‘Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan?- TMJ Persoal Keadaan Padang Negara

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, bersuara tentang keadaan padang-padang bola sepak negara yang tidak terjaga dan diselenggara dengan baik di media sosial baginda.

‘Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan?- TMJ Persoal Keadaan Padang Negara



Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan isu ini adalah isu kecil berbanding perkara lain, namun tidak bagi pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ini yang menitikberatkan kualiti dan penjagaan padang.

ARTIKEL MENARIK:[Terkini] ‘AjaaI Si Jelita..’ Tasya Dan Rakan Dijmput IIahi Ktika Berk0nvoi, Motor Btmbung Myvi.


Persoal Kenapa Tak Mampu Selenggara Padang

Tunku Ismail menyelar tindakan pihak-pihak tertentu, yang bercakap mengenai bola sepak seperti golongan profesional.

Namun bila melihat keadaan padang-padang di Malaysia, ianya cukup mengecewakan dan tiada penambaikan dilakukan sedangkan mereka mampu mengeluarkan peruntukan untuk bayar pemain luar negara untuk pasukan.


Foto – Instagram @hrhcrownprinceofjohor

“Sampai bila nak beria dalam media sosial, dalam televisyen, semua kelab, pengurusan, bercakap pasal bola sepak semua macam pro, tapi padang masih ‘cowgrass’?

Negara jiran semua dah bertahun tukar rumput. Di sini cakap macam pro, tapi mentaliti tukar tempat duduk dan nak guat gym itu sahaja tak habis.

Harga padang RM1.4 juta paling mahal, paling murah RM890,000 termasuk ‘drainage’. Takkan tak mampu selepas dah sebat duit kerajaan?

Beli import berjuta-juta boleh, buat padang harga lagi murah dari pemain import tak boleh. Lepas tu nak berbual macam pro. **** mentaliti.” Tegur TMJ


loading...


Padang Bola Sepak Merupakan Pelaburan Jangka Masa Panjang

Tunku Ismail mengatakan menyelenggara dan penambaikan padang bola sepak adalah pelaburan jangka masa panjang dan harus dititikberatkan. Tunku Mahkota Johor ini memberi jumlah kos penyelenggaraan padang di Johor sebagai rujukan.


Foto – Instagram @hrhcrownprinceofjohor

“Padang bola sepak adalah pelaburan jangka masa panjang.

Kos pembinaan padang bola sepak Stadium Ibrahim adalah RM1.3 juta, termasuk saliran. Pembinaan 3 dan setengah hingga 4 bulan. Penambaikan RM240,000 setahun.

Kos pembinaan pusat latihan JDT RM896,000. Penambaikan RM190,000 setahun.

Ambil duit kerajaan pandai. Ambil duit penyokong pandai. Kualiti padang bola kosong. Janji manis aja setiap tahun.” Kongsi TMJ

Ada betulnya apa yang disuarakan oleh TMJ, apa pandangan anda tentang isu ini?


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم