Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Peminat Sudah ‘Hidu’ Sejak Awal Oktober

Sejak petang Isnin, tular di media sosial mengenai kisah percintaan dua penyanyi remaja popular, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang dikatakan sudah berakhir.

Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Peminat Sudah ‘Hidu’ Sejak Awal Oktober





ARTIKEL MENARIK:“Percayalah, Saya Tidak Akan Rosakkan Industri Muzik Tanah Air” – Iqbal Zulkefli Serius Dengan Single Baharu


Mengaku Sudah Putus Cinta 


Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Ismail dan Eliana menerusi temubual mereka secara berasingan bersama Melodi pada Ahad lalu. Ketika ditanya adakah pihak ketiga sebagai punca mereka berpisah, Ismail berkata kesalahan itu berpunca daripada dirinya. Bagi Eliana pula, dia menyifatkan dirinya dan Ismail masih muda dan banyak perkara lagi perlu belajar.

Buang Cincin Ke Dalam Sungai 


Bagaimanapun, kedua-dua mereka mendoakan yang terbaik antara satu sama lain manakala cincin berlian pemberian Ismail sebelum ini telah pun dibuang ke dalam sebuah sungai.

“Sebelum ini saya dan Eliana ada berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Ini adalah momennya,” katanya kepada Melodi

Peminat Sudah ‘Hidu’ Awal Oktober 

Dalam perkembangan lain, spekulasi mengenai hubungan mereka telah berakhir telah pun ‘dihidu’ oleh peminat sejak awal Oktober. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Eliana di laman Instagram sebelum ini, terdapat sebuah puisi atau lirik lagu yang ditulis oleh pelantun Aroma itu.


loading...





Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana individu, namun peminat seakan dapat meneka ia ditujukan buat Ismail berikutan terdapat perkataan Justin Bieber Malaysia, gelaran yang dberikan peminat untuk bekas kekasihnya.

Terdahulu, pada Disember 2020, Ismail telah menghadiahkan Eliana sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji setia hubungan mereka.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم