Di gelar propa, Iqbal nak ‘parking’ kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli tampil mempertahankan dirinya selepas penerbit dan pengarah Michael Ang mendakwa dia sengaja mencipta kontroversi untuk menarik perhatian netizen.

Di gelar propa, Iqbal nak ‘parking’ kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang



Antara yang dipersoalkan oleh Michael ialah mengenai jenama kereta yang dipakai Iqbal dan kemampuan usahawan itu untuk menjadi seorang penyanyi.

ARTIKEL MENARIK:Ratu Dangdut ‘Tanam Benang’ Sampai Wajah Berlumuran Drah, Amelina Tepis Dakwaan Orang Ramai


“Baca statement saya tu betul-betul mengenai kenyataan tak suka kereta sporty tu. Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta yang saya bawa pergi pasar RM1 juta yang saya beli tu.

“Ramai sangat hina fasal kereta terutama kereta Axia yang saya post di Instagram… kereta Axia tu saya beli secara tunai untuk kegunaan adik-adik saya.

“Cuma saya masih belum tunjuk lagi kereta mewah saya beli tu, kalau nak tahu harga nombor plat sahaja dah sama sebuah Civic… geram sangat bila dengar statement dia tu, rasa nak pergi parking kereta depan muka dia. Inilah punca yang membuatkan saya terpaksa tunjuk segalanya,” katanya kepada mStar.


Iqbal bakal tayang kereta baharu miliknya jenama Mercedes bernilai RM1 juta.

Baru-baru ini, Michael menerusi sesi siaran langsung mempertikaikan beberapa kenyataan bercanggah Iqbal antaranya mengenai kereta yang dipakai pemuda berasal Kelantan itu.

“Kau cakap tak serupa bikin… sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta. Apa kau propa? Kalau nak kaya buat cara kaya betul bukan kaya imaginasi,” soal Michael.

Bukan itu sahaja, pengarah terkenal ini turut menuduh Iqbal bersikap propa (mengada-adakan cerita untuk menarik perhatian) antaranya mengenai bajet RM500,000 untuk penghasilan lagu terbaharu.


loading...


Sorry la menyanyi. Suara macam pondan pencen pun nak menyanyi ke?

Michael membangkitkan isu itu semasa bersiaran langsung dengan Datuk Seri Vida menerusi Instagram pada malam Ahad lalu.

“Berlakon pun tak boleh, nak menyanyi RM500,000… propa je! Orang bahalol mana nak bayar RM500,000, gila ke apa?

“Sorry la menyanyi. Suara macam pondan pencen pun nak menyanyi ke? Suara dia kan kepit macam pondan pencen. Suara macam tu (pergi) ke mana pun tak sedap mana,” kata Michael.

Iqbal tak propa apa dikongsi di media sosial.

Mengakui terkesan dengan kenyataan Michael itu, Iqbal memberitahu ini percubaan pertamanya menyanyi dan bukan bertujuan untuk bersaing dalam mana-mana pertandingan nyanyian.

Justeru itu, dia meminta Michael memberi ruang kepadanya untuk menunjukkan bakat dan membuktikan kemampuan diri.

“Saya menghormati Michael sebab itu saya tak langsung menjawab makian dari awal sehinggalah viral. Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael hormati saya juga sebagai budak bersuara pondan kepit yang dikatakan.

“Saya ingin hormati dunia industri, menjaga limit namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya. Saya bukan keluarkan lagu untuk menjatuhkan industri muzik tanah air. Berikan saya peluang walaupun saya sedar saya bukan penyanyi dan bukan nak bertanding dalam anugerah lagu.

“Biarlah dia nak kata apa pun, saya akan buktikan suara saya tak kepit. Tunggu lagu itu keluar nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Micheal Ang tampil bagi satu nasihat kepada Iqbal

“Pergi cari orang lain untuk meviralkan diri sendiri”


Kredit -Trending Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم