” Saya sudah cukup g1la atas pentas ketika melamar Uqasha. Saya cuma minta doa yang baik-baik daripada peminat,”
Demikian kata-kata pelakon Kamal Adli yang secara berseloroh menceritakan detik beliau melamar Uqasha Senrose di atas pentas minggu lalu.
ARTIKEL MENARIK:Foto terbaru Scha Elinnea undang kec4man? atas katil muka stim siap bertatu
Kisah sens4si itu lantas mendapat perhatian seluruh peminat kedua pasangan tersebut yang kini tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan rumahtangga.
Selepas melamar aktres jelita, Uqasha Senrose secara langsung dalam program Anugerah MeleT0P Era 2020 minggu lalu, Kamal Adli mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu pertengahan tahun depan.
Perkara tersebut dimaklumkan secara eksklusif oleh Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, kepada Kosmo! semalam.
” Buat masa ini, tarikh terpksa dirahsiakan dahulu sebab masih berbincang dengan kedua-dua keluarga.
Nikah pada pertengahan tahun depan, selepas Aidilfitri
” Namun, jika tiada aral melintang, Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun depan selepas Aidilfitri,” kata pelakon Perempuan Tanpa D0sa itu.
Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Syawal, 13 Mei 2021.
Bagaimanapun, Kamal mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua peminat agar urusan perkahwinannya dengan Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, dipermudahkan.
” Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini.
Sementara itu, Kosmo! turut mendapatkan re4ksi daripada Uqasha sendiri.
Menurut Uqasha, urusan pernikahan lebih baik ditentukan Kamal kerana dia seorang lelaki.
” Lebih baik tanya Kamal sendiri sebab tak manis untuk saya bersuara lebih sebagai seorang wanita. Cukuplah apa yang digembar-gemburkan ketika saya dilamar secara langsung tempoh hari.
” Selebihnya, seperti tarikh majlis, persiapan dan sebagainya biarlah kami uruskan sendiri tanpa menghebohkan kepada umum,” ujar Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose.
Kamal dan Uqasha Senrose mula digosipkan bercinta sejak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang tahun lepas.
Goslp cinta mereka semakin bertiup kenc4ng apabila kembali digandingkan sebagai teraju utama menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa yang berakhir siarannya bulan lalu.
Pada Oktober lalu, Kamal dan Uqasha dalam sebuah video yang dikongsikan pengarah drama terbabit, Michael Ang mengakui ada menghadiri kursus praperkahwinan.
Sebelum ini, beberapa selebriti pernah membuat kejvtan melamar kekasih menerusi siaran langsung termasuk aktor Paskal, Hairul Azreen yang melamar kekasihnya, Hanis Zalikha pada program Gegar Vaganza.
Selain itu, selebriti popular Awal Ashaari juga pernah membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Scha Al-Yahya secara langsung pada program Propaganza
Sumber:k0smo via Dedah Media
إرسال تعليق