Puteri Jepun Selamat Kahwin Dengan Orang Biasa, Rasmi Lepaskan Status Diraja

Puteri Mako selamat berkahwin dengan teman lelakinya sejak dari zaman kolej lagi, Kei Komuro hari ini, sekaligus hilang statusnya sebagai kerabat diraja Jepun, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Puteri Jepun Selamat Kahwin Dengan Orang Biasa, Rasmi Lepaskan Status Diraja



Di bawah undang-undang Jepun, kerabat diraja wanita akan kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan orang kebanyakan.

ARTIKEL MENARIK:“Tanda Bencana Akhir Zaman”-Ustazah Asma Harun Luah Rasa Kecewa Terhadap Festival Hiburan Di Arab Saudi


Puteri Mako tidak mengadakan  upacara perkahwinan diraja dan menolak pembayaran oleh kerajaan yang ditawarkan kepada kerabat diraja wanita yang akan berpisah dengan  keluarga mereka.

Puteri Mako merupakan anggota  keluarga diraja Jepun yang pertama menolak pembayaran tersebut.

Beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini memohon maaf bagi semua masalah yang tercetus akibat perkahwinannya.

“Saya memohon maaf atas masalah yang tercetus dan amat berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya.


loading...


“Bagi saya, Kei tiada galang gantinya dan kami perlu memutuskan untuk berkahwin,” kata Puteri Mako.

Pasangan tersebut dijangka berpindah ke Amerika Syarikat di mana Komuro bertugas sebagai peguam.

Perpindahan itu telah mencetuskan perbandingan antara Puteri Mako dan Komuro dengan pasangan diraja Britain, dengan orang ramai menggelar pasangan pengantin baharu itu sebagai ‘Harry dan Meghan Jepun’.

Sumber : Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم