KUALA LUMPUR: Tindakan Lee Zii Jia untuk meninggalkan skuad kebangsaan menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:Final Piala Malaysia: KL juara, Tapi Tindakan Annuar Musa Kat Paulo Josue Bikin Penyokong KL City Geram
“Selepas mempertimbangkan semua faktor, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari,” katanya.
Sebagai rekod, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan bagi menyertai kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Zii Jia main wayang?
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dikatakan cuba bermain ‘wayang’ dengan mengatakan bahawa duit bukan faktor utama dia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pemain nombor satu negara itu menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang menjadi punca utama dia mahu meninggalkan badan induk itu selain daripada tekanan yang diterima.
Menurut sumber, juara Seluruh England itu ditawarkan kontrak lumayan AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun untuk tempoh lima tahun dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM8.37 juta.
Sumber berkata, tekanan itu hanyalah alasan buat Zii Jia bagi membolehkan dia bergerak secara profesional dan meninggalkan BAM.
“Tekanan itu hanya alasan saja. Cuba fikir, mana ada pemain yang nak keluar BAM ketika dia sedang meningkat naik melainkan dia dapat tawaran lumayan seperti itu.
“BAM ada kemudahan terbaik. Kalau betul dia nak jadi jaguh dunia, alasan tekanan itu memang tak boleh diterima,” kata sumber.
Zii Jia, 23, sebelum ini menegaskan bahawa ada sesuatu yang mendorongnya membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan ia bukan disebabkan duit.
Pemain berasal dari Alor Setar Kedah itu bagaimanapun akan menjelaskan kemelut yang dihadapinya dalam masa terdekat selepas BAM membuat pengumuman mengenai peletakan jawatannya sebagai pemain kebangsaan.
Terdahulu Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan induk itu ada menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia sebagai pemain kebangsaan 11 Januari lalu.
Jangan bagi muka, ambil tindakn” Datuk Rashid Sidek bengang dengan keputusan yang diambil Zii Jia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, berkata BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain berusia 23 tahun berkenaan bagi mengelak ia menjadi ikutan pemain yang lain.
“BAM ada kuasa untuk ambil tindakan, kalau perlu kenakan hukuman gantung tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu, BAM kena buat.
“Jika BAM masih bertolak ansur, saya bimbang selepas ini lebih ramai pemain yang akan bertindak meninggalkan badan induk itu.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sehingga menjadi budaya.
“BAM perlu tegas dengan keputusan mereka, jika tidak orang tidak akan hormat BAM sebagai persatuan yang bertanggungjawab terhadap sukan badminton di negara ini,” kata Rashid kepada BH Sukan.
Semalam, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan induk itu ada menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia pada 11 Januari lalu.
Bagaimanapun, keputusan sama ada BAM menerima atau sebaliknya peletakan jawatan berkenaan hanya akan diumumkan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada Jumaat ini.
BAM mempunyai kuasa untuk menggantung Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa jika dia meninggalkan badan induk berkenaan.
Apatah lagi dia dilihat sebagai aset negara dan banyak pelaburan sudah dibuat ke atas dirinya.
Bagaimanapun, BAM juga sebelum ini turut mengambil pendekatan bertolak ansur dan membenarkan pemain bergerak secara profesional.
Mengulas lanjut, Rashid yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 mengingatkan juara Seluruh England 2021 itu agar tidak lupa daratan selepas pelaburan besar dilakukan BAM ke atas dirinya sejak peringkat remaja lagi.
“Dulu bila dia masih di bawah, siapa yang jaga dia?
Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendiri.
“Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal dan makan minum dia siapa yang jaga.
“Kalau duit menjadi masalah utama, saya percaya perkara ini boleh dibawa berbincang bersama BAM.
Lagipun, dia tidak boleh bandingkan apa yang dia dapat dengan apa yang Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) ketika bergelar pemain.
“Chong Wei mendapat keistimewaan daripada BAM selepas dia meraih pelbagai kejuaraan selain memegang status sebagai pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun.
Zii Jia pula, kerjayanya baru mahu bermula dan baru ada dua atau tiga kejuaraan.
“Jika mahu keistimewaan seperti Chong Wei, dia perlu buktikan dulu kredibilitinya,” katanya.
Kredit -
إرسال تعليق