Anak 2 tahun pergi buat selamanya gara gara dipatk ular. Sebak lihat ibu bapa beri ciuman terakhir.

Percutian seorang kanak-kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila pergi buat selamanya dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah, kelmarin.

Anak 2 tahun pergi buat selamanya gara gara dipatk ular. Sebak lihat ibu bapa beri ciuman terakhir.



Kisah sedih menimpa kanak-kanak dikenali sebagai Fayyad itu dikongsi pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKJV), Mr Wan Cai menerusi beberapa posting di laman Facebook rasmi miliknya. Bercerita lanjut, kanak-kanak berusia dua tahun itu dikatakan bermain seorang diri sebelum ibunya yang sedang menguruskan seorang lagi anak terdengar jeritan mgsaaa di luar rumah.

ARTIKEL MENARIK:“Cvri Mas0k Sunway Lago0n Demi ‘C0ntent’,” YouTuber Dibvru P0lis


Damailah di alam sana adik Fayyad

“Si ibu terus bergegas keluar dari dalam rumah untuk melihat apa yang terjadi terhadap adik Fayyad..
“Adik Fayyad kemudiannya dilihat terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan..Si ibu mendapati kaki kanan anaknya itu terdapat kesan seperti patukan ular,”tulis Mr Wan Cai. Difahamkan, mgsaaa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar berikutan keadaan yang semakin kritikal.

Bagaimanapun, Fayyad disahkan pergi buat selamanya sekitar jam 8 pagi semalam dimana jasad telah diuruskan pasukan Mr Wan Cai di Kampung Sireh, Kuala Nerang. Selain itu, Mr Wan Cai turut berkongsi sekeping foto memaparkan ibu bapa mgsaaa iaitu Syazwani Abdul Aziz dan Muhammad Eusof memberikan kucupan terakhir buat anak tersayang.

Sayu tengok, hilang sekelip mata

Rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut dan mendoakan kedua ibu bapa itu agar diberikan ketabahan dalam menempuhi ujian Allah SWT. Sumber: Rose Merah

Anak Anak Hanya Mampu Ajar Ibu Mengucap Dari Panggilan Video. Tak Sangka Ibunya Pergi Selamanya Sebabkan Sakit Ini.

“Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak,” kata seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai pesakit C0VlD-19 dan sedang dirawat di hospital. Hanya raungan dan ratapan kesedihan lapan sekeluarga itu dapat didengari dalam panggilan video yang tuIar di media sosial, hari ini. Video berdurasi satu minit 37 saat itu dikatakan membabitkan panggilan video antara seorang ibu yang sedang bertarung nyawa bersama anaknya.


Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Hospital Shah Alam dan wanita itu telah pergi buat selamanya tidak lama kemudian. Seorang lelaki dipercayai menantu kepada wanita itu berkongsi catatan di media sosial mengenai perkara itu.

“Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rhmatullah. Mak pergi di Hospital Shah Alam. Mak pergi sebab Covid-19. Tiga minggu dalam lCU (unit rwatan rapi) sebab sesak nafas perlukan bantuan oksigen. So, (jadi) punca kena (dijangkiti) Covid adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan ‘office’ dia. Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berborak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat ‘swab test’ positif (C0VlD-19).


“Bawa mak mentua pergi ‘test’ terus pos1tif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu telah pergi buat selamanya. Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya,” katanya di dalam tangkap layar yang dikongsikan di media sosial. Turut dikongsikan ialah penjelasan mengenai mengapa video itu dibuat, difahamkan untuk memberi ruang kepada ahli keluarga melihat pesakit.

Tangkap layar itu menyatakan doktor akan membuat panggilan video kepada ahli keluarga apabila tahap oksigen pesakit terlalu rendah, berikutan mereka tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital. Di dalam video itu, anak dan menantu wanita itu menangis sambil memanggil ibu mereka sebelum panggilan video ditamatkan. Turut kedengaran, suara seorang wanita mengajar pesakit itu mengucap dua kalimah syahadah. Sumber: Harian Metro 

Disebabkan Ambulans Terlalu Sibuk Akibat Covid 19. Pemuda Ini Terpaksa Ambil Alternatif Ini Untuk Selamatkan Bapanya.

Seorang lelaki di India terpaksa membawa jasad bapanya sendiri ke hospital menggunakan kereta sorong kayu kerana ambulans tidak mencukupi ketika negara tersebut sedang melawan gelombang COVID-19 yang ketiga. Rakaman video yang menyayat hati itu dirakamkan pada Rabu di daerah Siwan, Bihar, timur India,  menunjukkan lelaki tersebut menolak ayahnya menggunakan kereta sorong berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada bapa kepada lelaki itu menderita COVID-19 atau tidak.

India sedang memerangi gelombang ketiga COVID-19 sejak beberapa bulan yang lalu, yang menyebabkan hospital di Delhi terpaksa menolak kemasukan pesakit baru pada bulan lepas kerana kekurangan katil. Kini, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menolak jasad bapanya yang sedang berbaring di atas sebuah kereta sorong kayu menyusuri jalan yang tenang di daerah Siwan, Bihar telah muncul di internet.


Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia terpaksa menyelesaikan masalahnya itu sendiri dengan memutuskan untuk membawa bapanya itu menggunakan kereta sorong kerana dia tidak dapat mencari ambulans di kawasan berkenaan. Dia didkwa telah menunggu ambulans tiba sebelum akhirnya memutuskan untuk membawa bapanya sendiri kerana risau bahawa bapanya itu akan pergi buat selamanya.

Sumber: Daily Mail & Siakap keli

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.


loading...


Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pakcik Ini Tercungap Cungai Buat Pengakuan Di Hospital Sebab Tak Percaya Covid 19. Sebak Doktor Ini Bila Mendengar Pesanannya.

Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. Masih ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial. Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.


Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima. Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19. “Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la. Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.


Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan. Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu. “Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).


Kredit -
Era Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم