“Bila ‘mahkota’ diragut suami org”. Pjuk rayu, kata2 manis dijadikan umpan. Sblm dibuang dngan kejam

Foto sekadar hiasan Bersabarlah Bagi Mereka Yang Dara Diambil Suami Orang Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku perempuan berusia 40 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata.

“Bila ‘mahkota’ diragut suami org”. Pjuk rayu, kata2 manis dijadikan umpan. Sblm dibuang dngan kejam



Aku sebak membaca confession budak budak remaja/awal 20 an yang tersilap langkah memilih dan mencintakan suami orang. Hal begini malu untuk diperkatakan.

ARTIKEL MENARIK:Selepas Minta Isteri Yg Dipvkul Suami Supaya Diam Utk Jaga Aib Suami,Oki Setiana Dewi Tampil Dedah Perkara Ini


Bukan setakat sakitnya hilang dara, malah kepada suami orang.

Aku juga begitu dahulu dan aku amat menyesal di pergunakan suami orang sebagai pemuas nfsu.

Kamu semua janganlah terlampau menghina peRrempuan seperti ini, kerana kamu tidak berada di tempat mereka. Mereka juga tidak pernah terfikir untuk berada di tempat gelap itu. Hampir 18 tahun juga untuk aku berani mulakan hidup normal kembali.

Kepada adik adik yang tersilap langkah mencintai suami orang, aku faham susah untuk berhenti tetapi betapa sayangnya adik kepada lelaki itu, sayangilah diri sendiri dahulu.

Saya faham lelaki itu sudah melayan adik seperti isteri sendiri, mengawal hidupmu, mengatakan sayangnya setiap hari dan paling teruk, mengambil daramu. Bagaimana adik nak lupakan semua itu?

Tidak akan. Sampai ke hari ini, aku masih trauma ditinggalkan sekejam itu. Bukan aku mahu mencintakan suami orang, dan bukan aku tidak mahu untuk meninggalkan dia dengan cepat.

Ketika bercinta dahulu, setiap malam aku menangis berdoa agar semuanya tamat dan dihalalkan segera.

Semuanya bermula dengan tarikan yang biasa. Adik bersembang dan tiba tiba, kamu berdua klik dan makin mesra.

Disitu, mulalah adik mempersoalkan diri adik. Tidak mengapakah buat sebegini pada isterinya? Kalau lelaki itu okay sahaja, adik pun makin merasakan hal ini okay juga.

Awal awal adik menjaga batas, tetapi lelaki ini perlahan lahan menarik adik. Adik tiada kawan untuk menyedarkan adik kerana hal ini memalukan dan tidak diperkatakan.

Adik hanya bergantung kepada pemikiran adik dan lelaki itu yang dianggap lebih dewasa. Kata kata dan pujian lelaki itu melambung lambung.

Adiklah yang terbaik, bagus dari isterinya, adik special, adik perempuan yang berbeza dan jika dia masih bujang dan berpeluang, dia pasti pilih adik untuk dijadikan isterinya. Dia mula meminta untuk menyentuh tubuhmu dan adik sukar untuk menolak kerana adik sudah rapat.

Dalam pemikiran adik sekadar berpegang tangan sahaja, kerana adik tidak tahu langsung cara untuk bermesra.

Sekali dia pegang, dia mula merayu dan menunjukkan kepada adik rasa rasa yang tidak sepatutnya diperlakukan. Secara perlahan, daramu diambil dengan senang.

Bermula dari sini, adik perlukan dia. Meninggalkan dia tidak lagi menjadi salah satu option kerana maruah adik terletak padanya, suami orang.

Semua orang memandang hina kepada perempuan seperti ini, perampas lelaki orang. Adik juga malu kerana terlibat dan sepatutnya berhenti dari awal. Lelaki itu juga mula mengawal dengan berkata adik adalah hak mereka sahaja dan tiada lelaki lain akan terima adik.

Aku di brain-washed untuk merasakan aku terpaksa berada disisi dia dan hanya dia akan terima aku. Dengan ini, aku terus bermaksiiat untuk menunjukkan kasih sayangku disamping menunggu dia menghalalkan aku.

Aku merasakan diriku juga sebagai isteri desentuh dengan senang bila bila dimahukan, di elakkan dari bergaul dengan lelaki lain, perlu memberitahu keberadaanku dan banyak lagi.

Diwaktu itu, aku fikirkan perbuatannya sebagai tanda sayang yang dia betul betul serius akan menjaga maruahku kelak. Hari demi hari aku makin attach dengannya.

Aku cuba membetulkan keadaan dan meminta untuk cepat di halalkan dan diberitahu isterinya tentang hal ini, tetapi lelaki menyuruhku terus menunggu waktu yang sesuai, dan bila aku memberontak, dia mula mengatakan mahu meninggalkan aku.

Tetapi seperti biasa, dia akan mengingatkan aku yang tiada siapa akan terima aku.

Kata kata seperti ini lah yang membuatkan perempuan meneruskan hidup bersama lelaki dayus walaupun mereka suami orang. Sukar kerana tiada siapa mahupun family sendiri yang mengetahui dan dapat menyedarkan adik.

Dimata adik, hanya lelaki itu sahaja yang nampak dan faham situasi adik. Dengan sayang yang makin membesar, adik hanya nampak dia sahaja yang boleh dipercayai.

Setelah semua yang adik lalui dan gadaikan jiwa raga untuk bahagiakan suami orang, adik mula ada perasaan ingin diutamakan seperti isterinya.

Bagi adik, adik tahu adik tidak layak untuk cemburu tetapi apa kurangnya adik dengan isteri dia selain ada perkahwinan yang sah.

Disaat perempuan mempunyai perasaan itu, tandanya cinta dan sayang adik sudah sampai ke limit dan tidak mampu lagi menahan rasa hina disembunyikan, walhal, isterinya boleh ditunjuk sana sini.

Walaupun begitu, adik memujuk diri sendiri untuk beringat adik yang jahat dan perampas.

Adik akan sentiasa berdoa dan bertaubat agar semuanya tamat dengan cara yang betul.

Walaupun 18 tahun sudah berlalu, aku masih dapat bayangkan lagi lelaki itu berpegangan tangan dengan aku menyatakan cintanya dan betapa dia mahu memperisterikan aku dengan muka yang serius.

Ternyata semua itu hanyalah penipuan semata. Hidup aku mula gelap dan hancur bila isterinya tahu.

Aku sangka lelaki itu akan berlaku adil kepada aku dan isterinya, slow talk kepada kedua belah pihak.

Tetapi tiba tiba, aku yang selama ini dikatakan special dan disayangi lebih dari apa pun, dibuang dan hanyalah dikenali sebagai perempuan tidak tahu malu, gatal memikat suami orang.

Dengan isterinya, aku tidak berani berkata apa dan aku juga terus berjanji akan meninggalkan dia kerana kasihankan isterinya. Tetapi diriku? Pandai pandailah untuk teruskan hidup kerana aku lah yang bermasalah.

Adik adik yang tersilap langkah, bertaubatlah. Rasa hancur hati dipermainkan suami orang ini teramatlah siksa.

Jika dibincangkan, semua jari akan tunding menyalahkan dirimu yang gatal merampas. Tutuplah aibmu kerana hanya Allah tahu betapa keliru dan sedihnya adik diberi ujian sebesar ini.

Kalau ikutkan, adik pun tidak mahu suami orang dan berziina. Semasa ditinggalkan, hidup adik akan menjadi segelap gelapnya kerana adik juga berasakan seperti isteri kepada lelaki ini.

Adik tidak percaya yang dia, setiap hari mengatakan sayang kepada adik terus lenyapkan diri, hilang seperti semuanya tidak pernah berlaku.

Adik tidak percaya lelaki yang memeluk adik berjanji dia akan ada di sisi adik walaupun apa jua berlaku lansung tidak berpihak sedikit pun kepada adik.

Tiba tiba, perasaan isterinya sahaja menjadi keutamaan walaupun dia katakan adik lebih baik darinya.

Bila makin dewasa, adik akan faham, yang lebih diutamakan mungkin adalah anak dan hartanya. Adik sangkakan sakit dipergunakan hanyalah sebulan atau setahun, tetapi rasa sakit parah ini tidak pernah pergi, apatah lagi jika adik merahsiakannya seorang.


loading...


Hal ini bukan sahaja memberi impak kepada isterinya, adik juga layak diberi bantuan, pujukan dan nasihat.

Fizikal dan mental akan merosot dengan teruk. Berdasarkan pengalaman aku, aku akan mula trauma melihat tubuh sendiri kerana jiijik, rasa patah hati 24 jam yang tidak pernah pergi sehinggalah 5 6 tahun,

Aku benci segala perkara yang mengingatkan aku kepada lelaki itu termasuklah minatku sendiri, tidak lagi percayakan lelaki dan pasangan yang kelihatan mesra.

Bagiku semua itu hanyalah penipuan semata. Adik akan terus bertaubat, dan ada masa adik juga akan hilang kepercayaan kepada tuhan kerana perasaan sayang yang terlampau kuat.

Bayangkan dizinahi banyak kali, dan setiap kali, dia mengatakan dia tidak akan tinggalkan adik dan kemudian, dia hilang.

Adik akan sentiasa trauma ditinggalkan sebegitu tanpa mendapat closure yang adik perlukan.

Isterinya sedar kesilapan suaminya dan memperbaiki diri sendiri, alhamdullilah. Lelaki itu pun cuba berbaik dan mula berkomunikasi bersama isterinya. Diwaktu itu, semua pihak merawat diri sendiri, tetapi bagaimana dengan adik?

Dalam fikiran adik, lelaki itu lah penyelamat adik dan adik tiada sesiapa melainkan dia. Adakah dia masih sayangkan adik? Adakah dia akan kembali untuk menyelamatkan maruah adik? Adakah itu adakah ini?

Adik tidak tahu nak buat apa sebab selama ini, dia yang kawal hidup adik. Aku kesian sangat kat diri aku dulu dan perempuan yang dilakukan sebegini. Allah tidak kejam dan adik perlu banyak bersabar menunggu sehingga rasa sayang itu pudar sendiri.

Bukannya aku tak bertaubat dan berharap kepada Allah, kadang kadang aku rasa bersalah bila merasakan benci pada isterinya kerana memutuskan kami dengan ugutan walaupun tahu suaminya sudah mengambil daraku.

Mungkin aku terlalu berharap kepada lelaki itu untuk membetulkan keadaan sampai aku lupa berharap pada Allah.

Aku tahu adik rasa macam adik pun isteri dia, dan sebagaimana isteri mahu suaminya kembali, begitu juga adik. Tetapi adik tidak berhak berbuat apa dan hanya hancur melihat lelaki itu buang adik untuk bersama isteri sebenarnya kembali.

Tapi sedarlah awal, dia dah hilang, dia bersama keluarganya dan adik tidak bolehlah terus menghancurkan diri sendiri dengan berharap!

Lelaki itu menganiya dua perempuan, kenapa hanya membetulkan keadaan untuk seorang sahaja? memihak kepada isterinya tanpa memikirkan apa kesannya kepada hidup adik.

Ya, isteri memang harus diutamakan, tetapi cara untuk membetulkan keadaan perlu adil kerana ia akan memberi impak yang besar.

Sepatutnya, lelaki itu jika betul mahu berp0ligami, pujuk dan slow talk bersama isterinya dengan baik dan jika tidak, slow talk bersama adik tentang kesalahan ini, respect, berhenti menyuruh adik melayannya seperti isteri dan support adik untuk berani melangkah lagi.

Jadi pesanan aku, untuk beberapa tahun, hidup adik tidak akan lagi sama. Berlainan dengan isterinya yang hanya curiga dengan suaminya, adik akan merasa curiga terhadap semua orang termasuk family sendiri dan berpendapat mereka akan mempergunakan adik dan ada niat jahat.

Adik tidak akan mempercayakan diri sendiri selepas kesalahan yang dilakukan dan sesiapa sahaja yang menyayangi, adik tidak lagi percaya dan sentiasa takut ditinggalkan.

Adik teruskanlah bertaubat dan jika adik berdoa untuk dihilangkan rasa sayang, ianya akan mengambil masa. Semua insan ada melakukan kesalahan,dan insyaallah, satu hari, bila adik sudah matang, adik akan memahami apa yang terjadi.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ingat Allah maha adil. Bagi para lelaki, janganlah merosakkan dara perempuan dengan mudah dan lepas tangan dengan alasan sendiri rela selepas dijanjikan bermacam macam. Kepada suami orang, bersyukurlah dengan yang halal.

Kamu tidak tahu semasa kamu memujuk isterimu yang luka akibat mengetahui percuranganmu, ada budak perempuan yang hampir membnuh diri kerana takut yang melampau kepada masa hadapannya.

Jauhilah ziina sebab ianya memang memberi banyak masalah. Perkongsian ini adalah untuk perempuan yang hilang dara kepada suami orang. Aku mahu adik semua tahu yang adik bukan keseorangan dan ada juga yang lain deperkenakan sebegitu kejam.

Allah sentiasa ada dan memahami, ujian adik berat sangat kerana Allah sayang. Bersabarlah dan percayalah takdir Allah walaupun puluhan tahun berada didalam kegelapan, akan sentiasa ada cahaya menanti.

Reaksi Warganet

Mohd Nakhaei –
Lelaki ni dia banyak idea macamana nak buat, nak layan sampai dapat. Kalau berjanji nanti kahwin, nanti apa semua tu, itu semua dusta semata.

Tumpang simpati pada perempuan yang ditimpa ujian macam ni. Kalau lelaki tu tak bertaubat sebelum mati, itu semua deposit yang puan boleh tuntut disana nanti

Hani Zuhanie –
To adik adik dan to confessor, ingatlah, jangan sesekali terus percaya kata kata orang lelaki ni okey. Dorg test market je dulu tu.

So , girls, u jadilah mahal dulu. Jadi exclusive sikit. Yang lelaki pulak, tolong lah behave sikit adik adik kecik korang tu.

Ingat sikit isteri dan anak anak korang okey. Kang orang lelaki lain buat gitu dekat anak anak dan keturunan korang pandai lak marah….

Izzati Serajuddin –
Kepada TT, teruskanlah bertaubat selagi semua orang comment di sini menghina, selagi tu lah ingatan buat semua yang ziina ni sememangnya jijik, walaupun yang meminta2 tu bukan TT, tapi lembah zina ni bukan semudah 1-2-3, mesti dah ada petanda2nya.

Akal diberi dari awal untuk kita guna, bukan bila dah terlewat baru nak sedar. Stay strong ya TT.

You probably have low self esteem sampaikan kata kata lelaki sampah yang dusta semua you terpercaya, but jangan risau. Allah tahu yang sebenarnya. Please just keep on making taubat and love yourself first.

Serai Wangi –
Bagi pendapat mokcik, memang dua dua bersalah TETAPI, pihak perempuan mesti lebih KUAT menolak kerana kerosakan tersebut akan di tanggung lebih oleh pihak perempuan.

Jadi dalam segala hal, perempuan mesti LEBIH beringat, berjaga jaga, bertanggung jawab atas diri sendiri, berhati hati, kuat, rasional dan segala galanya mesti lebih daripada lelaki.

Kalau ya pun salah lelaki 90%, kesannya jelas atas perempuan. Lelaki boleh lepas tangan dan hilang. Tinggal perempuan yang akan menangis di bucu katil…

Nor Hamidiyana Yaakub –
Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang orang yang menganiaya diri sendiri.

Allah jadikan perkahwinan itu untuk menghalalkan antara perempuan dan lelaki dan ziina itu adalah dosa dosa besar.

Mengikut hukum hudud lelaki/perempuan yang telah berkahwin tetapi masih melakukan ziina hukumnya rejam sehingga mati, manakala yang masih belum berkahwin sebat sehingga 100 kali.

Berbalik pada ayat di atas, Allah dah beri penyelesaian, Allah sudah membantu tetapi kita masih lagi memilih yang salah. Betullah kita ini golongan yang menzalimi diri sendri..Allahu Alam.

Hanya sekelumit ilmu untuk renungan diri sendiri jika salah mohon betulkan. Moga segala yang tidak baik dijauhi daripada kita, anak anak dan keterunan kita.. Aamiin

Sumber – R (Bukan nama sebenar) via IIUMC viaEdisi Media !



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم