44 pelajar sekolah asrama perempuan positif Covid-19

KOTA BHARU – Seramai 44 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh perempuan di Jalan Telipot di sini disahkan positif Covid-19.

44 pelajar sekolah asrama perempuan positif Covid-19



Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kluster membabitkan pelajar terbabit diisytihar sebagai Kluster Embi Telipot pada 14 Januari lalu.

ARTIKEL MENARIK:PM Didakwa Guna Kroni Masuk UM. Ini Penjelasan Ahli Parlimen Pasir Gudang


Katanya, berdasarkan siasatan, seramai 256 orang kontak rapat kepada pelajar tersebut dikenal pasti setakat ini.

“Kesemua kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin, selain dinasihatkan supaya menjalani saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu.

“Seramai 44 pelajar dikesan positif Covid-19 sehingga semalam dan kesemua mereka membabitkan pelajar asrama sekolah itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


loading...


Menurut Zaini, Pejabat Kesihatan Kota Bharu mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula hari ini sehingga 25 Januari depan.

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan kes jangkitan di sekolah tersebut berpunca daripada ibu bapa pelajar pulang dari umrah dijangkiti varian Omicron.-K!ONLINE viaKosmo Digital



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم