mengakui kehidupan peribadinya kini lebih tersusun dan terurus di samping isteri tercinta. Fendy berkata, sepanjang hampir sebulan bergelar suami dia juga bersyukur dan gembira diberikan isteri yang memahami kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, seronok sejak bergelar suami. Bangun pagi, ada orang dekat sebelah.  “Saya akui kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya,” katanya ketika ditemui pada Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Fendy, dia mula mengenali isterinya buat pertama kali ketika sama-sama menyertai karnival teater di Kedah pada tiga tahun lalu. “Pertama kali kami kenal ketika sama-sama sertai karnival teater di Kedah. Tak ada istilah bercinta atau nak keluar makan dan tengok wayang. Hanya kawan biasa.

“Kami pun jarang berhubung, mungkin sebulan sekali. Terdetik hati saya nak melamar dia sebab nampak ada ciri kebaikan yang ada pada dia. Lagipun usia saya dah 32. “Sudah sampai masa untuk berumah tangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bulan saja. Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” katanya yang bernikah dengan Ayu pada 30 Ogos lalu.

Fendy ‘naik pangkat’

SEKIAN lama membina kerjaya sebagai pelakon, tahun 2017 membawa tuah buat Fendy Bakry apabila popularitinya meletus selepas melakonkan watak utama dalam drama bersiri Mr Grey. Impak lakonan itu cukup besar kepada kerjayanya hingga dia berjaya memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31, tahun lalu.

Menerusi anugerah sama, tahun ini anak jati Perlis ini ‘naik pangkat’ pula apabila dicalonkan bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular bersaing dengan Fattah Amin, Izzue Islam, Remy Ishak dan Syafiq Kyle. Fendy ketika ditemui berkata, dia tidak meletakkan harapan untuk memenangi kategori berkenaan kerana masih baru jika dibandingkan dengan calon lain yang terlebih dulu meraih populariti.

“Kejayaan tahun lalu adalah hasil sokongan daripada peminat yang menonton drama Mr Grey. Mereka adalah individu yang bertungkus-lumus mengundi tanpa mengira waktu. “Bagi pencalonan tahun ini, saya tidak mengharapkan kejayaan kerana saya tahu calon lain jauh lebih hebat dan nama mereka juga cukup besar dalam industri sedangkan saya hanyalah pelakon baru. Apa pun, saya tetap bersyukur kerana sampai ke tahap ini,” katanya.

Setiap anak seni pastinya memasang impian untuk sekurang-kurangnya menerima satu anugerah sebagai tanda pengiktirafan pada bakat mereka. Bagaimanapun, andai kemenangan itu tidak digunakan dengan baik, anugerah yang diterima tidak akan membantu seseorang itu terbang lebih tinggi.

Bagi Fendy, bakat seseorang itu tidak boleh diukur menerusi jumlah trofi kemenangan yang diterima kerana bakat dan anugerah adalah dua perkara berbeza. “Kemenangan pada majlis anugerah boleh membantu seseorang untuk terus berjaya dalam dunia seni. Bagaimanapun, terpulang kepada individu berkenaan membawa diri dalam industri selepas meraih kejayaan. Adakah dia mampu bertahan atau sebaliknya, itu adalah perkara yang lebih penting.

“Mungkin ada segelintir individu yang menganggap bahawa trofi adalah kemuncak pada kerjaya. Bagaimanapun, secara peribadi, bakat tidak boleh dinilai dengan jumlah kemenangan. “Bagi saya, bakat itu dinilai berdasarkan selama mana anak seni itu mampu bertahan dalam industri dan kekal relevan di mata penggiat seni serta kehadirannya masih diterima oleh peminat,” katanya

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

Kembara seni Fendy bermula selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2012 yang turut disertai Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Roshdi dan Saharul Ridzwan. Ketika rakannya sedang membina nama kukuh sebagai pelakon dan sibuk dengan jadual padat, ketika itu Fendy pula sedang bertatih menyusun konkrit kerjayanya.

Walaupun kariernya sedikit terlambat jika dibandingkan yang lain, tidak ada kekesalan di hatinya kerana dia tahu, rezeki setiap individu berbeza. Masing-masing mempunyai masa untuk bersinar. “Tidak dinafikan, impak Mr Grey sangat besar dan membantu kerjaya seni. Saya sangat berterima kasih kepada Global Station yang memberikan peluang dan ruang pada saya membuktikan bakat.

“Walaupun sehingga kini masih lagi ada yang panggil saya sebagai Mr Grey, saya tidak bimbang terus dibayangi watak itu. Saya teruskan karier seperti biasa dan pelbagaikan lagi watak. “Mungkin kehadiran saya dalam industri lambat disedari jika dibandingkan rakan lain tetapi sudah tertulis rezeki mereka tertulis untuk lebih mendahului daripada saya. Rezeki masing-masing.

“Ketika itu juga saya sibuk dengan ‘consult training’ jadi untuk fokus dalam lakonan memang susah sikit. Selepas semuanya selesai barulah saya kembali aktif dengan berlakon bermula dengan telefilem arahan Osman Ali,” katanya. Graf kerjaya Fendy ada turun naik tetapi dia bersyukur kerana setakat ini jadual kerjayanya masih padat. Dia bersyukur kerana masih diberikan rezeki namun sentiasa bersedia berhadapan apa jua keadaan.

Tidak terlalu memikirkan perkara itu, apa yang Fendy lakukan adalah sentiasa memastikan dia memberikan lakonan berkualiti buat peminat drama. Selain itu, dia juga ingin mencuba cabang seni lain seperti pengacaraan. Sudah mempunyai teman istimewa, Fendy bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut mengenai hal peribadi kerana tidak mahu mencampur-adukkan dengan kerjaya. “Saya tidak gemar berkongsi peribadi pada umum. Namun apa yang saya boleh katakan, andai ada rezeki ke fasa seterusnya, saya pasti akan hebahkan kepada peminat,” katanya.

TRIVIA

– Pernah menghidap penyakit misteri sekitar April tahun lalu. – Sebelum popular, Fendy pernah berlakon dalam dua filem pendek pada 2016. – Kehadiran mulai disedari apabila berlakon dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma. – Drama Cinta Belum Tamat Tempoh lakonannya sedang ditayangkan di televisyen. – Pernah digosipkan dengan Syifa Melvin.

 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم