Terbaru, tular sebuah perkongsian tentang pasangan pengantin di Tiktok gara gara pengantin perempuan nampak sedikit berisi di bahagian perut dengan tanda baby bump.
Dalam video tersebut, ada tertera keterangan yang dipaparkan video berdurasi seminit itu termasuklah memaklumkan kehamilannya berusia enam bulan pada 7 Februari 2021.
ARTIKEL MENARIK:Bukan mudah kalau bila dapat laki yang ada ocd. Isteri tampil dedahkan perangai laki dia yang ada ocd buat ramaaai yang terkedu.
Seorang warganet tampil tinggalkan satu komen.“Menikah masa mengandung?” “Baru kahwin ke tu? Ni bunting pelamin ke, mengandung,” ujar warganet yang lain.‘Pengantin perempuan’ itu, Nur Hasniza Hashim tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah bernikah lebih setahun lalu pada 7 Februari 2020.Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, video yang menunjukkan dirinya dan suami dalam persalinan baju nikah itu hanyalah sebagai kenangan usia perkahwinan mereka setahun.
Jelasnya “Masa buat video tu kandungan saya berusia enam bulan, sebab tu nampak baby bump. Sekarang ni dah lebih tujuh bulan hamil. Video asal sebenarnya berdurasi satu minit dan 8 saat, di mana di hujung video tertera ucapan Happy first anniversary (Selamat hari ulang tahun pertama).“Bagaimanapun, video tersebut hanya dapat memuat naik durasi seminit, menyebabkan baki kira-kira 8 saat untuk menjelaskan simboliknya terpotong secara automatik,”
Lebih gemar disapa Hasniza, katanya, menerusi kapsyen video tersebut dia telah meletakkan tanda pagar (hashtag) berkaitan perkahwinan dan status suami isteri.“Bila ada warganet yang kata bukan-bukan atau pelik mengenai video tu, saya tak ambil peduli pun. Saya jawab atau beri penjelasan bila ada yang bertanya pasal honeymoon untuk anniversary pertama ni. Jadi, untuk kenang-kenangan, saya ajak suami buat video dan fotografi dengan pakai baju nikah kami.
“Ada yang baca, ada yang tak baca. Lagipun terdapat video saya sebelum ini yang menunjukkan sesi fotografi memakai baju pengantin, selepas bernikah,” jelasnya sambil berkata butiran dan foto pernikahannya lebih banyak dikongsikan di akaun Instagram miliknya.Hasniza yang berasal dari Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang memberitahu, pada September lalu, mereka menempah tiket penerbangan ke Langkawi untuk bercuti selama empat hari dan tiga malam pada Februari tahun ini sempena sambutan ulang tahun perkahwinan pertama.
Cerita dia lebih lanjut, katanya, hasrat berbulan madu itu terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua (2.0) pada awal tahun yang tak membenarkan merentas negeri.“Kami tempah awal sebab harga tiket penerbangan murah. Tapi kami tidak bernasib baik kerana tak boleh rentas negeri. Sepatutnya masuk Januari, kami nak tempah hotel.“Rasa sedih sebab tak dapat honeymoon untuk anniversary pertama ni. Jadi, untuk kenang-kenangan, saya ajak suami buat video dan fotografi dengan pakai baju nikah kami.
“Tapi tak sangka pula video baju pengantin ketika saya mengandung tu banyak kali keluar di TikTok sehingga menjadi perhatian mereka yang tidak tahu saya telah berkahwin,” katanya yang diraikan kehamilannya menerusi majlis ‘baby shower’.Hasniza yang kini menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama yang dijangka pada awal Jun depan memberitahu hasrat untuk bercuti ke Langkawi itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu meskipun apabila rentas negeri dibenarkan.“Saya nak tumpukan kelahiran anak terlebih dulu dan tunggu wabak Covid-19 semakin reda. InsyaAllah, mungkin tahun depan baru saya rancang untuk bercuti ke Langkawi jika tiada halangan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan
Bercinta Bagai Nak Rak Tapi Keluarga Lelaki Tak Setuju Sebab Orang Negeri Sembilan. Tak Lama Kemudian Kekasih Hati Menghadap Ilahi Dan Ini Pula Yang Jadi Kat Lelaki Tu
Assalamualaikum. Kisah yang aku nak sampaikan ni ialah tentang kawan aku. Cerita cinta yang agung namun ditentang keluarga. Cerita ni bukan cerpen, bukan novel, bukan rekaan, bukan khayalan. Ini cerita benar yang aku tukarkan nama watak sebenar. Nama dia Iza. Kami panggil Iza ataupun span.
Budak negeri sembilan. Orangnya pendiam tapi observant. Bagi aku dalam geng kami dia ni lah paling baik hati paling cantik paling lemah lembut. Solat ngaji memang tak lepas tak macam kami yang melalut tak tentu arah. Kira ala2 perempuan melayu terakhir. Kami panggil dia span pasal dia walaupun sentiasa senyap tak banyak cakap tp dia lah tempat kami bila ada masalah mengadu. Dia simpan rahsia atau kisah org lain diam2 jenis bukan mulut tempayan seperti mana diri dia sendiri yang perahsia.
1 malam Iza balik dari kelas sorang2 dan ada jantan jahat ikut dia. Dok peewit2 dia dari belakang. Masa itu Iza panik, lari cepat2 dan jantan itu kejar. Pervrt mana tak tahu. Sampailah dekat satu simpang, ada seorang mat motor tengah simpan barang dekat bakul motor dia. Dan dia nampak apa yang berlaku, dia tolong Iza. Dia selamatkan Iza, dia teman Iza balik jalan kaki sambil tolak motor dia ke rumah kami.
Aku tanya “kenapa tak bagi bonceng sedare?”. Mat moto itu kata, “saya takut berdosa bonceng anak dara orang”. Gulp, malu aku. Mat moto itu namanya Farid. Farid rupanya pun student. 1 universiti dengan kami tapi fakulti lain. Iza bertemu lagi dengan Farid dalam 1 aktiviti larian. Iza AJK dan Farid peserta. Rasa macamm drama pula bila giliran Iza tolong Farid masa kaki dia terseliuh tengah2 lari itu. Dan bermulah dari situ, mereka kenal lebih jauh.
Tapi bagusnya mereka berdua ialah diorang tak angau bercinta macam org lain. Tak adalah duk bergayut dekat public phone 24 jam. Hantar surat je kadang2. Masa zaman ini, belum ada lagi wasap instagram. 3310 je ada. Tapi nama pun student, sengkek nak selalu topup. Jadi kami grad beberapa bulan lepas tu, aku dapat kerja dekat ibu kota dan Iza pun sama tapi lain company. Kami masih best friend dan masih housemate.
Iza kerja sebagai eksekutif dan Farid pula dapat kerja pegawai kerajaan. Masa depan nampak sangat cerah utk diorg. Kadang2 kami makan bersama bertiga. Jadi peneman dating la aku ini. Aku nampak yang Farid memang lelaki yang baik, dia bila bercakap dengan aku dan Iza pun mata dia tak renung tepat. Banyak menunduk.
And yes, bila aku selidik dari kawan2 universiti dulu memang Farid budak yang baik, selalu ke masjid jemaah. Iza tak pernah bagitau sebab dia memang perahsia & waktu Universiti pula aku tak ada masa nak ambil tahu. Tapi biasalah orang bercinta ini macam mana dia selindung pun tetap nampak jugalah angaunya.
Sebab sejak bercinta dengan Farid, banyak kali juga tengok Iza senyum sendirian. Ala korang pun pernah bercinta fahamlah kan maksud aku. Dan suatu hari Iza dengan mata berkaca2 senyum lebar bagitau aku yang Farid nak masuk meminang. Aku pun bukan kepalang tumpang gembira. Wajah Iza nampak sangat sedang menantikan bahagia.
Tapi langit tak selalu cerah, takdir tak selalu indah. Farid itu orang pantai timur, dan bila mak ayah dia dapat tahu sahaja yang Iza itu gadis negeri sembilan, diorang terus reject. Terus reject tau, hanya kerana dia berdrah negeri sembilan! Diorang kata susah, jangan sesekali kahwin dengan orang penuh adat itu. Nanti dah kahwin habis harta jatuh kat diorang dan akhirnya kau kena halau sehelai sepinggang.
Adat diorang kental, kalau kahwin nanti menyesal. Baik kahwin dengan gadis negeri sendiri, lebih pandai agama, lebih pandai ngaji. Perempuan negeri sembilan ni banyak jhat, kaki control, kaki bdhkan laki. Tak cukup tu, diorang kata pula yang anak lelaki diorang kerja gomen, pegawai, sebaiknya isteri pun kerja gomen jugak. Baru setaraf. Dan diorang adalah keluarga berada, memang rumah besar, keta mewah.
Iza pula cuma budak kampung. Ayah dia kerja men0reh getah. Makin tak setaraf la jadinya. Dasar otak tak berkembang. Mak aku pun Negeri sembilan tapi sangat baik orangya macam tu juga Iza. Sambil aku taip cerita ni mata aku panas tahan nangis. Aku tak boleh bayang betapa hinanya Iza rasa masa diorang cakap macam ni depan2 dia.
Ya, aku ada masa itu. Aku teman Iza pergi rumah mak bapak Farid, diorang jemput makan2 nak kenal bakal menantu. Tapi tak sangka itu yang jadi. Depan kami Farid pertahankan Iza dan ianya bertukar jadi perbalahan dengan mak bapak diorang sampai terhambur semua kata2 hinaan dekat atas itu. Kau tak boleh ke nak cakap belakang2 kalau ya nak kritik pun.
Korang agak2 cerita ini tamat mcm itu je? Tak. Bayangkan, Iza tak pernah bercinta dengan sesiapa, inilah cinta pertama dia. Farid pun sama. Sama2 baru kenal cinta, baru jatuh cinta. Aku nampak kesungguhan diorang selama ini utk ke arah perkahwinan itu. Farid beli kereta, kumpul duit nak kahwin. Iza pun banyak belajar masak, perbaiki diri. Aku jadi saksi pada kisah diorg.
Tapi sayang, hanya kerana Iza perempuan negeri, tak kaya, diorang tolak hasrat anak diorang nak beristerikan Iza. Dan bila mak ayah Iza dapat tahu, diorang lagilah marah, diorang pun tak bg Iza kahwin dengan Farid. Diorang kata, maruah mereka kena pijak, takkan dibagi rumah diorang Farid sekeluarga jejak.
Sejak itu aku nampak Iza jadi lebih pendiam dari dulu. Banyak termenung, muram dan sugul. Selalu dia solat malam. Kadang2 aku terjaga terserempak dengan dia ambik wuduk dekat bilik air. Tapi tetap wajahnya tak pernah ceria. Muka makin cengkung. Berbulan Iza macam itu. Bila aku tanya, dia cuma senyum kata tak apa-apa.
Satu hari tuhan gerakkan hati aku nak singgah taman lepas balik kerja dan aku terserempak dengan Farid dekat taman. Duduk sorang2 pandang tasik. Nampak sedikit tak terurus. Aku tegur dia. Aku borak dengan dia. Dekat tangan dia pegang gambar Iza. Macam drama kan? Tak, ini cerita benar. Aku jadi saksi 2 orang insan yang merana kerana cinta. Kerana darjat. Farid bagitau dia nak jumpa Iza tapi dia tak berani nak pandang muka Iza. Malu dan maknya pun dah bagi amaran kalau dia jumpa Iza maka jatuh anak drhka. Senang2 derhkkan anak haihh.
Farid bagi aku surat. Surat untuk Iza. Masa dia bagi aku, itulah kali pertama aku tengok seorang lelaki menangis kerana perempuan yang dia cinta. Selama ini aku cuma nampak dalam tv bila rosyam nor nangis kena tinggal makwe. Aku suruh Farid call Iza, pun dia tak sanggup. Aku pun berilah surat itu pd Iza. Aku pernah baca surat itu. Tak begitu panjang.
Aku tak sanggup nak kongsi dekat sini. Terlalu menyedihkan. Dan lepas itu aku dgr Farid dah pindah keje ke negeri asal dia manakala Iza pula berhenti kerja sebab dia selalu sakit tak dapat bagi komitmen pada kerja. Aku teruskan hidup macam biasa untuk beberapa bulan dekat KL sampailah satu hari aku dpt call, kakak Iza bagitau yang Iza sakit.
Aku minta mc, aku pergi rumah Iza. Aku menangis sebaik sahaja aku masuk bilik dia. Dia baring dekat katil. Wajahnya makin cengkung. Dia senyum masa nampak aku dengan susah payah. Bibir pucat. Sedih. Sedih sangat. Dia cuma kata bacakan yasin untuk dia. Aku tanya mak ayah dia, doktor pun tak tau apa sakit dia. Sebab dia penat, stress ke apa tah aku pun tak begitu ingat apa yang mak ayah beritahu. Bawa berubat tradisional pun tak ada kesan.
Mungkin dia sakit bukan tubuh dia tapi jiwa dia. Sebelum aku balik, aku borak dengan Iza, cerita dekat dia macam2 pasal life aku, cerita kelakar, cerita zaman U. Aku kata bosan dia tak ada dekat KL. Iza cuma dengar cuma senyum je. Sampailah ms akhir aku nak balik, dia cakap sesuatu dan aku masih ingat lagi smpai sekarang kata2 dia. “Ema, aku doa semoga kau bahagia. Jangan merana kerana cinta. Tuhan ada”.
Tak sampai seminggu aku balik ke KL, Iza, kawan baik aku, yang sama2 janji akan jadi pengapit masing2 bila kahwin nanti pergi menghadap ilahi. Ramadan ke 10. Pukul 4 pagi sekitar macam itu aku tak berapa ingat sangat. Waktu itu, Farid datang. Ya, aku tak sangka sangat. Lepas orang dah beransur balik, dia datang dekat aku. Farid pun aku nampak cengkung dari dulu. Aku bawa dia pergi psara Iza. Lepas itu, aku tunggu dekat kereta pandang dia dari jauh. Aku tak sanggup nak tengok nak dengar apa yang dia nangis merintih dekat situ.
Tahun demi tahun berlalu. Aku tak pernah jumpa Farid lagi selepas hari itu. Sampailah suatu hari masa reunion kuliah kami hari raya, aku dapat berita Farid pun dah pergi menghadap illahi, kejadian masa dalam perjalanan nak pergi umrah. Lama juga, beberapa tahun selepas Iza pergi, Farid pun dijemput ilahi. Dia tak pernah berkahwin selama itu.
Kisah ini dah lama berlaku. Setiap kali nak datang Ramadan, aku mesti terkenang. Teringat pada kisah yang bagi orang lain cuma ada di dalam cerekarama, drama dan filem. Tapi bagi orang yang pernah menyaksikan kisah seperti itu, Tuhan saja tahu apa yang aku rasakan. Al-fatihah (Iza, 1978-2004). Sentiasa dalam doa, dalam kenangan.
Isteri Mengandung Tinggal Tunggu Hari Je Nak Bersalin. Dalam Diam Suami Kahwin Lain Dengan Pilihan Keluarga. Ini Isteri Dia Buat Lepas Suami Dia Pulang
Foto sekadar hiasan. Tergamak seorang suami lepaskan isteri disaat isteri sedang mengndungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. SegaIa pengrbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama dilepaskan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.
Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan. Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamiI. Kehidupan aku sebagai isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas aku mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun aku bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui.
Pada raya kedua suami beritahu pada aku dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan aku ikut kerana aku 7 bulan mengndung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang. Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan aku pm (private message) memberitahu melihat gambar suami aku sedang bernikah. Bila aku melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati aku melihat suami aku dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar aku.
Setelah suami pulang aku minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat aku merahsiakan perkahwinan aku dengan suami daripada isteri barunya. Aku maafkan dan terima kerana anak yang sedang aku kndungan dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.
Sepanjang dua bulan selepas suami aku menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami aku adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi mrah dengan kerap dan aku mendapati suami aku menpu. Kadang kala aku dan suami berbalah hanya kerana aku minta berjumpa dia. Aku sedih kenapa dia berubah.
Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu aku mencari dia dan kerana itu aku dilepaskan secara tergntung. Hanya kerana aku mencari dan menghubungi lantas dia tinggalkan aku. Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamiI dan sudah tahu mengenai aku. Aku kritik semua. Aku sebatang kara dan suami tinggalkan aku tergntung
Sekarang kndungan aku mengalami msalah dan doktor mencadangkan untuk ggurkan demi nywa aku. Aku cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Aku yakin dia berubah kerana perempuan itu. Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kndungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula.
Reaksi warganet. Perkongsian dari ibu hamil ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.
Sri Mewangi –Begitulah nasib wanita. Pandai2lah bawa diri jika kena pisah. Kalau masih ada keluarga haraplah keluarga beri sokongan moral. Siti Mariam Abdul Kadir –Suami tak guna. Kalau dia sanggup nikah lain disaat kau mengandungkan anak dia. You better let him go. He is not worth your tears.
Sharifah Nor Al Baity –Teringat kawan saya. Suaminya nikah lain di saat2 dia sedang menanti hari. Cuma bezanya suami berterus terang dia nak nikah lain tapi kawan tak bole nk buat apa sebab sglanya tlh di atur. Hncur lebur perasaan kawan saya ni.
Seminggu lepas suami dia nikah, dia sakit nk bersalin. Tapi malangnya dia macam takde semangat lansung. Dia tak nak teran dalam labour room. Nyawa dia masa tu. Trpksa operasi. Sekarang suami dia dah lepaskan istri kedua atas sebab apa saya tak pst.
Rohana Ayong –Hari2 duk lalu kesah laki org kawin baru alahai. Takut nya dengan dunia pligami yang kunun depa ikot sunnah nabi hat tue ikot la 100% hat lain ikot dak??haish Sumber : Sehinggit via malaysiaunited.my Kami doakan moga wanita ini dipermudahkan segala urusannya. Apa pula kata anda.
Kredit -
إرسال تعليق