Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.
Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan.
ARTIKEL MENARIK:Walaupun Banyak Kali Muntah Dalam Kereta. Wanita Kedah Terharu Kampung Di Afrika Dapat Telaga Air.
Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.
Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang, dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.
Mungkin beliau masih terasa keperitan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian. Ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berpantang. Saya membalas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.
Saban bulan, melihat anak semakin membesar, hubungan kami menjadi semakin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya, sehingga menyebabkan anak trauma dan cedera seawal 5 bulan dari kecuaian isteri.
membantu dan menasihati isteri. Tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungutan isteri tentang anak.
Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan pisau memasak atau gunting di merata rata rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini),
Mengherdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini. Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah?
Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau. Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya.
Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendalami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengkaran.
Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkelahi di hadapan anak yang baru berusia 2 tahun tercengang melihat kami. Akibat hilang sabar saya, saya telah menepuk bahu kiri isteri selepas diherdik oleh isteri.
Anak saya terkejut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkelahian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami.
Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik. Ia diikuti oleh jeritan makian daripada isteri yang memukul dan menendang saya dari belakang.
Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikutkan nfsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengkar, saya kadang kala hilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan.
Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar.
Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya.
Berbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya. Kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya.
Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya, hanya sebut, saya sediakan, hendak berniaga, saya hulurkan. Bermacam macam, tetapi hanyalah hangat hangat tahi ayam dan hanya membazir.
Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa dirumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa bawa ke realiti.
Keadaan menjadi semakin kritikal setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarikat penerbangan dan hilang pekerjaan selama 7 bulan. Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur.
Hubungan juga menjadi semakin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.
Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervisor beliau. Tetapi ia menjadi sia sia, dan tidak diambil peduli.
Akibat dari tekanan hidup, ia telah mengidap sakit jantung dan drah tinggi seawal usia 36 tahun.
Jika ada berlaku pertengkaran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencerraian. Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah.
Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah bercerrai. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik.
Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit. Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau.
Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk menjadikannya lebih keruh.
Beliau sering berpura pura baik dihadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya.
Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.
Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu semakin mendalam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah.
Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membnuh diri. Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu tempuhi semua ini?
Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakay ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda.
Reaksi Warganet
Anis Rahiman –
Mungkin kah wife awak postpartum d3pression? Sebab u selalu outstation luar negara tinggal dia sorang sorang jaga anak kecik kan?
Mesti penat, tak cukup tdo, stress dan sebagainya. Dan u pulak selalu marah dia sebab cuai masa jaga anak sedangkan dia tak sengaja. Think wisely. Jangan cuba cuba nak curang dulu.
Pachee Yahya –
Apa yang aku nampak la, wife ko sekarang sedang tunjuk contoh yang tidak baik pada anak perempuan ko.
Tak mustahil anak perempuan ko akan jadi seperti ibunya bila dia membesar dan bernikah nanti. Ur wife bukan isteri dan ibu yang baik.
Aton Omar –
Saya tak faham bila masih ada nasihat suruh berbincang, suruh ambik hati isteri, bercinta semula.
Macam suami pulak yang salah.
Sudah confessor kata disitu berbincang sudah, nasihat sudah, tolong kerja rumah sudah, mengalah masa bergaduh.
Dear confessor, rujuk pejabat agama la. Dapatkan nasihat professional dekat situ. Biar dorang pulak bagi counselling dekat your wife.
If tak jalan, u know what to do. Sebab sayangkan anak lah, u kena jauhkan dia dari lihat kekabutan dalam rumahtangga u.
Nur Amalina Jamaluddin –
Saya pernah rasa dan alami apa yang isteri confessor ni lalui. Saya berkahwin dengan suami seorang pilot yang sangat sibuk.
Saya pulak pada tahunn ketiga PhD saya, bertunang dah lama, so tekanan dari hubungan semasa tunang telah bawak ke selepas berkahwin. Saya terus turn off dan slalu mood swing.
Pada masa yang sama kejar nak dapat anak dam susah nak conceive. Memang kerap gaduh. Selepas dua tahun anak sulung lahir, rasa kepayahan dan susah tu hanya Allah sahaja yang tahu.
Pernah banyak kali gv up denga kesibukan suami dan sukar untuk faham kerja beliau. Mungkin dalam diam anxiety n d3pression tu ada tapi kita tak luah pada sesiapa dan saya tak sedar pun saya ni bermasalah.
Bila cek pakar Dr wanita, memang saya hadapi h0rmon imbalance. Keje memangg rasa nak gaduh je dengan suami. Tekanan PhD waktu tu tiada siapa yang faham pun. Sebab kita sentiasa berseorangan dalam perjalanan study kita.
Saya mohon confessor untuk bawak isteri pergi berubat, bawak ke jln agama semula, bykkan masa n quality bersama isteri dan anak. Semoga ia membantu.
Atikah Jamaluddin
Kalau itu yang isteri mahu (perpisahan), berpisahlah denfan cara baik. Tak semestinya perpisahan boleh bagi kesan negatif kepada anak…
Andai kata setelah menasihati, mengambil hati isteri pun tidak berjaya melembutkan hatinya, mungkin perpisahan jalan yang terbaik. Isteri nampk ada ego yang tinggi. Bagi dia masa, bagi dia balik rumah mak pak dia untuk berfikir apa salah dia…
Delami hati isteri, heart to heart apa ysng isteri mahu. Mungkin isteri trauma untuk mengandung lagi sebab bersalin yang ada komplikasi. Suami tolong belajar ayat ayat cinta dulu jangan tahu terkam saja isteri dan expect isteri mahu tadah saja.
Bawa isteri ke majlis majlis ilmu, ajak isteri solat jemaah bersama tiap waktu. Hadapi masalah tu, jangan lari daripada masalah.
Dia isteri, kamu suami. Isteri akalnya cetek, emosinya tinggi. Jangan kalah dengan emosi isteri, gunakan akal sebagai seorang suami untuk bimbing isterimu yang dah tersasar jauh.
Andai masih ada jodoh, adalah. Kalau takde jodoh, carilah bahagia yang baru untuk diri awak.
Sumber – Zairil Iskandar (Bukan nama sebenar) via IIUMC via figuraku
إرسال تعليق