Hospital Terbakar, 10 Pesakit Covid-19 Maut | Bucharest: Seramai 10 pesakit Covid-19 maut, manakala yang lain kritikal termasuk pegawai perubatan, selepas unit rawatan rapi hospital di timur laut Romania terbakar, petang semalam.
Kebakaran yang berlaku di bandar Piatra Neamt berjaya dikawal oleh perkhidmatan kecemasan dalam tempoh sejam, menurut jurucakap hospital Irina Popa.
ARTIKEL MENARIK:55 orang hadir majlis resepsi. Majlis perkahwinan ini mengejutkan orang ramai apabila menjadi punca 176 dijangkiti Covid19 dan 7 yang sudah pergi langsung tak hadir ke majlis tersebut
“Sepuluh orang disahkan maut dan tujuh lagi dalam keadaan kritikal termasuk doktor,” katanya.
Menurutnya, daripada jumlah itu, lapan mangsa rentung dan dua orang meninggal dunia ketika proses pemindahan ke tempat selamat.
Doktor bertugas yang cuba menyelamatkan mangsa juga mengalami lecur tahap dua dan tiga yang mencecah 80 peratus di seluruh badan, kata pasukan penyelamat.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan dan pejabat pendakwaan membuka siasatan terhadap tragedi itu, sementara Kementerian Kesihatan negara berpendapat kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas.
Romania dengan 19 juta penduduk antara negara termiskin di kesatuan Eropah dan kemudahan kesihatannya terhad untuk menangani peningkatan kes.
Pada Sabtu, sebanyak 129 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara itu, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 8,813 kes sejak pandemik menular.
Sumber : Hmetro
Kredit -
إرسال تعليق