NEW DELHI: Banjir monsun mengakibatkan ratusan mayat dipercayai mangsa Covid-19 dikebumikan di sepanjang Sungai Ganges dilaporkan terapung.
Penemuan itu menimbulkan keraguan jumlah kematian akibat Covid-19 di India mungkin melebihi 396,000 kes yang dilaporkan.
ARTIKEL MENARIK:Nekad nak keluarkan duit Rm83 je. Terkedu bila tiba tiba sekelip mata boleh jadi jutawan. Sekali bila tengok resit ada baki Rm4.1 bilion dalam bank.
Lapor Daily Mail, permulaan banjir monsun itu menyebabkan arus deras melalui laluan air sepanjang 2,494 kilometer (km) sekali gus menghanyutkan beberapa mayat yang dikebumikan di kawasan pasir cetek sepanjang tebing sungai itu.
Kebanyakan mayat itu yang diselubungi dengan kain dilihat terapung di Sungai Ganges di Phaphamau ghat berhampiran tempat pembakaran mayat di Allahabad, Uttar Pradesh.
Menurut pegawai di Allahabad, hampir 150 mayat yang terapung sejak tiga minggu lalu, telah dibakar.
Berdasarkan laporan AFP, terdapat puluhan mayat yang tenggelam sebahagian di sungai di daerah sekitarnya.
Pihak berkuasa menganggarkan lebih 600 mayat yang dikebumikan di sepanjang tebing Ganges di Allahabad ketika waktu krisis Covid-19 semakin buruk di India.
Sumber : UM
إرسال تعليق