“Merampas Dari Perampas”. Anak masih bayi, aku dicerraikan. Suami kahwini wanita yg dia buntingkan. Kini aku buntu

Foto sekadar hiasan Merampas Dari Perampas Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku buntu dengan masalah ni, keliru dengan perasaan sendiri. Tak pasti apa yang harus aku lakukan.

“Merampas Dari Perampas”. Anak masih bayi, aku dicerraikan. Suami kahwini wanita yg dia buntingkan. Kini aku buntu



Aku tak tahu apa yang terbaik untuk masa depan kami. Haruskah aku merampas dari perampas dan beri dia peluang terakhir?

ARTIKEL MENARIK:“Kalau dia datang uji bakat mungkin tk dapat Masuk…” Kemunculan lqbal & DSVlda Dalam Big Stage Undang Kcaman Netlzen & Artis


10 tahun lepas aku kenal dia. Kami macam remaja yang lain, dilamun asyiknya percintaan. Selepas aku tamat belajar kami pun mendirikan rumahtangga.

Tapi sayangnya mahligai yang dibina hanya bertahan 3 tahun lebih. Alhamdulillah syukur dalam tempoh perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak comel.

Asam garam rumah tangga, terkadang bahagia, terkadang sebaliknya. Kami hidup susah bersama, aku korbankan segalanya untuk membantu ekonomi keluarga.

Tapi dalam tempoh perkahwinan tu, dia berubah. Dia berubah sejak dia dapat kerja yang lebih baik.

Aku bagai halimunan bagi dia, dia abaikan tak bagi kasih sayang pada aku. Rupanya dia berubah sebab dia ada perempuan simpanan.

Aku dicerraikan masa anak masih “baby” lagi. Aku terpaksa berpisah walaupun hati masih cintakan dia.

Terpaksa terima sebab dia dah mengandungkan perempuan tu.

Lepas beberapa bulan berpisah, dia pun terus berkahwin dengan perempuan tu, dan sekarang mereka ada 2 anak.

Sejak tu aku banyak kali lari dari dia. Segala urusan tentang anak atau nafkah anak, dia hanya akan berhubung dengan keluarga aku.

Kalau dia atau keluarga dia datang rumah, sebolehnya aku lari berkurung dalam bilik.

Aku lebih rela bersembunyi dari nampak bayang dia, aku bertindak begitu sebab hati ni sakit sangat. Hanya kerana aku masih cintakan dia.

Aku dah sedaya upaya menafikan hati ni. Aku cuba padamkan dia dari hati aku. Aku pernah cuba berkawan dengan orang lain, tapi hati tak boleh terima.

Selepas aku dah boleh terima hakikat dan mula selesa hidup dengan anak anak, dia muncul kembali.

Beberapa bulan lepas anak aku jatuh sakit, dan aku terpaksa berhubung sendiri dengan dia secara bersemuka. Sejak dari tu dia mula mengayat aku semula.

Aku terima pelawaan dia untuk keluar bersama. Bagi aku, biarlah anak anak merasa ada keluarga lengkap walaupun untuk beberapa jam.

Untuk pengetahuan sejak berpisah, dia selalu ambil anak sulung masa dia cuti. Tapi dia tak pernah ambil anak yang bongsu, sebab anak bongsu tak boleh berenggang dengan aku. Dia tak nak ikut bapa dia.

Demi melihat anak anak aku bahagia, aku temankan mereka berjumpa berjalan dengan bapa kandung. Dan dah beberapa kali kami keluar bersama tanpa pengetahuan isteri dia.

Aku kalah dengan hati sendiri. Layanan dia, cara dia mengambil hati aku. Semuanya seakan akan membalut hati ni.

Luka aku kembali sembuh. Tapi aku tak rela bermadu atau dimadukan. Dan aku yakin dia takkan mampu berlaku adil.

Dia dah meluahkan hasrat dia untuk memperisterikan aku semula. Dia kata dia sanggup lepaskan isteri dia, demi aku dan anak anak.

Aku buntu. Haruskah aku beri dia peluang terakhir? Haruskah aku merampas dari perampas? Aku tak tahu mana jalan yang harus ku pilih.


loading...


Aku cinta dia, aku bahagia melihat anak-anak gembira merasa seperti ada keluarga lengkap. Tapi bagaimana dengan nasib perempuan tu.

Kejam kah aku?

Reaksi Warganet

Norsyina Tazali –
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Vice versa. Dia pernah tinggalkan awak dan sepasang anak comel yang masih baby disebabkan dah senang dan terlanjur dengan perempuan lain.

Now, dia nak balik dekat awak dan sanggup tinggalkan 2 orang anak dan isteri dia pulak. Sama je kan jalan ceritanya?

So, tunggu apa lagi. Move on dan bina bahagia dengan anak anak. Say bye bye dekat lelaki spesies gitu. Lemahhh!

Rizal Rodzuan –
Lepas tu dia pun cerraikan isteri dia, kahwin dengan ko. Lepas tu anak dia dengan pmpuan tu pula sakit, mereka bertemu, bercinta, cerraikan ko, diorang kahwin. Lepas tu anak korang pula sakit…. Haa begitulah seterusnya sampai abang jamil mampus.

Faz Li Diya Midd –
Aku penah baca 1 novel ni. Time merenyam dengan pmpuan lain, laki ni burukkan wife dia, cerraikan, sanggup tinggal anak. Bila dah gila talak, gigih merayu sampai sanggup nak cerrai bini baru.

Ex dia layankan je, buat buat baik. Time nak nikah semula, sebelum laki tu salam tok kadi, ex dia bangun buat announcement depan guest, dia taknak pun nikah balik. Saje balas dendam.

Terkulat kulat laki tu bila semua yang ada dengar apa yang dia penah buat. Wife dia yang konon nak diceraikan tu pun datang tengok tok laki cuba nikah tanpa pengetahuan dia. Ehh ni drama, kau jangan ikut pulak ye

Peah Peah –
Curang bekas suami kau bukan sikit ye. Dia mengandungkan perempuan tu sebelum dia memperisterikan, dia mencerraikan tt pula masa anak bongsu masih bayi.

Kau nak balik dekat dia demi anak anak atau demi diri sendiri? Baik fikir beribu kali. Jenis tak de rasa simpati, hanya pentingkan diri sendiri, tu species yang kau nak kahwin untuk kali 2..

Zara Dea –
Jangan menjadi seperti dia – perampas. Jangan reuse title itu. Let him go kakak. Perit. Saya faham. Mungkin akak menangis tiap tiap malam untuk ‘menidakkan’ rasa cinta itu. Kesunyian tu. Runtun tengok anak anak sepatutnya layak untuk merasa kasih sayang 1 kelurga.

Tapi, lelaki tetap lelaki. Dia pernah buat akak, now dia nak buat pada wife dia sekarang. Mangsa nya perempuan. Johannya lelaki. Anak? Tidak. Walaupn bercerrai, masih bole merasa kasih sayang itu kakak dan ex. Percaya la.

Zarra Alola –
Senangnya lah hidup jadi jantan. Lepaskan sini, kawen sana. Sekarang nak lepaskan sana, nak kawen balik dengan yang sini. Ko tau tak, ayat yang sama tu lah dia mengayat yang sana. Sanggup lepaskan sini demi yang di sana. Ehhh.. berapa banyak sana sini la derrr

Esok dia jumpa yang baru dari korang berdua, ayat tu juga dia tala. Anyway, kalau nak berbalas dendam, Yes. Kau rampas je la ex kau tu, haha.

Baru si dia rasa macam mana ko kena tinggal masa anak 2 dulu kan?. Tapi takde beza la pun kau berdua asyik dok berebut jantan yang sama. Itupun kalau la dia cerraikan, silap silap diam² ko jadi bini No2 dia.
Keluar la tajuk confession baru, bini pertama ku dulu kini bini kedua ku.

Bukan sikit sikit hal dia buat, buntingkan anak orang, tinggal bini masa baru bersalin. Eh.. ko nak lagi dekat dia? Memang rasa cinta tu ada, tapi berpada pada la. Kalau nak jadi pemenang, Yes.. rampas je. Sebab dulu dah rasa kalah.

Sumber – Stella (Bukan nama sebenar) via IIUMC viaEdisi Media !



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم