Ramai antara kita yang sering mengangkat kucing dengan mencengkam di bahagian tengkuk mereka. Namun tahukah anda bahawa ianya boleh mengundang bahaya pada si meow?
Situasi yang sama mungkin dapat dilihat ketika si ibu kucing yang sedang mengangkat anaknya sewaktu kecil namun perlu diketahui bahawa ianya hanya terjadi sewaktu si meow baru lahir.
ARTIKEL MENARIK:Rasanya memang sedap. Tapi ramai tidak tahu dekat sirip ikan kerisi ada tersembunyi makhluk makhluk ini.
Hakikatnya, ketahuilah bahawa tindakan sebegitu hanya akan memberikan rasa kurang selesa dan sakit pada si meow.javascript:false
Mengapa Ibu Kucing Kerap Lakukan
Kebiasaannya anak kucing akan menjadi lemah apabila si ibu memegang anak kucing dengan menggigit pada bahagian tengkuk mereka.
Anak kucing yang dibawa oleh ibu mereka akan menjadi lemah akibat refleks fleksor. Refleks ini hanya muncul dalam beberapa minggu pertama selepas anak kucing dilahirkan, maka kerana itulah si meow tidak merasa sebarang kesakitan ketika digigit.
Kalau kita yang angkat, mesti si meow rasa sakit kan?
Bezanya dengan kita, ibu kucing tahu menggunakan tekanan yang betul dan sesuai semasa mengangkat anak kucing di tengkuk, kerana mereka mempunyai sensor tekanan dalam gigi.
Bahaya Pegang Tengkuk Kucing
Anak kucing hanya dipegang di bahagian tengkuk oleh si ibu sehingga mereka berumur sebulan.
Namun begitu, kita tidak seharusnya melakukan perkara yang sama ketika mengangkat kucing. Perbuatan itu boleh menimbulkan rasa takut dan tekanan pada kucing, sehingga menyebabkan si meow bertindak agresif.
Akibatnya, si meow akan mengalami tekanan, ketakutan, dan kebimbangan. Selain itu, kucing juga boleh merasa sakit jika kita sering berbuat demikian.
Cara Penyelesaian
Terdapat banyak cara untuk kita memegang dan mengangkat kucing tanpa menggunakan kekasaran ataupun tekanan yang kuat.
Persatuan Pengamal Kucing Amerika (AAFP), mengesyorkan pemilik kucing untuk memegang kucing dengan memeluk haiwan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Sebagai permulaan, dekatkan diri anda pada kucing, kemudian elakkan pandangan mata secara langsung dengan kucing dan juga sebarang pendekatan yang terlalu berhadapan bagi mengelak daripada si meow merasa takut.
Selain itu, bahasa tubuh badan juga memainkan peranan penting. Apabila kita tenang, maka kemungkinan besar kucing juga akan berasa tenang.
Kredit -apampink
إرسال تعليق