Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan ada kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilihat menjadi penyebab kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.
Bagi Roslin, dia tidak menganggap tawaran RM4 juta kepada Zii Jia sebagai penyebab utama namun berdasarkan pengalamannya yang pernah bersama BAM sebelum ini, dia tahu sesuatu perlu dilakukan demi masa depan sukan badminton negara.
ARTIKEL MENARIK:Zii Jia ‘digantung’ dua tahun, sumber dedah Zii Jia main wayang? “terima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat Taiwan”
Tegas Roslin, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Zii Jia mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM ketika dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi.
“Persoalan sekarang kenapa Zii Jia keluar dari badan induk yang besar. Yang ada segala-galanya.
“Kena ada proses bedah siasat. Kena tahu punca kenapa Zii Jia buat keputusan itu. Masalah sekarang saya rasa adalah pengurusan.
“Bukan pasal pemain atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan,” katanya.
Roslin juga mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih wanita negara, Chan Chong Meng meletakkan jawatan selepas hanya 18 bulan bersama BAM.
“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.
“Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.
Sementara itu bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti sama ada wujud kemelut dalaman dalam BAM sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.
Jika tiada tindakan segera dilakukan, BAM dikhuatiri akan kehilangan lebih ramai pemainnya.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.
ROSLIN HASHIM LONDEHKAN SIAPA MASALAH SEBENARNYA
Jangan bagi muka, ambil tindakn” Datuk Rashid Sidek bengang dengan keputusan yang diambil Zii Jia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, berkata BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain berusia 23 tahun berkenaan bagi mengelak ia menjadi ikutan pemain yang lain.
“BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.
“Jika BAM masih bertolak ansur, saya bimbang selepas ini lebih ramai pemain yang akan bertindak meninggalkan badan induk itu.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sehingga menjadi budaya.
“BAM perlu tegas dengan keputusan mereka, jika tidak orang tidak akan hormat BAM sebagai persatuan yang bertanggungjawab terhadap sukan badminton di negara ini,” kata Rashid kepada BH Sukan.
Semalam, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan induk itu ada menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia pada 11 Januari lalu.
Bagaimanapun, keputusan sama ada BAM menerima atau sebaliknya peletakan jawatan berkenaan hanya akan diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada Jumaat ini.
BAM mempunyai kuasa untuk menggantung Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa jika dia meninggalkan badan induk berkenaan.
Apatah lagi dia dilihat sebagai aset negara dan banyak pelaburan sudah dibuat ke atas dirinya.
Bagaimanapun, BAM juga sebelum ini turut mengambil pendekatan bertolak ansur dan membenarkan pemain bergerak secara profesional.
Mengulas lanjut, Rashid yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 mengingatkan juara Seluruh England 2021 itu agar tidak lupa daratan selepas pelaburan besar dilakukan BAM ke atas dirinya sejak peringkat remaja lagi.
“Dulu bila dia masih di bawah, siapa yang jaga dia?
Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendiri.
“Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal dan makan minum dia siapa yang jaga.
“Kalau duit menjadi masalah utama, saya percaya perkara ini boleh dibawa berbincang bersama BAM.
Lagipun, dia tidak boleh bandingkan apa yang dia dapat dengan apa yang Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) ketika bergelar pemain.
“Chong Wei mendapat keistimewaan daripada BAM selepas dia meraih pelbagai kejuaraan selain memegang status sebagai pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun.
Zii Jia pula, kerjayanya baru mahu bermula dan baru ada dua atau tiga kejuaraan.
“Jika mahu keistimewaan seperti Chong Wei, dia perlu buktikan dulu kredibilitinya,” katanya.
Selesai secara baik, isu BAM-Zii Jia kini tumpuan dunia – Chong Wei
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik.
Pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata berita mengenai keputusan Zii Jia untuk meninggalkan BAM telah menjadi antara topik berprofil tinggi yang menjadi tumpuan peminat seluruh dunia.
Beliau berkata isu yang berpanjangan tidak memberi kebaikan, sebaliknya boleh mencetuskan tanggapan negatif peminat luar terhadap nama baik badminton tanah air, yang merupakan antara sukan utama di Malaysia.
“Tidak hanya di Malaysia, satu dunia pun tahu berita ini. Saya juga rasa perkara ini tidak begitu bagus untuk skuad badminton kebangsaan. Saya harap boleh cepat diselesaikan dan fokus kepada badminton.
Jangan sampai jadi besar sangat,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu untuk bergerak sebagai pemain bebas dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.
Mohamad Norza berkata BAM telah mengadakan beberapa perbincangan dengan juara All England 2021 itu bagi memujuk Zii Jia untuk kekal, namun pemain berusia 23 tahun itu tetap dengan pendiriannya.
Mengulas lanjut Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar adalah beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang tanpa kekangan.
BAM dijangka mengumumkan keputusan berhubung kata putus Zii Jia itu esok.
Sementara itu Chong Wei berkata perjalanan sebagai pemain bebas tidak mudah dari aspek venue latihan, pemilihan jurulatih dan program pemulihan apabila kesemua itu perlu diuruskan secara sendiri tidak seperti di BAM, yang menyediakan segala elemen berkenaan.
Menurut Chong Wei, BAM antara organisasi yang mempunyai infrastruktur latihan serba lengkap dan terbaik.
“Tetapi dia (Zii Jia) mesti sudah ada perancangan sendiri dan paling penting sekali adalah keputusan, tak kisah sama ada dalam (BAM) ke, atau di luar, apa yang penting dia selesa untuk beraksi pada tahap terbaik, tetapi perkara ini bukan mudah,” katanya.
Zii Jia mengharungi musim 2021 dengan prestasi tidak konsisten bermula dengan persembahan hambar di tiga kejohanan di Thailand sebelum mencipta sensasi muncul juara All England pada Mac.
Beliau kemudian membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu tewas di pusingan 16 terbaik kepada juara Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long.
Selepas membantu skuad negara meraih gangsa Piala Sudirman, beliau kemudian berdepan masalah keletihan dan kecederaan dalam beberapa kejohanan disertai, termasuk terpaksa menarik diri pada kejohanan Indonesia Master di Bali dan Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik. – Gambar fail/BERNAMA
Sumber: HM / BH
via
إرسال تعليق