Takut Untuk Berubat, Lelaki Bertindak Terjun Parit

Gara-gara takut untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki di Indonesia bertindak terjun ke dalam sebuah parit sehingga menyebabkannya terpaksa diselamatkan seorang anggota tentera, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Takut Untuk Berubat, Lelaki Bertindak Terjun Parit



Menerusi satu rakaman klip video yang dikongsikan di Instagram, orang ramai dilihat berkumpul di tepi sebuah parit untuk menyaksikan kejadian tersebut.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) Viral Wanita Sama Tarikh, Tempat Lahir Dengan Tunang


Beberapa penduduk dilihat cuba membantu lelaki berkenaan untuk naik ke atas darat.

Menurut sumber, lelaki yang mengalami sakit mata itu pada awalnya sedang dalam perjalanan untuk dibawa berubat.

Namun, dia dikatakan berat hati untuk mendapatkan rawatan dan secara tiba-tiba terjun ke dalam parit tersebut.

Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga pakcik sembuh dan anak yang menjaganya diberi kesabaran dan pahala yang besar atas jasanya,’’ tulis seorang netizen.


loading...


“Mungkin dia terjatuh dan bukan terjun kerana matanya sakit,” kata seorang lagi.

Sumber : Kosmo via

KHALIFAH MEDIA NETWORKS



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم