Penyanyi rap Caprice berasa hairan apabila salah satu hantarannya di laman Instagram telah mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Hanya Peringatan Akhir Zaman
ARTIKEL MENARIK:“Sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2..” – Eyra Hazali K0men Pasal Sejadah Neelofa
Menerusi video yang dimuatnaik nya sebentar tadi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli,33 menjelaskan bahawa foto makhluk seperti Iblis yang dimuatnaik nya hanya sebagai satu peringatan bahawa dunia akhir zaman semakin menghampiri. Malah, Caprice turut mempersoalkan mengapa orang ramai perlu terkejut kerana ia sememangnya telah tertulis di dalam Al-Quran.
“Upload Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh, media-media semua pick up. Oh Caprice upload gambar syaitan”
“listen guys akhir zaman already writte in Quran, I’m just giving a hint on whats gonna happen. kenapa nak terkejut its already written” jelas Caprice
Hairan Kenapa Foto Wanita Seksi Tidak Tular
Dalam pada itu, Caprice turut membidas kembali bahawa kerana foto yang dimuatnaiknya seumpama itu menjadi tular namun kebanyakan foto wanita yang seksi di media sosial tidak diperkatakan oleh netizen.
“Upload Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh, tetapi beribu gambar wanita tak tutup aurat kenapa tak viral pula tak kecoh pun? Am I the crazy one Malaysia with you? ” katanya lagi
Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my mendapati ruangan komen di beberapa hantaran Caprice telah pun ditutup oleh pelantun BAL itu.
Pada Ahad, Caprice mengejutkan orang ramai apabila berkongsi sebuah hantaran di laman sosial berkenaan, mengingatkan rakyat Malaysia agar bersiap sedia menghadapi kebenaran yang bakal dirungkai tidak lama lagi.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق