Foto sekadar hiasan Waris Pusaka Degil Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca, perkenalkan diriku sebagai Mas. Maaf jika cerita ini menimbulkan kurang senang kepada sebahagian pembaca.
Namun aku cuba untuk bertanya di platform ini mungkin ada yang berpengalaman seperti keluarga kami atau mempunyai kepakaran dan pengetahuan tentang masalah ini.
ARTIKEL MENARIK:“Pelik, suami mcam batu di rumah”. Jodoh pilihan Umi. Lps kawin, setahun aku hadap. Kini ini yg aku rasa
Masalah kami adalah mengenai harta pusaka.
Aruwah abah telah meninggal dunia pada Oktober 2020 selepas terlantar akibat kemalangan pada 2017.
Aruwah abah anak yang sulong, meninggalkan seorang isteri (ibu kami) dan 4 anak semuanya perempuan berusia antara 30an hingga 20an.
Semua sedia maklum bahawa tanpa anak lelaki, harta aruwah abah turut berhak ke atas adik beradiknya. Abah mempunyai 3 adik lelaki dan seorang adik perempuan bongsu yang kami gelar makcu.
Untuk pengetahuan, makcu tidak mempunyai hubungan baik dengan abah dan semua abang abangnya.
Ketika kecil kira kira 20 tahun lalu, aku menyaksikan detik permasalahan keluarga itu apabila makcu kahwin lari selepas pasangan yang diperkenalkan tidak mendapat restu nenekku.
Maka, bermulalah pertelingkahan antara makcu dan kesemua abangnya.
Seluruh keluarga memulaukan dia kerana kejadian itu. Namun, dalam 5 tahun lalu hubungan mereka sedikit pulih walaupun tidak begitu mesra.
Bagaimanapun, berlaku sekali lagi pergaduhan apabila makcu tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka aruwah datuk dan nenekku yang diuruskan abang abangnya.
Kerana mereka mempunyai 4 adik beradik lelaki dan makcu seorang perempuan, maka bahagiannya tidak banyak dan dia memberontak mahukan sama rata, enggan ikut faraid kata abahku.
Namun, abah dan pakcik semua tidak pedulikannya menyebabkan makcu sekali lagi naik berang dan membuang keluarga.
Kini, selepas bapaku meninggal dunia, kami sebagai anak anak pernah hubungi makcu untuk maklumkan perkara itu.
Namun dia perli kami adik beradik katanya tak pernah cari dia sebelum ini, abah dah meninggal dunia baru nak contact. Dia enggan bercakap dengan kami di telefon.
Mustahil untuk kami hubunginya sebelum ini kerana dia pernah lantang berkata kepada saudara mara bahawa dia tidak lagi punyai adik beradik dalam hidupnya.
Abah menganggap dia sendiri benci dengan keluarganya. Sikap makcu yang baran menyebabkan kami adik beradik tidak berani untuk hubunginya.
Kini, hampir 2 tahun abah meninggal dunia dan harta pusaka langsung tidak terusik. Urusan pusaka tidak dapat dijalankan kerana makcu enggan bagi kerjasama.
Pakcikku ada bercerita kejadian sama sebelum ini bahawa mereka pernah melantik lawyer untuk urusan tanah pusaka datuk dan nenek, tapi makcu berkeras hati tidak memberikan kerjasama.
Lawyer telah menghantar surat dan pergi ke rumahnya di Terengganu tetapi tidak dilayan sehinggakan urusan itu tergendala sampai sekarang.
Di sini, aku ingin bertanyakan kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi sama untuk berkongsi apa tindakan yang boleh kami ambil? Kerana mustahil untuk membiarkan pusaka abah terus tergantung.
Segala harta peninggalan seperti rumah, kereta dan tanah perlu dipinda milik agar nama aruwah abah dapat digugurkan.
Namun, kami juga dimaklumkan jika salah seorang waris enggan beri kerjasama, proses faraid atau persetujuan untuk pembahagian harta takkan dapat diteruskan.
Adakah itu benar?
Reaksi Warganet
Rohayati Ismail –
Bahagi sama rata je pusaka tu. Tak kesah lelaki atau perempuan. Tak semestinya kena ikut faraid. Muafakat. Yang penting semua setuju.
Yang dah lepas, biarlah. Masing masing pun dah berumur. Kalau pakcik pakcik setuju untuk bahagi sama rata, pergi jumpa makcu. Bagitau dia pusaka akan di bagi sama rata.
Saya menulis berdasarkan pengalaman menguruskan pusaka aruwah abang.
Zura Azrey-
Boleh mohon tebus bayar untuk bahagian waris yang tak mahu beri kerjasama. Listkan sahaja namanya di dalam senarai, sertakan alamat dan mohon notis panggilan bicara di hantar secara berasingan (makcu akan terima notis).
Jika hari bicara tak hadir, mohon bahagiannya di tebus bayar dengan duit. Resit tebus perlu di hantar ke pejabat pusaka untuk tindakan susulan.
Biasanya bayaran akan di buat terus ke amanahraya. Lagi 1 cara jika tak mampu bayar bahagian waris, kekalkan bahagianya ikut faraid. So dia tak mau datang pun tak apa..
Zara Zahirah –
Sebenarnye adik beradik aruwah abah awak pun satu hal juga. Kenapa perlu ikut faraid kalau boleh muafakat?
Hanya kerana faraid sanggup bergaduh dengan satu satunya adik perempuan. Maaf saya memang tak setuju.
Kenapa tak bahagi sahaja tinggalan aruwah datuk cara muafakat? Biar dapat sama rata semua. Barula tak ada yang kecik hati.
Disebabkan masalah adik beradik lelaki nak faraid, hubungan keluarga jadi renggang bergaduh sampai ke anak cucu. Rugi kan.
Patutnya guna cara muafakat dulu. Kalau takde penyelesaian baru la guna faraid sebagai jalan terakhir. Selagi boleh muafakat, muafakatlah agar silatirrahim terjaga.
Maaflah bagi saya makcu awak betul betul jauh hati. Bukanlah dia sombong. Kadang kadang pelik dalam adat orang melayu tang faraid je yang tahu. Sebab dapat lebih dekat anak lelaki.
Tapi bila dah dapat harta memasing senyap. Kebajikan adik beradik perempuan tak terjaga. Sedangkan dalam Islam faraid ni datang dengan amanah dan tanggungjawab.
Bukannye sedap sedap dah dapat harta pastu tak peduli dekat adik beradik lain.
Marosidah Mior –
Maka ramailah yang mencadangkan buat hibah siap siap sebelum meninggal.
Iya, memang boleh, tapi perlu diingat, hibah boleh jatuh makruh jika ianya akan merenggangkan silaturrahim, jadi berhati-hatilah dalam menyusun perancangan harta pusaka.
Takut sebab hibah, waris waris faraid lebih bercakaran dan akan menyebabkan perselisihan faham yang lebih berpanjangan
Munirah Saleh –
Sikap dan kejahilan waris adalah faktor utama kenapa harta pusaka terbeku/ tak dapat diuruskan dengan sempurna. – Prof Inayah, UIM.
Kes di atas, nak selesaikan tapi waris tak nak beri kerjasama. Memang akan tergendala.
Selalunya peguam akan beri cadangan.
Sebenarnya harta pusaka ni key word dia muafakat. InsyaAllah boleh selesai.
Hak faraid memang sudah termaktub dalam alquran.
Ada 25 golongan waris yang berhak. Yang dekat akan menghijab yang jauh. Dan kena ingat faraid datang dengan tanggungjawab.
Waris faraid kena tahu hak mereka. Kemudian dah tahu, boleh muafakat.
Contoh nak bagi sama rata antara adik beradik lelaki dan perempuan.
Last sekali, takharuj iaitu melepaskan hak.
Waris tak nak bahagian dia serah pada yang lain.
Contoh, nenek lepaskan hak pada cucu. Janji semua muafakat dan bekerjasama.
Pemilik harta, nak senangkan waris, juga untuk kesenangan kita di Sana nanti. Kita pun akan disoal mengenai harta yang Kita tinggalkan.
Rancang lah dari sekarang. Rancang kerana sayang.
Semoga kes ini menjadi iktibar untuk semua.
Sumber – Mas (Bukan nama sebenar) via IIUMC via
إرسال تعليق