Kamal Adli muatnaik status mahu halalkan Uqasha Senrose. Sekali Radin Era datang komen, kant0i terus
loading...

Kisah dan kejutan dibuat oleh pelakon Kamal Adli yang melamar Uqasha Senrose di atas pentas ketika siaran langsung masih hangat diperkatakan ramai.

Kamal Adli muatnaik status mahu halalkan Uqasha Senrose. Sekali Radin Era datang komen, kant0i terus

 


Meskipun ada yang mempersoalkan tndakan itu dengan mengatakan ia gimik semata-mata dan sudah dirancang terlebih dahulu, namun yang pasti hubungan antara Kamal dan Uqasha akhirnya ‘kantoi’ jua.

ARTIKEL MENARIK:Rupanya ada lagi 4 personaliti yang pernah melamar secara ‘LIVE’ sebelum Kamal Adli, siap seorang tu kena ‘r3ject’
loading...


Selain itu terdapat juga teguran dari sesetengah pihak yang mengatakan cara dibuat Kamal Adli itu tidak sesuai dengan budaya orang Melayu beragama Islam.

Dalam pada itu, Kamal Adli berkata tindakannya melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam Ahad lalu merupakan langkah pertama menghalalkan hubungan mereka.

Menurut Kamal, 34, dia gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Uqasha dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada Allah SWT.

Sekali Radin Era dah perasan..kantoi Kamal Adli nervous teroks sebelum naik pentas

” Yeay! Yes! cuma nak menghalalkan, bukan nak buat perkara tak baik kan? Terima kasih atas doa tu… amin! Yang lain serah pada Allah,” tulisnya menerusi satu muat naik di laman Instagram.

Sementara itu rakan artis turut memberi reaksi kepada entri ditulis Kamal Adli itu.

Antara yang mencuri tumpuan adalah komen pengacara dan penyampai radio Era, Radin yang mendedahkan dia sudah perasan reaksi muka Kamal Adli yang nervous lain macam.

” Patutlah muka nervous teroks before naik stage kelmarin.. till jannah mal,” tulis Radin Era.

Malah seorang peminat turut mengatakan hal sama dan perasan wajah Kamal nampak sangat gelabah.

” Kan..kami kat tv nampak kamal adli lain macam gelabah je masa announce award..knp kamal tnye macam2 kt uqasya atas pentas ni..rupenye tgh nervous,” tulis Suzana.



loading...


Komen Radin itu kemudian turut dibalas oleh Kamal Adli;

” Ko fahamkan napa muka mcmtu kan.. ahaha,”


Pada malam Ahad lalu, Kamal Adli menggamatkan pentas apabila membuat kejutan dengan melamar Uqasha semasa siaran langsung AME2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).

Hero drama Perempuan Tanpa Dosa itu melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan melutut di hadapan aktres itu disaksikan penonton di dewan dan di rumah.

” Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?”

Kamal kemudiannya mengulangi semula soalannya sebelum aktres berusia 28 tahun itu menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

Meskipun tidak memenangi mana-mana kategori dalam AME2020, Uqasha berkata lamaran secara langsung itu merupakan hadiah paling bernilai dalam hidupnya.

Perkongsian Uqasha dan Kamal di Instagram.

” I’m so speechless… walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain, ”kata Uqasha di Instagram miliknya.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah Michael Ang secara tidak sengaja membongkar rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

 

Sumber: asia kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم