Umat Islam Sibuk Dengan Kostum Halloween, PU Syed Dedah Apa Hukumnya

Melihat ramai selebriti dan influencer muslim di Malaysia beria menyambut halloween dengan menggayakan kostum mengikut watak-watak kegemaran masing-masing, menjadikan ia satu budaya yang mana memberi pengaruh kepada orang ramai.

Umat Islam Sibuk Dengan Kostum Halloween, PU Syed Dedah Apa Hukumnya



Dedah Hukum Meraikan Dan Memakai Pakaian Halloween



ARTIKEL MENARIK:“Jangan Tengok Siri Drama Ini”- Ustazah Asma Harun Terkejut Selepas Tonton Squid Game


Dari situ, ramai yang bertanya dan menghantar mesej-mesej berkaitan hukum kepada pendakwah terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di media sosial.

Mendapat soalan-soalan berkaitan halloween ini, PU Syed menjelaskan haram hukumnya buat orang Islam menyambut atau berpakaian seumpamanya kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh (meniru perbuatan kaum Yahudi).


Foto – Instagram @pusyed_official

“Hukum menyambut Halloween atau berpakaian dan sebagainya bagi umat Islam adalah haram, kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.

Mudah-mudahan dengan pencerahan ini, dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.” Tulis PU Syed di Instagram


loading...


Netizen Sedih Umat Islam Semakin Jauh

Melihat penjelasan dari pendakwah popular itu, orang ramai membanjiri ruangan komen posting tersebut dan rata-ratanya mereka meluahkan rasa hiba dan sedih melihat umat Islam zaman sekarang kerana semakin jauh dan hanyut dalam dunia yang fana ini.


Foto – Instagram @pusyed_official

“Dulu dekat Malaysia tak ada pun sambut Halloween… Sekarang makin menjadi-jadi… Sedihnya.. Entah apa lah suka-suka bab hantu.. Hairan”

“Orang Kristian pun tahu makna khurafat.. Yang orang Islam pula macam bangga nak ber-Halloween yer. Kena didik anak-anak betul-betul, diakhir zaman ni.. Takut dengarnya, macam-macam hal… Nauzubillah.”

“Yang sunnah lagi berpahala tak nak buat.. Ikut.. Budaya barat juga nak ikut… Akhir zaman..”

“Duduk ikut sangat ke dunia barat… Hk ajaran Islam dengan Sunnah tak ikut pula… Trend lah sangat’ komen warganet

Haram ya hukumnya memakai kostum apatah lagi meraikannya, semoga orang ramai pandang berat isu ini.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم