15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dikompaun berlumba
loading...

PETALING JAYA – Seramai 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi telah diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun kerana didakwa menggunakan laluan Jalan Semenyih – Kuala Klawang (Genting Peras) sebagai litar motosikal.

15 penunggang motosikal berkuasa tinggi dikompaun berlumba

 


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, operasi ‘mobile’ Sekatan Jalan raya (SJR) pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selama dua hari sejak semalam pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] ‘Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27…’ – Netlzen Krltlk cara pendkwah ini beri bantuan kepada gol0ngan svsah & dalam masa yang sama MENG4lBKAN mereka
loading...


“Operasi tersebut dibuat selepas polis menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan tersebut sebagai litar motosikal.

“Kesemua penunggang lelaki berusia antara 18 dan 41 tahun itu diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB (Pindaan 2021),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 19 saman lalu lintas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi tersebut.



loading...


“Operasi akan dijalankan di lokasi tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dan kesalahan lalulintas berlaku,” tegasnya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan SOP PKP di Jalan Semenyih-Kuala Klawang oleh pihak polis. – K! ONLINE



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم