Sungai Petani: Lelaki yang mengadu sakit dada dan ditemukan meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, semalam disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 55 tahun itu dikenali sebagai Abdul Khani Kassim.
ARTIKEL MENARIK:Firdaus Wong Kagum Dengan Keikhlasan Nadir, Tapi Lain Pula Reaksi Netizen
Katanya, pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa berusia 64 tahun di Balai Polis Tikam Batu pada 4.50 petang selepas mendapati rakannya meninggal dunia di hadapan rumah.
Berikutan itu katanya, anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapati jasad lelaki itu berada di atas lantai simen garaj di hadapan rumah berkenaan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima dari rakannya, mangsa dikatakan menumpang di rumah ibunya sejak kelmarin.
“Namun, ketika itu sedang berbual dengan rakannya itu, mangsa tiba-tiba mengadu sakit dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Adzli berkata, rakannya cuba untuk membawanya ke klinik, namun mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri.
Katanya, pihak ambulans yang dihubungi kemudian datang ke lokasi dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Sumber : HM via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
إرسال تعليق