“Tak habis2 buat muka kesian..” – Lana Nodin gesa Dr Noor Hisham letak jawatan
loading...

Pelakon Lana Nodin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

“Tak habis2 buat muka kesian..” – Lana Nodin gesa Dr Noor Hisham letak jawatan



Memetik laporan Astro Gempak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendakwa Dr Noor Hisham hanya ‘berlakon’ semata-mata dengan berbekalkan wajah kasihan dan keletihan.

ARTIKEL MENARIK:“Kenapa Macam Badut..,?” Chef Wan Kritik Busana Kontinjen Negara Di Tokyo
loading...


Menerusi InstaStory tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik sedutan video memaparkan beberapa petugas yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dipercayai sedang menguruskan kontena jenazah.

“Tak habis2 buat muka kesian & nangis penat tapi semua tu kau berlakon saja”

Bagaimanapun, terdapat salah seorang lelaki berbaju hitam tidak memakai PPE yang disifatkan olehnya seperti ‘seorang pengedar menghantar bekalan roti di kedai’. Menurut Lana, Covid-19 kan bahaya?

“Tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je. Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal, ahli keluarga tak dapat kebumikan.
“Yang lain bukan main PPE, nasib baik tak buat drama jatuh penat sebab angkat mayat pulak. Kalah cerita hindustan. Wake up la, tak habis2 bagi rakyat fear mongering,” tulisnya.

Tonton video penuh:

Video Player
00:00
00:56

Selain itu, Lana turut berkongsi tangkap layar yang diterima menerusi ‘direct message’ (DM) dimana terdapat individu menyokong kenyataan daripada pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.



loading...


“Saya bersama akak, dah lama perasan something wrong”

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkongsi satu lagi tangkap layar seorang pengguna Facebook yang mendakwa tidak diendahkan oleh Dr Noor Hisham ketika terserempak dengan beliau di Pejabat Menteri Kesihatan.

“Dalam TV suruh pakai double mask, kat pejabat kau tak pakai?” – Lana

Sekadar makluman, kes harian Covid-19 mencatatkan rekod baharu iaitu sebanyak 17,045 semalam sekali gus menjadikan jumlah kes positif secara keseluruhan mencecah lebih sejuta kes.

Sumber: Astro Gempak , Instagram Lana Nodin via Oh My Media



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم