Balik Dari Mengerjakan Umrah, Nelydia Senrose Sudah Berhijab?

Aktres jelita Nelydia Senrose dikatakan sudah mengenakan hijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada awal tahun lalu.



Balik Dari Mengerjakan Umrah, Nelydia Senrose Sudah Berhijab?



Menerusi pemerhatian Gempak di akaun Instagram milik peminatnya, kelihatan banyak hantaran terkini memaparkan pelakon filem Jebat itu tampil dengan imej terbaru.

ARTIKEL MENARIK:Ditvduh ‘Melud4h’ Mendi4ng Lata Mangeshkar, Shah Rukh Khan Buat Heb0h! Tetapi, Ini Sebenarnya Yang Terjadi..


Biarpun tiada hitam putih daripada pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu yang membisu seribu bahasa, perkhabaran gembira itu menerima respon yang positif daripada peminatnya.

Antara beberapa hantaran yang dikongsi adalah Nelydia keluar makan bersama keluarga dan kelihatan cukup manis mengenakan hijab.

Ramai dalam kalangan peminat menitipkan doa, sekiranya benar Nelydia sudah bertudung, keputusannya tersebut dipermudahkan dan terus istiqamah dalam usaha menjadi muslimah yang terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose.fans_

“Cantiknya Nely bertudung, alhamdulillah,” komen seorang wargamaya.

loading...


“Ya Allah cantiknya Nely. Suka sangat tengok muka manis dia,” ujar seorang wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose.fans_

“Alhamdulillah dah berhijab, so sweet,” puji seorang wargamaya.

“Semoga Allah kurniakan segala yang terbaik untuk Nely. Cantik sangat Nely bertudung,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, tiada hantaran terkini dimuat naik di laman Instagram adik kepada Uqasha Senrose itu melainkan perkongsian terakhirnya adalah sewaktu di tanah suci Makkah pada 31 Disember yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Kredit - Gempak viaMotif Viral


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم