Berwuduk ataupun bersuci merupakan salah satu yang wajib dilakukan sebelum melakukan solat. Sekiranya cara wuduk tidak betul, maka tidak sah lah solat yang dikerjakan.
Maka sebab itulah kita harus memperbetulkan wuduk kita agar solat kita sah dari segi hukumnya. Demikian ini kita belajar tentang wuduk;
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] ‘Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27…’ – Netlzen Krltlk cara pendkwah ini beri bantuan kepada gol0ngan svsah & dalam masa yang sama MENG4lBKAN mereka
Ada 7 Syarat Sah Wuduk:
- Orang yang mengambil wuduk mestilah seorang Islam.
- Sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bersih dan yang kotor, atau disebut juga sebagai mumaiyiz
- Jika yang mengambil wuduk adalah seorang wanita, hendaklah dia suci daripada haid dan nifas.
- Pastikan tiada bahan pada kulit yang boleh menghalang air sampai ke kulit seperti gincu dan plaster menampal luka.
- Tahu fardu wuduk iaitu yang mana wajib dan yang mana sunat.
- Gunakan air mutlak atau air yang suci untuk mengambil wuduk.
- Pastikan wuduk dengan sempurna iaitu air sampai rata pada bahagian-bahagian wuduk.
Kisah cucu Rasulullah mengajar dengan penuh hikmah kepada seorang tua cara-cara mengambil wuduk adalah sebuah kisah yang amat terkenal.
Hassan dan Hussin ternampak seorang tua sedang mengambil wuduk dengan cara yang tidak betul. Kalau pada masa itu lelaki tua itu ditegur secara terus, mungkin lelaki tua itu akan berasa malu atau kecil hati. Apalagi bila teguran itu datang dari mereka yang jauh lebih mudah daripadanya.
Hassan dan Hussin dengan kebijaksanaan mereka telah memberi contoh dengan perbuatan. Hassan dan Hussin memanggil orang tua itu dan meminta orang tua itu menilai cara mengambil wuduk mereka.
Melihat mereka iaitu cucu Rasulullah mengambil wuduk, lelaki tua itu pun sedar akan kesilapannya dalam berwuduk.
Ini Adalah Perkara Wajib Semasa Mengambil Wuduk :
- Berniat mengambil wuduk.
- Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara cuping telinga dan anak telinga kiri.
- Sapu dua tangan serta dua siku.
- Sapu sebahagian daripada kepala.
- Membasuh dua kaki serta dua buku lali.
- Tertib.
Ini Pula Cara-Cara Mengambil Wuduk. Dimasukkan Sekali Antara Perkara Sunat Wuduk Yang Biasa Kita Lakukan:
- Membaca Bismallah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.
- Berkumur-kumur tiga kali.
- Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak 3 kali.
- Membasuh muka 3 kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri, sambil berniat mengambil wuduk.
- Basuh tangan hingga ke siku tiga kali.
- Menyapu sebahagian rambut di kepala dengan air tiga kali.
- Menyapu dengan air ke telinga 3 kali.
- Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali tiga kali.
- Membaca doa wuduk.
Setelah mengambil wuduk dengan sempurna, kita juga perlu tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Ini bagi mengelakkan kita terus bersolat kerana menyangka masih dalam keadaan berwuduk.
Berikut Adalah Perkara-Perkara Yang Boleh Membatalkan Wuduk:
- Keluar sesuatu benda daripada qubul atau dubur seperti air kencing, tahi, kentut, dan sebagainya.
- Tidur dengan keadaan yang tak tetap punggungnya seperti tidur baring, terlentang, meniarap, dan yang serupa dengannya.
- Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, atau sakit.
- Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dengan tidak berlapik. Muhrim adalah keluarga yang tidak boleh dikahwini.
Sumber: Tazkirah.Net via islamituindah
إرسال تعليق