Kerap terima gulungan RM1 didalamnya ada RM100. Baru ini tiada lagi gulungan buat orang masjid jadi tanda tanya. Rupanya ini sebab mereka gelisah
loading...

Seorang remaja berkongsi pengalaman mengenai penderma m1steri yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 

Kerap terima gulungan RM1 didalamnya ada RM100. Baru ini tiada lagi gulungan buat orang masjid jadi tanda tanya. Rupanya ini sebab mereka gelisah

 


Masjid bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

ARTIKEL MENARIK:Terbaru Menteri Agama pula tampil bersuara isu wanita Islam kahwin kapten hoki India ikut upacara Sikh
loading...


Sedekah akan menjadi lebih rancak ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma. Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat.

Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung.

Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya kepada mStar sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.


Duit gulung RM1 yang sering dijumpai sewaktu mengira tabung derma.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama.

“ Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100.

” Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya.

Walaupun pandemik C0vid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma m1steri itu.



loading...


Bila tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid. Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu.

Aidil berkata, penderma m1steri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan buruk sangka.

“ Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1.

” Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Selain identiti penderma m1steri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah.

“Hampir setiap Jumaat ada gulungan RM1 tu, jadi bila kami kira duit selepas solat Jumaat tetapi tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu.

” Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid. Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada urusan kerja.

” Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم