“Ini ujian saya” – luahan Fiza Halim selepas dilabelkan ‘kaki s0nd0l’
loading...

Reda dan pasrah. Itu yang dilakukan oleh pelakon Fiza Halim selepas dihujani dengan pelbagai hin4an dan k3caman berhubung k0ntr0versi dakw4an ‘kaki s0nd0l’ dan pemusnah rumah tangga orang baru-baru ini.

“Ini ujian saya” – luahan Fiza Halim selepas dilabelkan ‘kaki s0nd0l’

 


Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim, 40, dia enggan melayan segala t0hmahan yang dilemparkan terhadapnya kerana menganggap semua itu sebagai ujian kecil dalam hidup.

ARTIKEL MENARIK:“Sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2..” – Eyra Hazali K0men Pasal Sejadah Neelofa
loading...




“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghin4, meng3ji dan menc4ci tetapi saya hanya mendiamkan diri.

“Biarlah, bagi saya ini ujian. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah tertulis pada lukisan hidup ini. Apapun, hidup perlu diteruskan,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Namun, perkara yang lebih duka ialah apabila dia tdak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya bongsunya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).


Luahnya, dia sama juga seperti manusia lain yang tidak suka dengan perpisahan terutama bersama zuriat sendiri.

“Hampir tiga bulan kami tdak berjumpa disebabkan PKP. Saya hanya hamba yang lemah, tiada seorang wanita mahupun seorang ibu inginkan perpisahan.

“Tdak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT makbulkan doa saya untuk bertemu dengan ny4wa saya ini.


“Terima kasih Tuhan atas kegembiraan dan nikmat yang Kau hadirkan ini. Kesabaran yang cukup bermakna, jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah,” katanya lagi.



loading...


Meninjau ke ruangan komen, Fiza memberitahu hak penjagaan Baby Aleena masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan masih dalam tempoh PKP.

“Mahkamah belum putuskan lagi disebabkan PKP,” jawab Fiza kepada seorang pengikut Instagramnya.


Dalam hantaran sama, Fiza turut memuat naik beberapa keping foto bersama Baby Aleena.

Terdahulu, Kosmo! pada 11 Julai lalu melaporkan nama Fiza menjadi bualan dalam Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki s0nd0l’ dan pemvsnah rumah tangga orang.

Individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu mendakwa, Fiza menjadi orang ketiga yang memusn4hkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.

Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun disahkan bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.


Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tk dapat diselamatkan.

Manakala, perkahwinan ketiga yang dibina pada Disember 2016 bersama juruterbang, Aizat Al Jefri juga tidak berpanjangan apabila Fiza sendiri mengaku sudah bercerai pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Aizat, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Baby Aleena.

Sumber : K! ONLINE



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم