“Pelik, suami mcam batu di rumah”. Jodoh pilihan Umi. Lps kawin, setahun aku hadap. Kini ini yg aku rasa

Foto sekadar hiasan Perkahwinan Yang Membosankan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi, Terima kasih untuk postkan luahan hati disini. I know, ramai pulak yang meluahkan perasaan tentang perkahwinan mereka dipage ini kan?

“Pelik, suami mcam batu di rumah”. Jodoh pilihan Umi. Lps kawin, setahun aku hadap. Kini ini yg aku rasa



But sometimes, rasa nak share dengan kawan rasa segan, hanya mampu berdoa, bercerita dengan Allah tentang perasaan ni.

ARTIKEL MENARIK:“Merampas Dari Perampas”. Anak masih bayi, aku dicerraikan. Suami kahwini wanita yg dia buntingkan. Kini aku buntu


Nama aku Zahira. Umur aku 32. Aku baru berkahwin dalam setahun macam tu dan belum ada anak. Berkahwin diatas pilihan orang tua aku since umur dah terlajak, so umi carikan jodoh untuk aku.

Kenal 6 bulan, lepas tu decide untuk nikah. Dia seorang lelaki yang baik tapi terlalu pendiam. Even aku banyak cakap, banyak tanya, banyak ajak bersembang, dia still orang yang kurang bercakap.

6 bulan kenal, jarang keluar, cuma banyak text. Ok la text, tak dry sangat. Then dia cakap, dia dah start sayang aku.

Untuk aku, perasaan sayang tu susah nak muncul, tapi aku yakin, dia jodoh yang Allah hantarkan untuk aku.

Orang kata pun, nak cari pasangan, biar dia sayang kita lebih kan. Aku cuba belajar terima dia dalam hidup aku.

Mula mula aku ingatkan, dia memang pendiam, tapi bila balik rumah mak dia, ok jer dia bergurau, eh ada pulak suara, bukan main kuat lagi. Bergelak sakan.

Tapi bila balik rumah sendiri, macam batu pulak. Aku pun buat buat lah bersembang, ajak berborak, tapi dia masih macam pendiam. Tak biasa. Hello, dah setahun kot kahwin.

2, 3, 4, 5, 6 bulan aku masih boleh terima. Bila aku bergurau pun dia keras weh, cam bergurau dengan dinding pulak. Lama lama aku rasa kosong, sunyi, sepi, dan rasa tak bahagia.

Lately ni aku macam bosan sangat nak balik rumah, aku akan OT, sembang sembang dengan kawan offce. Since rumah umi aku dekat dengan office, aku akan singgah rumah umi, ajak sembang, bergurau.

Sometimes weekend pun, aku macam taknak duduk dengan dia. Sebab dia cuma akan baring, tengok muka aku, senyum, usik rambut aku. Tapi tak sampai bergurau, dia memang akan diam saja pastu tengok tv.

Aku cuba la ajak keluar, jalan jalan, ok, kita keluar pegang tangan. Tapi dia memang akan diam saja sepanjang dalam kereta, sepanjang jalan dengan aku.

Tapi confirm, masuk rumah mak dia, satu kampung kau dengar suara dia. Nanti lalu sebelah aku, hilang terus suara dia.

Aku of course dah luahkan perkara ni dekat dia, reaction dia, dia kata nak berubah, but sama saja.

Aku cuma rasa jiwa aku kosong, aku tak happy pun dengan perkahwinan ni. Kahwin pun kena paksa, aku belajar terima dia dalam hidup ni, tapi aku memang tak bahagia.

Everyday, aku cari cara untuk bahagia. Sampai aku terfikir, bercerrai saja lah. Malas nak hadap orang macam ni dalam hidup aku.

Orang cakap pengantin baru ni bahagia, but for me tidak. Aku terlalu buntu. Dia cuma terlalu membosankan untuk aku.

Reaksi Warganet

Jenn Lamat –
Saya introvert. Husband extrovert. It takes 3 years for my husband to know my true self.

Mungkin dia terpersona dengan awak, sampai segan sangat nak berkomunikasi. Berdasarkan pengalaman diri sendiri. Huhu

Siti Khairul Niza –
Husbnd zis pun pendiam jugak. Makan masa sungguh nak bagi dia gelak dekat lawak zis.

Sekarang dah 12 tahun kawin. Baru tahun ke 10 hari tu dia mula gelak sipi sipi bila zis buat lawak. Berbunga hati ni, haha.

It takes time tt and efforts, lots of it. Sometimes it gonna be just one sided. But dont take it to the heart so much.


loading...


Insyaallah, he loves you cuma reaction tu tak selari.

Shamsul Daniel –
Same macam kes parent saya. Bapak saya dari kecik sampai lah ke beso kalo dekat rumah diam je. Takde sembang sembang, tegak je wei.

Mak aku banyak makan hati la. Kawin pun dah 50 tahun. Ape je yang KO nk harap lagi. Teruskan jela sisa sisa idup.

Kalo dengan saudara or kawan kawan wahh..dia pnye huhaaa, sekampung dengar. Tapi dengan family sendri, nak dengar bunyik pun susah.

Takde kenangan sangat, aku pun dah besar. Cari happy sendri je. Ape apa mak aku akan Cite dekat aku je.

Macamtu jela, bila tanye sepatah sepatah, sepatah jawab, jemmm. Orang lain dengan bapak sndri bole borak, enjoy hobi same same ke, jalan jalan. Ni takde. Pikir pikir rugi Mase wei bertaun. Takde komunikasi

Nina Nasir –
Lebih kurang sama pula dengan saya. Jodoh pilihan keluarga. Biasalah tu baru baru lagi kan. He is still warming up to you. Dia tengah belajar apa yang awak suka apa yang awak tak suka.

Masa dia duk pandang awak tu cuba lah try manja manja skit. Kot sebenarnya dia tunggu awak response tapi macam krik krik tu yang dia gi tengok tv.

Awak cuba paham minat dia apa. Cari topik nak borak borak. Memang lah amik masa tapi kene cuba lah. Kalau awak pon duk larikan diri gi OT dekat office sume tu masa bilanya nak spend time sama sama.

Saya paham semua ni amik masa. Tapi lama lama akan ada kemajuan skit. Ni semua berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dia sayang je dekat awk tu cuma tak reti nak tunjuk je..

Nuriah Abdrazak –
U dah mention diakan apa yang u rasa…

Inform dia u nak pergi kaunseling di pejabat agama. Nak mintak khidmat nasihat untuk menjadi lebih tabah dan sabar dalam menghadapi perkahwinan u yang sunyi nii. Yang u rasa tak best nii…

Then cuba tanya pendapat ur ‘ummi’. Apa yang u perlu buat. Cause hati u tak bahagia. Cause ur marriage baru setahun..

I dulu dapat ex husband pun pendiam juga. Tapi dalam rumah dia manja. Dia ada dua watak. Di luar mulut sengap..masuk rumah..kami ok.

Sampai orang luar assume life i boring sebab dapat ex husband yang sebegitu..

I hope u can give a chances for urself first. Tunggu lagi setahun tengok..

Puan Rohudah –
Sabar dik.. Memang ada orang macam ni, sayang rumahtangga, walau dah 6 bulan tapi tak semua lelaki cepat mesra.

DeKat rumah mak dia memang lah sebab sejak kecil dibesarkan di sana, cuba tengok latar belakang pergaulan dia.

Try tanya mak dia, memang macam tu ke, apa yang adik bagitau, masalah pendiam sahaja. Banyak perkara yang perlu di syukuri dik

Sumber – Zahira (Bukan nama sebenar) via IIUMC viaEdisi Media !



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم